Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

KHEU muncul juarai Pertandingan Kuiz
Perkhidmatan Awam

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 April.- Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) muncul sebagai juara di Pertandingan Kuiz Perkhidmatan Awam kali ke-11 yang telah diadakan di Dewan Raya Radio Televiysen Brunei di ibu negara. Kementerian Pendidikan mendapat tempat kedua, sementara di tempat ketiga disandang oleh Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 12 kementerian menyertai pertandingan tersebut yang telah diungkayahkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.


TIMBALAN Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Korporat), Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Norjum binti Haji Yusop semasa hadir menjadi tetamu kehormat di Majlis Pertandingan Peringkat Akhir Kuiz Perkhidmatan Awam kali ke 11.
(Foto : Abdul Kadir Mohd. Tahir)

Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Korporat), Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Norjum binti Haji Yusop.

Antara objektif pertandingan kuiz Perkhidmatan Awam ini ialah menyebarluas maklumat kepada warga Perkhidmatan Awam serta orang ramai mengenai amalan-amalan pengurusan, pentadbiran, perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.


TIMBALAN Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Korporat) Kementerian Pendidikan , Dayang Hajah Norjum binti Haji Yusop semasa menyampaikan hadiah, sijil dan cenderamata kepada juara pertandingan. (Foto : Abdul Kadir Mohd. Tahir)

Di samping itu, ianya juga adalah bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga Perkhidmatan Awam terhadap peraturan-peraturan pegawai-pegawai kerajaan, kelakuan dan tatatertib, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam penggal 83 serta peraturan-peraturan kewangan , surat-surat keliling Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan, surat pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan Awam serta pengetahuan am.

Pertandingan Kuiz juga dihasratkan untuk mempertingkatkan lagi hubungan komunikasi serta mengeratkan tali silaturahim, semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan warga Perkhidmatan Awam.

(Oleh : Ak. Haji Mohd. Zukarnaen Pg. Haji Abu Bakar)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.