|
Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam
Zuhur 12.32
Asar 3.45
Maghrib 6.33
Isyak 7.42
Imsyak 5.03
Subuh 5.13
Syuruk 6.29
Doha 6.52
Waktu-waktu
Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah
Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh
Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.
  
Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan denagn hujan atau hujan berpetir di sana sini melintasi keseluruhannya di kawasan laut dalam tempoh ramalan, merebak sekali sekala di kawasan pesisiran pantai pada waktu pagi dan kawasan pedalaman pada waktu petang.
Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari arah Barat Daya pada waktu pagi menjadi again dari arah Barat Laut ke Utara selaju 10 - 30 kmsj pada waktu petang.
Keadaan Laut :
Berombak sedikit ke sederhana di paras 0.7 - 1.5 m.
Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Sebahagian berawan dengan hujan atau hujan berpetir berasingan

Suhu Maksimum :
31 darjah selsius
Suhu minimum :
24 darjah selsius

tpelita@yahoo.com
|
|
Berangkat ke Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Peringkat Negara
 KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1430 Hijrah.
(Foto : JABATAN PENERANGAN)
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Mac. -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam Peringkat Negara bagi Tahun 1430 Hijrah di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.
Terdahulu, Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Seruddin yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1430 Hijrah.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Majlis Penutup Dikir Maulud di Istana Nurul Iman
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Mac.- Majlis Dikir Maulud Sempena Memperingati Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang dilangsungkan selama 12 malam berturut-turut di masjid-masjid, surau-surau, balai-balai ibadat dan di rumah-rumah orang perseorangan di negara ini adalah menunjukkan kecintaan umat Islam kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
berita penuh...
Padang Bandaran Tumpuan Maulidur Rasul
KUALA BELAIT, Isnin, 9 Mac.- Umat Islam di Daerah Belait tetap bersemangat menyertai perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Belait bertempat di Padang Bandaran meskipun hujan turun dengan lebatnya sejak semalam.
berita penuh...
Umat Islam Daerah Tutong adakan perhimpunan dan perarakan maulud
TUTONG, Isnin, 9 Mac.- Seperti juga di daerah-daerah lain di negara ini, Daerah Tutong juga mengadakan perhimpunan dan perarakan yang sama sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Tahun 1430H/2009M Hijrah dengan penyertaan lebih lapan ribu peserta.
berita penuh...
Lebih dua ribu umat Islam menyertai perarakan di Daerah Temburong
BANGAR, Isnin, 9 Mac. – Lebih 2,000 orang rakyat dan penduduk beragama Islam dari 28 buah pasukan hari ini membaziri Padang Dewan Kemasyarakatan Temburong untuk sama berselawat kerana membesarkan Hari Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
berita penuh...
Muhammad Rasulullah sebagai 'Uswah Hasanah'
TUTONG, Isnin, 9 Mac.- Selaku umat kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, setiap umatnya wajiblah menjadikan Rasulullah sebagai 'Uswah Hasanah ' atau contoh teladan yang baik dalam kehidupan sebagai Khailfah Allah di muka bumi ini. Seperti mana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”
berita penuh...
Besarkan Hari Keputeraan Rasulullah Dengan Selawat
KUALA BELAIT, Isnin, 9 Mac.- Pegawai Daerah Belait, Haji Jamain Momin menggesa umat Islam supaya membesar-besarkan Hari Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam dengan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda sebagai melepaskan rasa rindu, cinta dan kasih sayang yang mendalam kepada Baginda Rasul.
berita penuh...





|
|
Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan Hari Komanwel 2009
JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini.
Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'.
Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka.
Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain.
Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan.
Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.



JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905
|