Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

MINDA PEMBACA

MINDA Pembaca yang terpilih minggu ini daripada tajuk yang telah kami kemukakan iaitu ‘Bersama Memantau Sebarang Kegiatan Penyeludupan’. Mereka akan menerima hadiah sebanyak $40.00. Pendapat yang berjaya itu adalah seperti berikut :

Penulis Brunei mampu bersaing di arena antarabangsa

NEGARA Brunei Darussalam, sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas sebagai hasil utama dan mempunyai bilangan penduduk yang tidak melangkau setengah juta memang mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam melahirkan penulis yang berkaliber bukan sahaja di peringkat nasional bahkan juga di peringkat antarabangsa.

Ini dapat dibuktikan dengan pengiktirafan negara jiran misalnya Malaysia dan Thailand dalam menganugerahkan beberapa anugerah kepada penulis tempatan kita. Sebagai contoh, karya sastera berjudul ‘Nyanyian Perjalan- an Mencari Diri Dari Muara Ke Arafat’ (kumpulan puisi), hasil nukilan YAHYA M.S merupakan di antara penerima anugerah Karya Sastera Kreatif di Majlis Penganugerahan Hadiah Sastera MASTERA Ke-4, Malaysia pada tahun 2005, manakala karya berjudul ‘Ntaidu’ (novel) karya Muslim Burmat juga merupakan penerima anugerah yang sama di Majlis Penganugerahan Hadiah Sastera MASTERA Ke-5, Malaysia pada tahun 2007.

Selain itu, beberapa penulis tempatan kita juga pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara atau South East Asian Writers Awards. Di antara penerima-penerima tersebut ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Dato Paduka Awang Haji Muslim bin Haji Burut (Muslim Burmat), Norsiah M.S dan ramai lagi.

Namun begitu, di sebalik kejayaan yang telah diraih oleh penulis-penulis tempatan kita, apa yang membimbangkan sekarang ialah kurangnya penglibatan di kalangan belia-belia kita di bidang penulisan dan terbatasnya bilangan penulis-penulis wanita yang bergiat aktif di bidang ini. Jika ini berterusan, negara kita akan ketandusan penulis-penulis yang berkaliber yang mampu mengharumkan nama negara di mata dunia antarabangsa. Oleh yang demikian, penyelesaian dari pihak-pihak yang berkenaan patutlah segera diambil.

Di antara cara yang dapat dilakukan bagi menangani kebimbangan ini ialah dengan mengadakan bengkel-bengkel penulisan kreatif di kalangan remaja dan belia negara serta memberikan pendedahan kepada mereka yang berminat untuk dihantar ke luar negara bagi membina pengalaman di bidang penulisan. Selain itu, pertandingan hasil karya sastera juga perlu sering diadakan agar ianya dapat dijadikan ‘plat- form’ bagi remaja dan belia negara dalam berkarya, bak kata pepatah ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’. Bagi menggiat- aktifkan penulis-penulis wanita pula, maka pihak Persatuan Wanita haruslah mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi sama-sama menyumbang ke arah maksud tersebut.

Jika perkara di atas dititikberatkan, maka adalah begitu jelas sekali bahawa penulis Negara Brunei Darussalam akan mampu bersaing di arena antarabangsa dan mampu menjadi penulis yang kreatif, dedikasi dan berkaliber.

Hajah Rafidah binti Haji Abdullah
No. 284A, Simpang 278
Kampong Kota Batu, BD 1519
Negara Brunei Darussalam
No. k/p: 00-281275


Melahirkan lebih ramai penulis muda

SATU tanggapan yang salah jika ada yang mengatakan bahawa orang Brunei tiada yang dilahirkan berbakat sebagai penulis yang berkaliber. Walaupun saiz negara ini kecil dan penduduknya ‘sekubit’, namun kita harus gembira kerana pada hakikatnya mempunyai penulis-penulis yang berbakat dan bertaraf antarabangsa. Perkara ini jelas terbukti bila Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad telah berjaya menerima pengiktirafan Anugerah Penulis Asia Tenggara (The South East Asia Write Award) di Thailand baru-baru ini dan juga beberapa orang penulis tempatan yang lain telah berjaya menerima pengiktirafan yang sama dan Hadiah Sastera MASTERA, Malaysia.

Kita tidak ketandusan penulis-penulis yang berkaliber malahan amat berbangga kerana penulis-penulis tanah air dipelopori oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Wad- dien yang terkenal dengan nama pena baginda Muda Omar ‘Ali Saifuddien. Apa yang lebih membanggakan lagi ialah apabila baginda telah diiktiraf sebagai Tokoh Sasterawan Islam Brunei pada 5 November yang lalu. Bukan setakat itu sahaja, penulis-penulis kita juga terdiri daripada kalangan pembesar-pembesar negara yang menggunakan nama pena seperti Adi Rumi, Yura Halim, Syukri Zain, Yahya M.S, Badaruddin H.O, Zairis M.S dan sebagainya.

Brunei mampu melahirkan penulis yang berkaliber dan bermutu. Ke arah merealisasikan matlamat bagi melahirkan ramai penulis tempatan yang mempunyai kualiti dalam bidang penulisan, pihak-pihak yang berkenaan perlulah membuat inisiatif di dalam usaha mengasah bakat-bakat baru dalam bidang penulisan, di samping memperbaiki dan mengemaskinikan lagi penulis-penulis yang sedia ada. Antara inisiatif itu termasuklah menganjurkan banyak bengkel, kursus, seminar atau perbincangan yang bertujuan untuk membimbing dan meningkatkan kualiti penulisan, di samping melahirkan ramai lagi penulis- penulis tanah air yang mampu berdaya saing dalam bidang penulisan. Antara inisiatif lain ialah dengan pembinaan laman web, portal bidang penulisan sebagai salah satu usaha mempromosikan dan menarik minat orang ramai di dalam bidang penulisan. Laman web itu bolehlah dimuatkan dengan butir-butir penulis orang kitani, karya-karya, di samping memuatkan pautan-pautan yang amat berguna kepada pelayar laman web seperti pengenalan menulis, teknik-teknik penulisan yang baik, menarik dan berkesan, kaedah kemahiran menjana dan merangka idea, kesilapan umum dalam penulisan dan mengadakan pertandingan sebagai latihan minda dan percambahan idea dalam penulisan. Alangkah baiknya juga jika karya-karya yang ada yang berpotensi diterbitkan sebagai penyuntik semangat dan pembakar minat para penulis untuk bergiat aktif lagi.

Antara langkah lain juga ialah dengan mengadakan kelab atau persatuan penulisan yang antaranya berfungsi sebagai tempat perkumpulan penulis- penulis tempatan sama ada yang baru berkecimpung ataupun tidak ataupun penulis-penulis tanah air yang benar-benar berminat menyertainya. Dengan cara ini, Brunei mampu melahirkan penulis yang berkaliber serta mampu membentuk keterampilan penulis- penulis tanah air yang berpotensi dan menjadi pelapis kepada penulis yang ada sekarang. Kelab atau persatuan ini akan menjadi titik mula dalam perjalanan dan membuka minda penulis kepada selok-belok bidang penulisan yang boleh dijadikan asas tidak kiralah ia berbentuk rencana, cerpen, syair, novel, sastera ataupun sajak, di samping memperolehi maklumat terbaru mengenai bidang penulisan. Ia juga boleh berfungsi sebagai medan perbincangan di kalangan penulis dan memberi mereka peluang untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pengalaman serta pandangan.

Kita penuh berharap agar lebih ramai lagi penulis berkaliber dan bermutu tempatan yang lahir seperti munculnya ‘cendawan di musim hujan’. Kita berharap agar mereka mampu melahirkan karya besar yang hebat dan luar biasa yang memikat setiap pendengar dan pembaca di segenap pelusuk dunia. Mereka juga harus berusaha untuk meningkatkan lagi kreativiti dan kredibiliti agar menjadi penulis yang lebih baik dari yang sebelumnya sebagaimana dalam ungkapan. ‘If the best is excellent, good is not enough: jika mampu melakukan yang terbaik, tidak selayaknya melakukan sekadar baik.’

Hajah Rafizah binti Haji Abdullah
No. 139 'N',
Kampong Peramu Bandar Seri
Begawan, BP 1126
Negara Brunei Darussalam
No. k/p: 00-298007


TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA AKAN DATANG

1.'Bijak Berbelanja Menangani Krisis Kewangan Global'. Tarikh tutup : 14 Mac 2009.

2.'Perubahan Minda dan Sikap Ke Arah Kecemerlangan Bernegara'. Tarikh tutup : 21 Mac 2009.

Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon jika ada hendaklah disertakan dan hendaklah dihantar kepada :

Sidang Penyunting Minda Pembaca,
Unit Pelita Brunei,
Lapangan Terbang Lama, Berakas,
Bandar Seri Begawan, BB 3510,
Negara Brunei Darussalam,
jaafar.ibrahim @ information.gov.bn.
e-mel : pelita@ brunet.bn

Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Waktu Berkhidmat Kaunter TAP di bulan Ramadan

Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.