Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Khamis 9 Julai 2009 / 14 Rejab 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.27
     Asar 3.52
 Maghrib 6.38
     Isyak 7.53
 Imsyak 4.40
     Subuh 4.50
 Syuruk 6.13
     Doha 6.38
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

“ORANG-ORANG yang tidak beriman itu, disediakan seksaan yang sangat (keras). Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah Faathir ayat 7).


Keadaan Cuaca :
Hujan, kadangkala berpetir dijangka melintasi negara sekali sekala dari Barat ke Timur dan cuaca diramalkan baik di pertengahan.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari arah Barat Daya selaju 10 - 30 kmsj.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di bawah paras 1.0 m dan menjadi bergelora di paras 2.5 m dekat hujan atau hujan berpetir.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Berkemungkinan hujan berangin ribut.


Suhu Maksimum :
 32 darjah celsius


Suhu minimum :
24 darjah celsius



tpelita@yahoo.com

 

Berkenan menyampaikan Anugerah Pengiktirafan kepada lima pemimpin
wanita cemerlang


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah berkenan menyampaikan anugerah Pemimpin Wanita Brunei dalam Kerajaan atau ‘Brunei Woman Leader In The Government’. kepada SUT (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Hajah Apsah binti Haji Abdul Majid.
(Foto : Hernie Suliana Haji Othman)

JERUDONG, Rabu, 8 Julai. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin wanita cemerlang dalam pelbagai bidang di negara ini.

Berangkat sama di majlis yang berlangsung di Empire Theatre itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bulqiah.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

60 peratus wanita di negara ini aktif dalam ekonomi JERUDONG, Rabu, 8 Julai. –Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bersabda, statistik menunjukkan 47 peratus penduduk di negara ini terdiri dari kaum wanita dan kira-kira 60 peratus dari mereka aktif dalam ekonomi.
berita penuh...

Sembahyang Sunat Hajat memohon terhindar wabak Influenza A (H1N1) BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Julai. -ementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya petang ini mengadakan Sembahyang Sunat Hajat memohon keselamatan serta terhindar dari wabak Influenza A (H1N1).
berita penuh...

Brunei Darussalam dan Oman bincang kerjasama ekonomi BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Julai. - Menteri Ekonomi Kebangsaan, Naib Pengerusi Majlis Hal Ehwal Kewangan dan Sumber-sumber Tenaga, Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Ahmad bin Abdulnabi Macki berserta delegasi membuat kunjungan muhibah ke Kementerian Pembangunan.
berita penuh...

Jangkitan Influenza A H1N1 dijangka berterusan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Julai. - Penelitian awal yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap kes-kes Influenza A H1N1 yang disahkan setakat ini mendapati kira-kira 40 peratus dari pesakit mula menunjukkan tanda-tanda penyakit dalam masa tiga hari selepas dijangkiti kuman berkenaan dengan lebih 80 peratus daripadanya mempunyai dua atau lebih tanda-tanda penyakit.
berita penuh...

Kebersihan premis perniagaan diperiksa KUALA BELAIT, Rabu, 8 Julai. - Agensi kerajaan terus melakukan berbagai langkah dalam usaha menangani kejadian pandemik Influenza A (H1N1) yang melanda negara ketika ini antaranya mengadakan pemeriksaan kebersihan ke atas premis-premis perniagaan di negara ini.
berita penuh...

Peserta Program Kursus Posmen lawat Pusat Al-Islah MUARA, Rabu, 8 Julai. – Dadah tidak menghiraukan pangkat, umur, agama, pendidikan ataupun bangsa. Jika seseorang sudah ketagihan dadah, mereka akan sentiasa merasa kekurangan kecuali sudah menggunakan dadah.
berita penuh...

Beberapa kes curi dilaporkan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Julai. -Seorang lelaki Melayu sedang dalam penyiasatan pihak polis kerana terlibat dalam kes curi dua ekor ayam sigun baru-baru ini. Lelaki berkenaan adalah warganegara Brunei Darussalam dalam lingkungan 27 tahun dan tidak bekerja di mana lelaki tersebut akan dihadapkan ke pihak mahkamah atas kesalahan curi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

“SEBAGAI pelengkap menghadapi cabaran-cabaran global, kita perlu menyiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang wajar dimiliki, supaya kita dapat bersaing langsung dengan orang lain di dalam segenap bidang.” - Titah Sempena Hari Keputeraan Ke-60 Tahun pada 19 Jamadilakhir, 1427 / 15 Julai 2006.

- Titah Sempena Hari Belia Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 17 Rejab 1428 / 1 Ogos 2007.

BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)

10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :

1. Sentiasa mencuci tangan. 2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.
3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.
4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.
6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.
7. Amalkan cara hidup yang sihat.
" Jangan merokok
" Dapatkan tidur yang mencukupi
" Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif
" Atasi stress
" Banyakan minum air
" Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat

8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.
9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.
10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):
" Deman panas (38 C)
" Sakit Tekak
" Batuk-selsema
" Sakit otot dan sendi
" Rasa letih
" Sesak pernafasan
" Muntah dan cirit-birit

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn

KIBARKAN BENDERA MULAI 1 JULAI

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-63, rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan mulai hari Rabu, 8 Rejab 1430 bersamaan 1 Julai 2009 sehingga hari Jumaat, 9 Syaaban 1430 bersamaan 31 Julai 2009 bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan perayaan berkenaan.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905


" Raja Berdaulat Negara Sejahtera " ... " Raja Berdaulat Negara Sejahtera " ... " Raja Berdaulat Negara Sejahtera " ... " Raja Berdaulat Negara Sejahtera " ... " Raja Berdaulat Negara Sejahtera " ... " Raja Berdaulat Negara Sejahtera " ... " Raja Berdaulat Negara Sejahtera " ... " Raja Berdaulat Negara Sejahtera " ... " Raja Berdaulat Negara Sejahtera " ... " Raja Berdaulat Negara Sejahtera " ...

Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

html counter
bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer