|
MINDA PEMBACA
MINDA Pembaca yang terpilih minggu ini daripada tajuk yang telah kami kemukakan iaitu 'Seruan Tindakan Terhadap Perubahan Iklim'. Mereka akan menerima hadiah sebanyak BND40.00. Pendapat yang berjaya itu adalah seperti berikut: :
Amalkan cara hidup mesra alam
PERUBAHAN iklim sebagai perubahan unsur-unsur iklim dalam jangka masa yang panjang yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia itu sendiri. Perubahan iklim membawa penderitaan bagi orang ramai dan berpengaruh besar terhadap generasi kita di masa akan datang.
Tindakan yang harus dilakukan ialah mengubah gaya hidup, misalnya membiasakan diri untuk lebih efisien dalam menggunakan tenaga elektrik. Dunia industri yang menyumbangkan impak yang besar bagi pemanasan global dengan melepaskan karbon dioksida ke udara. Kita kini sudah tidak punya banyak pilihan untuk menangani perubahan iklim. Oleh itu isu perubahan iklim sentiasa dibahas dan disoroti dalam setiap ruang dan kesempatan.
Perubahan iklim yang menyebabkan terjejasnya sektor pertanian yang peka terhadap perubahan iklim sehingga menjejaskan pengeluaran makanan. Kekurangan makanan ketika ini menyebabkan 3.5 juta kematian setiap tahun. Cuaca keterlaluan menerusi taufan kemarau dan banjir besar. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil dengan segera. Kita hendaklah berganding bahu dengan seluruh warga dunia yang prihatin untuk memahami realiti perubahan iklim dan sama-sama berusaha membendung puncanya terutama mengurangkan pelepasan gas rumah kaca. Inisiatif ini tidak terhad kepada tindakan pencegahan saja tetapi perlu diperluaskan mencakupi cara hidup mesra alam, sekali gus mengurangkan tapak ekologi dalam urusan harian di tempat kerja. Realitinya perubahan iklim memang dimaklumi dan kesannya semakin ketara sejak pertengahan abad ke 20 ekoran pelbagai aktiviti pembangunan yang tidak mesra alam.
Banyak kempen-kempen yang telah dilakukan terhadap perubahan iklim salah satunya ialah 'Earth Hour' yang merupakan kempen perubahan iklim global WWF individu, peniaga akan mematikan lampu selama satu jam. Tujuan kempen ini adalah untuk mengubah sikap masyarakat dunia secara global dalam penggunaan sumber tenaga yang menghasilkan emisi karbon kita dapat mengurangi ancaman ini. Bagi mencapai tujuan tersebut marilah kita sama-sama berganding bahu untuk merealisasikannya.
Dayang Sariwati binti Haji Kahar,
No. 8, Simpang 1761-30-55, Jalan Tanjong Langir,
Kampong Kulapis BG2521.
No. k/p: 00-255667.
PENCEMARAN UDARA
MENDATANGKAN BAHAYA
UDARA yang bersih dan segar amat diperlukan oleh setiap kehidupan. Pencemaran udara banyak mendatangkan bahaya kepada manusia. Pencemaran udara di Negara Brunei Darussalam tidaklah begitu serius kerana negara kita belum mempunyai banyak industri. Cuma yang membimbangkan ialah pencemaran udara yang dikeluarkan dari asap ekzos kendaraan. Penggunaan minyak kereta tanpa plumbum merupakan cara yang baik dalam mengatasi pencemaran udara ini. Karbon monoksida, sulfar dioksida, nitrogen dioksida, plumbum dan hidrokarbon yang keluar dari asap ekzos kenderaan itu tadi boleh mencemarkan udara dan mendatangkan manfaat kepada kesihatan. Udara kotor yang dihasilkan dari kilang dan kenderaan bermotor itu juga boleh menghakis lapisan ozon yang berfungsi melindungi bumi dari pancaran 'ultra violet' yang berbahaya pada kehidupan bumi. Apatah lagi dunia sekarang ini hangat memperkatakan mengenai ozon yang semakin menipis dan perubahan iklim.
Masalah perubahan iklim boleh menimbulkan satu bencana kepada seluruh penduduk dunia, oleh kerana itu kerjasama semua pihak memang di- perlukan. Cara pemikiran dan sikap manusia juga merupakan salah satu faktor utama dalam mengurangkan pencemaran udara yang menyumbang kepada perubahan iklim. Memandangkan kehidupan kita bergantung pada alam sekitar, maka sewajarnya kita memelihara, mengekal dan menyelamatkannya selaras dengan kepentingan dan keperluan kehidupan. Sekarang cuaca dunia semakin panas, paras air laut semakin naik dan lapisan ozon pula kian menipis. Ancaman ini begitu serius, pemeliharaan serius adalah sangat diharapkan kerana setakat ini pencegahan sahaja yang dapat diusahakan.
Perubahan iklim global merupakan malapetaka yang akan datang. Kita telah mengetahui sebabanya iaiatu manusia yang terus-menerus menggunakan bahan bakar yang berasal dari fosil seperti batu bara, minyak bumi dan gas bumi. Sebahagian dari akibat pemanasan global ini ialah mencairnya gunung es di kutub, meningkatnya suhu lautan, kekeringan yang berpanjangan, penyebaran wabak penyakit berbahaya, banjir besar, 'coral bleaching' dan gelombang badai besar (tsunami). Puluhan penyakit muncul sebagai akibat perubhan iklim. Sepuluh peratus dari keseluruhan penduduk dunia diperkirakan akan tenggelam kerana mencairnya gunung es. Populasi penduduk dunia semakin padat. Akibatnya, manusia melakukan kegiatan untuk mempertahankan hidup dengan cara yang moden. Kehidupan moden tak lepas dari industri dan teknologi serta pembangunan di mana-mana. Bumi semakin cepat melepaskan radiasinya, sementara udara dekat permukaan bumi semakin panas dan kurang vegetasinya.
Sekitar tahun 1976- 2008 sebanyak 30 penyakit baru muncul akibat perubahan iklim dan pemanasan global seperti demam berdarah, kolera, diare, disusuli virus ebola dan lain-lain. Perubahan iklim juga menghasilkan munculnya berbagai jenis penyakit yang mengalami mutasi genetis, avian influenza misalnya. Para ahli penyakit mengatakan, virus itu sudah ditemukan pada unggas puluhan tahun lalu. Dengan terjadinya mutasi dan suhu lingkungan yang meningkat, virus itu dengan mudah menyebar dari unggas ke manusia. Selain menyebabkan gangguan kesihatan, perubahan iklim juga mengakibatkan berbagai bencana alam yang sangat besar. Sepanjang 2006 telah terjadi 390 bencana besar di dunia, yang mengakibatkan banyak korban.
Di negara kita, langkah-langkah bagi meningkatkan kesedaran penduduk mengenai pentingnya menjaga iklim sering kali dilaksanakan baik di peringkat sekolah, penduduk kampung, persatuan-persatuan, jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya. Berbagai aktiviti dan kempen kebersihan alam sekitar, taman-taman rekreasi, pantai-pantai telah dilaksanakan. Larangan bagi pembakaran terbuka juga dikuatkuasakan. Penanaman anak-anak pokok bagi menghasilkan bumi hijau juga dilaksanakan. Semua aktiviti ini merupakan langkah bagi menyeru dan memberi kesedaran kepada semua dalam menyelamatkan iklim dunia.
Dayang Nur Afiqah Hazirah binti Mohamad Zaidi,
No. 4, Simpang 163, Jalan Kota Batu,
Kampong Mentiri BU1929
No. k/p: 01-053590.
Pengurangan pelepasan
gas rumah hijau
PERUBAHAN iklim memberi kebimbangan kepada perkembangan ekologi dunia. Berlakunya kekerapan dan tahap kebinasaan bencana alam, mengancam alam sekitar yang menjadi asas kehidupan manusia di seluruh dunia.
Kesan terhadap perubahan iklim telah memberi impak yang membawa kemudaratan kepada masyarakat dan kanak-kanak. Mengikut kajian UNICEF, peningkatan suhu dunia dan perubahan hujan boleh membawa kesan kepada penghasilan tanaman ruji, di mana ianya boleh mengurangkan penghasilan makanan. Lebih kurang 36 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai masalah kekurangan makanan disebabkan kebuluran. Kanak-kanak yang mempunyai tahap malnutrisi yang kritikal boleh membawa kepada kematian. Masalah-masalah pencemaran air, kemusnahan hutan, pelupusan spesies haiwan dan kesihatan kanak-kanak terancam setiap hari disebabkan oleh pencemaran yang disebabkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Perbuatan membuang sampah, menebang dan membakar hutan boleh mengakibatkan banjir, penghakisan tanah, tanah runtuh dan menjadikan tanah tidak subur untuk penanaman semula. Pada 12 Oktober 2006, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penguat kuasa Perintah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Pindaan) 2006 dan Aturan-Aturan Kesalahan-Kesalahan Kecil. Akta ini amat wajar sebagai panduan dari segi undang-undang untuk memantapkan dan memperkesankan lagi penguatkuasaan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil, terutama sekali kesalahan pembuangan sampah atau kotoran di tempat awam di mana di bawah Bab 38A akta ini denda boleh dikenakan tidak melebihi BND500. Peranan agensi-agensi seperti Jabatan Bandaran dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi juga amat penting dalam memantau dan menjaga alam sekitar.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meminta negara, syarikat dan masyarakat agar bekerjasama dan memberi fokus kepada pelepasan gas rumah hijau dan bagaimana untuk mengurangkannya. Kecekapan penggunaan tenaga yang rendah, sumber tenaga alternatif, pemeliharaan hutan dan penggunaan tenaga yang mesra alam. Pendidikan kesedaran alam sekitar harus bermula dari rumah dengan ibu bapa bertindak sebagai contoh teladan kepada anak-anak. Pengetahuan tentang keselamatan, kesihatan dan pengurusan alam sekitar di rumah mustahak diperluaskan dalam program-program pendidikan. Dengan bertambahnya pengetahuan tentang pengurusan alam sekitar serta meningkatnya tahap kesedaran masyarakat terhadap isu-isu kemerosotan kualiti alam sekitar maka tabiat baru yang lebih mesra alam dapat dibentuk.
Sesungguhnya memang sukar untuk kita menjalani kehidupan tanpa penghasilan karbon. Malah proses pernafasan harian manusia pun, menghasilkan karbon dioksida. Sisa organik daripda aktiviti pemakanan kita juga mengandungi sebatian karbon. Pokoknya ialah kita harus menjalani kehidupan harian kita dengan azam dan tabiat baru yang mesra alam seperti penjimatan penggunaan elektrik, budaya 3R (Reduce, Reuse, Recycle) serta penggunaan kenderaan secara lebih efisien. Semoga pembentukan tabiat baru yang lebih mesra alam sedikit sebanyak diharap dapat menyumbang terhadap pengurangan pelepasan gas rumah hijau.
Awang Haji Azreem bin Haji Ramli,
No. 6, Simpang 74-41-31,
Kampong Mata-Mata Gadong,
Bandar Seri Begawan, BE1718
No. k/p: 00-124710.
Perubahan iklim : Semua pihak mainkan peranan
SERINGdipersoalkan pada ketika ini kenapa cuaca dunia pada ketika ini semakin panas? Mari kita fokuskan kepada negara kita sendiri. Akhir-akhir ini kita mengalami cuaca panas yang luar biasa sehinggakan menjadi topik perbualan di kedai-kedai kopi. “Makin panas ari ani ah ...” Inilah antara keluhan-keluhan orang kita yang hanya mampu merintih tanpa mengetahui apakah punca sebenar yang menyebabkan perubahan iklim yang semakin membimbangkan ini.
Secara ilmiahnya mengikut kajian pakar ahli bumi, perubahan iklim adalah berpunca dari satu fenomena yang dipanggil 'Pemanasan global'. Fenomena ini terjadi apabila suhu cuaca semakin meningkat, paras air semakin naik dan lapisan ozon semakin nipis. Antara faktor-faktor yang menyebabkan meningkatnya suhu cuaca adalah dari pembakaran terbuka yang diamalkan oleh segelintir penduduk dunia.
Asap-asap yang terhasil dari pembakaran tersebut mempunyai gas yang dikenali dengan 'karbon dioksida' yang mana jika terlaku banyak boleh mengundang kepanasan yang tinggi sehingga mampu menipiskan lapisan ozon. Perlu diingat, lapisan ozon adalah satu lapisan penjagaan dunia yang berfungsi sebagai perisai dari terik matahari yang boleh mendatangkan mudarat kepada spesies alam seperti kanser kulit, kematian tumbuh-tumbuhan dan mengundang kenaikan suhu panas.
Dalam pada itu juga disebabkan panas yang meningkat, ais di Kutub Utara dan Selatan semakin cair dan akibatnya paras air sangat membimbangkan. Adakah kita semakin peka dengan hal sebegini?
Atas dasar ini Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah pun berusaha dalam memberikan maklumat untuk berjaga-jaga seperti menyediakan papan-papan sukatan air di setiap kampung khususnya di Kampong Ayer.
Selain daripada itu, kerajaan juga menasihatkan kepada kita selaku rakyat untuk menjauhi aktiviti pembakaran terbuka supaya dapat kita sama-sama sedikit sebanyak mengurangkan krisis perubahan iklim ini seperti kata pepatah Melayu yang sering dikatakan, 'sediakan payung sebelum hujan.
Awang Mohammad Ghani bin Awang Ahmad,
No. 56 I, Kampong
Sungai Kebun, Bandar Seri Begawan, BK2386.
No. k/p: 00-306740.
TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA AKAN DATANG
1. 'E-Kerajaan Memudahkan Urusan Orang Ramai'. Tarikh tutup : 29 Jun 2009.
2. 'Hari Keputeraan Lambang Perpaduan dan Kerjasama'. Tarikh tutup : 6 Julai 2009.
3. 'Bersama Rakyat Manifestasi Yang Meneguhkan Institusi Beraja'. Tarikh tutup : 13 Julai 2009.
Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon jika ada hendaklah disertakan dan hendaklah dihantar kepada :
Sidang Penyunting Minda Pembaca,
Unit Pelita Brunei,
Lapangan Terbang Lama, Berakas,
Bandar Seri Begawan, BB 3510,
Negara Brunei Darussalam,
jaafar.ibrahim @ information.gov.bn.
e-mel : pelita@ brunet.bn
Kembali ke muka utama
|