Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM.

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN: 8 JULAI 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 29 JULAI 2009
BILANGAN IKLAN : 27/07/09 (SPA/BMI)

PERATURAN 7(a)

Syarat-Syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.

(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.

(D) Cara permohonan – Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. JURUTERA HOSPITAL
JABATAN DASAR DAN PERANCANGAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Pekhidmatan Bangunan / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Elektrikal / Juru Ukur Bahan / Arkitek atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama. Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

2. JURULATIH SUKAN
JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:

1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

2. Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

b) TANGGAGAJI B.2:

i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

3. JURUTERA TELEKOM PENERBANGAN
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :

1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / Komputer atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

ii) Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

b) TANGGAGAJI B.2:

i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / komputer atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pembantu Teknik dalam tanggagaji C.3 di tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

iii) Pernah mengikuti latihan pemeliharaan / penyelenggaraan terhadap “Specialist Equipments” Lapangan Terbang seperti ATC Primary and Secondary Radar/ATM, Meteorological Radar, Transmitter & Receivers, Instrument Landing System dan lain-lain lagi.

ATAU

iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 yang berkaitan dengan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / komputer atau bidang bersesuaian tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan.

4. PENOLONG PENGUASA BOMBA DAN PENYELAMAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:

a) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam salah satu bidang berikut;

• Civil Engineering
• Computing
• Construction Engineering dan Management
• Electrical and Electronic Engineering
• Information Technology
• Mechanical Engineering
• Automotive Engineering
• Marine Engineering
Kelulusan lebih tinggi dalam salah satu bidang tersebut diatas adalah kelebihan.

b) Pemohon-pemohon di para a) i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

i) Umur - Diantara 18 tahun hingga 26 tahun
ii) Tinggi dan berat badan - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.
- Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.
iii) Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 34’’ (86cm) , Apabila tidak ditarik nafas (biasa).
iv) Bagi pemohon wanita hendaklah belum berkahwin semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
v) Hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan.
vi) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/6 tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens) dan boleh membaca dekat J.1/N.5.
vii) Tidak buta warna dan tidak cacat pendengaran.
viii) Pemohon hendaklah tidak mengalami masalah kesihatan seperti asma / sakit jantung / darah tinggi / kencing manis / penyakit kulit / leukemia / kanser / penyakit berjangkit dan penyakit yang membahayakan.
ix) Ujian.

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti ujian kecergasan, bertulis dan praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

ATAU

a) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 5 tahun dan lulus ujian kefahaman fizikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa.

b) Keahlian Membership of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.

TARIKH PENGAMBILAN DAN TEMPAT MENGHANTAR BORANG BAGI BILANGAN 4:

Tarikh pengambilan bagi jawatan di atas akan diadakan pada 8 Julai, 2009 hingga 29 Julai, 2009 (selama 3 minggu) bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Masa pengambilan bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

CARA-CARA MEMOHON:

Seseorang pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan lengkap sebelum tarikh tutup.

Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan sijil-sijil Asal Persekolahan pada tarikh-tarikh Pengambilan. Borang-Borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2 keping gambar terbaru ukuran Passport. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada pegawai-pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh pengambilan tersebut.

5. PENOLONG KANAK-KANAK CACAT TERLATIH
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Jururawat dalam tanggagaji M.4 EB.5 atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji M.4 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun.
b) Memperolehi latihan-latihan mengenai dengan kanak-kanak cacat (special needs children) adalah kelebihan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

ULANGAN IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK KELUARAN 24 JUN 2009

GH8. SETIAUSAHA KEDUA
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.

c) Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

GH9. PEGAWAI PENYELIDIK
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.

c) Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

GH10 PEGAWAI PROJEK
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.

c) Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

GH11 PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.

c) Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI
BILANGAN GH8 HINGGA GH11 DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JULAI, 2009

PEMBERITAHUAN:

Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.

Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.

Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.

Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).

Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-

a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;

b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);

c. Rekod Perkhidmatan.

Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.

4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.

Permohonan yang diterima lewat daripada 29 JULAI 2009 tidak dilayan.

Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.

Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat sepesrti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari:-

• Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.

• Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/

• Melalui email bmm.spa@spa.gov.bn.

Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-

• Pejabat Daerah Belait;

• Pejabat Daerah Temburong.

• Pejabat Daerah Tutong;

• Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;

• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


Dikemaskini 8 Julai 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.