JAWATAN-JAWATAN KOSONG


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN : 9 JULAI 2008
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JULAI 2008
BILANGAN IKLAN : 27/07/08 (SPA/BMI)

PERATURAN 7 (a)

Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. PEGAWAI HAIWAN
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Penternakan / Sains Veterinar atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
b) Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan pemeliharaan ternakan khususnya dalam hal-hal pencegahan penyakit adalah keutamaan.

2. PEGAWAI KEBAJIKAN PERUBATAN
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kerja Sosial / Sosial Kemasyarakatan / Dasar Sosial atau bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

3. PENOLONG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN
JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN
JABATAN PERDANA MENTERI
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Management Science / Business Administration / Public Administration / Consumer Studies/Affairs / Quality Management; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Berpengalaman dalam bidang berkaitan dengan perkhidmatan pengurusan atau kerja-kerja penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pengurusan atau pentadbiran adalah kelebihan.

4. PENOLONG PENGURUS DOBI
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.1-2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang hospitality / pentadbiran / elektrikal; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berpengalaman tidak kurang dari 3 tahun dalam bidang pengurusan.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Dobi atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

5, PENJALAN TRAILER
JABATAN KERJA RAYA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan (ND) dalam bidang teknikal yang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan menjalan Trailer (lowbed dan highbed) dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai lesen memandu kelas 2 dan 11 yang sah.

6. PENDOBI
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.
ATAU
ii) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

7. TUKANG SUNTIK
JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding. Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

PEMBERITAHUAN:

1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya. 2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.

3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.

4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).

5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-

a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;

b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);

c. Rekod Perkhidmatan.

6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.

8. Permohonan yang diterima lewat daripada 31 JULAI 2008 tidak dilayan.

9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.

10. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan di papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:

Website: http://www.spa.gov.bn/

11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-

* Pejabat Daerah Belait;

* Pejabat Daerah Temburong.

* Pejabat Daerah Tutong;

* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan,
Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;

* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


JABATAN DAERAH TUTONG
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

PENCALONAN BAGI MENGISIKAN
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
SEBAGAI PENGHULU-PENGHULU
MUKIM DI DAERAH TUTONG

JABATAN Daerah Tutong dengan sukacita mempelawa/menjemput penduduk-penduduk mukim-mukim berkenaan bagi menghadapkan pencalonan untuk mengisikan kekosongan Jawatan Penghulu-Penghulu Mukim di Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam seperti berikut :-

1. Penghulu Mukim Lamunin
2. Penghulu Mukim Kiudang
3. Penghulu Mukim Pekan Tutong

Tanggagaji : C3 EB4 iaitu $ 1,990.00 hingga $2,620.00

KELAYAKAN CALON PENGHULU MUKIM

1. Calon hendaklah:-
a) Seorang lelaki terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Pelajaran di Peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding de-ngannya.
c) Beragama Islam dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubungkait dengannya.
d) Berumur tidak kurang 40 tahun dan tidak lebih 60 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya.
e) Bermastautin di Mukim-mukim yang berkenaan tidak kurang dua (2) tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Penghulu Mukim hendaklah benar-benar tinggal di Mukim yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon itu mempu-nyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
f) Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara.
g) Mempunyai pengalaman yang baik dalam agama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat mukim berkenaan.
h) Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
i) Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah undang-undang yang di kuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua (2) tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh mahkamah.

2. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Penghulu Mukim hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan.
3. Pencadang dan penyokong-penyokong bagi seorang calon Penghulu Mukim hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di mukim berkenaan.
4. Calon pencadang dan penyokong-penyokong hendaklah menandatangani borang pencalonan. Borang pencalonan berkenaan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan ke Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong Jabatan Daerah Tutong.
5. Bagi Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing ataupun dari pihak-pihak swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan ma-sing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.
6. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada (Syarat-syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampong) seperti yang terkandung dalam buku Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998.

TATACARA MENGHADAPKAN BORANG PENCALONAN
Keterangan lanjut dan borang pencalonan
bolehlah diperolehi dan dikembalikan ke alamat
seperti berikut :

Bahagian Institusi Penghulu Mukim
dan Ketua Kampung
Jabatan Daerah Tutong
Negara Brunei Darussalam
No. Tel: 4221279

Tarikh Tutup mengembalikan borang pencalonan ialah tidak lewat 26 Julai 2008 (Sabtu) jam 3.00 petang.


Dikemaskini 9 Julai 2008 (Rabu)