BERITA LENGKAP

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Berkenan Menerima Mengadap
Empat Duta Negara Sahabat

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darrussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Persekutuan Jerman yang akan menamatkan perkhidmatannya ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Conrad Karl Cappell di Istana Nurul Iman.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap secara berasingan empat perwakilan negara-negara sahabat yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan ke negara ini berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darrussalam berkenan menerima mengadap Duta Republik Perancis TYT Patrick Bonneville, yang akan menamatkan perkhidmatannya ke Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Conrad Karl Cappell.

Tuan Yang Terutama Conrad Karl Cappell berkhidmat sebagai Duta Besar Republik Persekutuan Jerman sejak bulan Julai 2004.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darrussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Kesultanan Oman yang akan menamatkan perkhidmatannya ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ahmad bin Mohammad bin Zaher Al-Hinai di Istana Nurul Iman.

Baginda seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Peranchis, Tuan Yang Terutama Patrick Bonneville yang mula berkhidmat sebagai Duta Besar Republik Perancis sejak bulan Ogos 2005 dan diikuti kemudiannya oleh Duta Besar Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Ahmad bin Mohammad bin Zaher Al-Hinai yang mula berkhidmat sejak bulan November 2005 dan akhir sekali Mengadap Ke Hadapan Majlis baginda ialah Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Tuan Yang Terutama Leopold Battelyang mula berkhidmat sejak bulan November 2006.

Hadir sama dimajlis mengadap tersebut ialah Setiausaha Tetap Di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar.

Kembali ke muka utama