BERITA RINGKAS


'PELITA BRUNEI’ DUA KALI SEMINGGU

MULAI hari ini, 9 Julai 2008, Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI akan diterbitkan dua kali seminggu pada setiap hari Rabu dan Sabtu dengan setiap edisi mengandungi 24 muka surat. Edisi ANEKA ditiadakan.

Sementara itu, Pelita Online Harian telah bermula pada hari Isnin, 7 Julai 2008 dan boleh dilayari setiap hari mulai jam 6.00 pagi.

Pelancaran PELITA BRUNEI dua kali seminggu akan diadakan pada 16 Julai 2008 mengambil sukut baik sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kembali ke muka utama