Timbalan Pengetua STPRI, Dayang Hajah Aisah binti Haji Sahdan dalam ucapannya berkata bengkel yang dijalankan tersebut sedikit sebanyak akan dapat menambah pengetahuan serta pengalaman guru-guru kaunseling dalam mempertingkatkan kualiti tugas dan tanggungjawab mereka dan mempraktikkan kemahiran tersebut di sekolah masing-masing.
Dengan adanya bengkel tersebut, guru-guru kaunseling akan dapat memanfaatkan pengalaman dan juga berkongsi idea dalam mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi.
Bengkel LDK telah diselenggarakan oleh Yang Dipertua Persatuan Kaunseling Brunei (PERKAB), Kapten Rusli bin Bujang, yang menyatakan bahawa kaunselor adalah individu yang memberikan khidmat kaunseling dan budaya kaunseling menjadi satu istilah generik yang digunakan dalam pelbagai keadaan.
Namun demikian katanya, kaunseling perlu mempunyai penjelasan yang mantap mengenai peranan, istilah, ruang lingkup amalan, perakuan dan latihan bagi melahirkan kaunselor profesional.