
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 4 FEBRUARI 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 FEBRUARI 2009
BILANGAN IKLAN : 05/02/09 (SPA/BMI)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu
bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. JURUAUDIT KANAN (KEWANGAN)
JABATAN AUDIT
JABATAN PERDANA MENTERI
B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) Mempunyai kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan professional badan perakaunan yang diiktiraf.
ATAU
ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau pengauditan adalah kelebihan.
iii) Berkhidmat di Jabatan Audit sebagai Juruaudit dalam tanggagaji B.2 EB.3 / B.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang perakaunan dan/atau pengauditan dalam tanggagaji B.2 EB.3 / B.2 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
v) Bagi yang tidak mempunyai kelulusan di para a) (i) atau a) (ii) di atas, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan perakaunan dan/atau pengauditan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada).
ii) Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan.
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan.
2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK UGAMA
JABATAN MUFTI KERAJAAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengajian Islam, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang mengendalikan hal ehwal ugama dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan menunjukkan tahap keilmuan tertentu yang diakui sesuai oleh Jabatan Mufti Kerajaan.
b) Mempunyai akhlak yang mulia.
3. PENGAJAR BENGKEL
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pertukangan Kayu atau bidang berkaitan atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
ATAU
b) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang Pertukangan Kayu dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
c) i) Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dan mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang Pertukangan Kayu atau bidang berkaitan tidak kurang dari 5 tahun.
d) Berkebolehan bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
4. MERINYU METER KANAN
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK
JABATAN PERDANA MENTERI
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Elektrik atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merinyu Meter atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun.
b) Pengalaman praktikal dalam kerja-kerja pemeriksaan, pemasangan, pengujian dan penafsiran tenaga elektrik adalah kelebihan.
5. PEGAWAI PENGUATKUASA
JABATAN DAERAH TEMBURONG
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Melesen atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Luar atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai lesen memandu kelas 1 atau 3 yang sah.
c) Mempunyai kebolehan membuat laporan lisan atau bertulis adalah kelebihan.
6. JURUTEKNIK MAKMAL KANAN
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN) ATAU
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI C.2 EB.3:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Sains / Laboratory Science / Biological Science atau dalam bidang Sains yang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Sains serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang permakmalan tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Makmal atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Pembantu Makmal / Pembantu Makmal Rendah atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI C.1-2 EB.3:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Sains, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Makmal atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pembantu Makmal/Pembantu Makmal Rendah atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Berkebolehan menggunakan komputer adalah kelebihan.
c) Berpengalaman dalam bidang penyediaan alatan dan bahan model Sains bagi Pengajaran dan Pembelajaran penuntut dan pengawetan tumbuhan dan binatang adalah diutamakan (bagi jawatan di Kementerian Pendidikan).
d) Mempunyai kebolehan dalam pengendalian peralatan-peralatan sains makmal terutama bagi pengendalian FTIR Spectrophotometer dan UV/VIS/NIR Spectrophotometer adalah kelebihan (bagi jawatan di Universiti Brunei Darussalam).
7. JURULATIH OUTWARD BOUND
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Latihan / Pendidikan / Sains Kemasyarakatan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Mempunyai Diploma / Sijil dalam bidang Outward Bound School atau sebanding dan telah berkhidmat dalam jawatan bersesuaian tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iv) Pernah berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) atau Polis Diraja Brunei sekurang-kurangnya dalam pangkat Sarjan.
b) Hendaklah berumur 20 tahun ke atas dan tidak melebihi 45 tahun.
c) Berpengalaman dalam kegiatan-kegiatan pengembaraan di dalam hutan dan perairan serta dapat berenang tanpa menggunakan pelampung / jaket keselamatan di kolam renang sejauh 200 meter.
d) Calon-calon yang mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkayak / berkenu (laut/sungai berjeram), berkhemah secara berekspidisi, merentas hutan, abseiling, mendaki batu (rock climbing), mendaki gunung, menjalankan latihan, pengawasan cadar tali menali (ropes challenge course) serta bidang pendidikan atau kegiatan pembangunan tidak kurang dari 5 tahun adalah diutamakan.
e) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.
8. PENOLONG PEGAWAI KERJA TINGKAT II
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan menyediakan kertas kerja-kertas kerja adalah keutamaan.
c) Mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.
9. RENJAR HUTAN
JABATAN PERHUTANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Perhutanan sebagai Pembantu Perhutanan Rendah dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Lulus Sijil Asas Perhutanan, Jabatan Perhutanan serta mempunyai kelulusan pengkhususan yang lebih tinggi adalah kelebihan.
10. PEMBANTU PERHUTANAN
JABATAN PERHUTANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang perhutanan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Perhutanan sebagai Pembantu Perhutanan Rendah dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan Perhutanan / Pertanian / Pemeliharaan Alam Sekitar atau bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Lulus Sijil Asas Perhutanan, Jabatan Perhutanan serta mempunyai kelulusan pengkhususan yang lebih tinggi adalah kelebihan.
11. PENYELIA KURSUS-KURSUS
PUSAT PEMBANGUNAN BELIA
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI
GH12 JURUAUDIT (KEWANGAN)
JABATAN AUDIT
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Mempunyai kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan professional badan perakaunan yang diiktiraf.
ATAU
ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau pengauditan adalah kelebihan.
JURUAUDIT AGUNG,
JABATAN AUDIT,
TINGKAT 6, BANGUNAN BAHIRAH,
JALAN MENTERI BESAR, BERAKAS ‘A’ BB3910
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG
PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH12:
18 FEBRUARI, 2009