Pelita Brunei - Berita Ringkas
BERITA LENGKAP

Dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, KHEDN

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 8 Februari.- Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah supaya Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, Pemangku Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).

Perlantikan pegawai tersebut berkuatkuasa mulai pada hari Isnin 13 hb, Safar, 1430 bersamaan 9hb Februari, 2009.


Kembali ke muka utama