AWANG Haji Bakar bin Manshor, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Lumapas menyerahkan Bendera kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaikkan.
Hadir selaku tetamu kehormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Haji Bakar bin Manshor yang juga Penghulu Mukim Lumapas.Pengerusi majlis, Ketua Kampong Kasat, Awang Brahim Haji Raman dalam ucapannya antara lain menyeru penduduk kampung di Mukim Lumapas umumnya dan Penduduk Kampong Kasat khasnya supaya mengibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam di rumah-rumah mereka bagi menyemerakkan lagi sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 25 tahun ini.
UPACARA menaikan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Mukim Lumapas di Sekolah Rendah Kasat.
Acara di ikuti dengan rombongan membawa bendera Negara Brunei Darussalam terdiri daripada para Belia Kampong Kasat dengan menunggang Motorsikal menyerahkan bendera tersebut kepada rombongan Ketua-ketua Kampung di Mukim Lumapas yang menyerahkannya kepada Ketua Kampong Kasat dan kemudian menyerahkannya kepada tetamu kehormat.Seterusnya tetamu kehormat disertai Ketua-ketua Kampong Mukim Lumapas menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam kepada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei untuk upacara menaikan bendera diiringi dengan nyanyian lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam daripada penduduk Mukim Lumapas.
Upacara menaikan bendera itu merupakan acara tahunan yang di ungkayahkan oleh Majlis Perundingan Mukim Lumapas dan tahun ini Kampong Kasat menjadi penyelaras bagi upacara berkenaan.
Upacara menaikkan bendera tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Awang Haji Makshud Haji Malik, Imam Masjid Kampong Kasat.
(Berita & foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)
Kembali ke muka utama