|
Pegawai-pegawai kanan kerajaan hadiri Taklimat EDPSGO Ke-13
 PEMANGKU Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa berucap di sesi Taklimat bagi Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) ke 13 di Kementerian berkenaan.
(Foto :Ramli Tengah)
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 April. - Raja atau sultan itu adalah menyamai khalifah atau imam yang memegang kuasa memerintah negara yang tertinggi atau ‘the supreme executive authority’, di mana ajaran Islam menetapkan tanggungjawab atau kewajipan pemegang kuasa tertinggi memerintah itu antaranya ialah melindungi agama.
Perkara ini digariskan oleh Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa hadir memberikan ucapan alu-aluan di Sesi Taklimat Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Ke-13.
Yang Berhormat menambah, dalam teori pemerintahan Islam, melindungi agama itu ialah memelihara dasar-dasar agama yang asli dan ijmak ulama as-salaf. Jika timbul pembawa kepercayaan atau ajaran-ajaran bidaah atau membawa kepercayaan yang salah iaitu syubhah, maka khalifah atau imam sebagai kepala negara hendaklah menerangkan dan menginsafkan mereka supaya kembali ke jalan yang benar agar agama tetap terpelihara daripada sebarang khurafat dan umat Islam terpelihara daripada kesesatan.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Penutupan Bengkel Pelan Operasi Kecemasan Kesihatan Awam
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 April. – Majlis Penutup Bengkel Pelan Operasi Kecemasan Kesihatan Awam Bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2009 yang diadakan di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan di Jalan Commonwealth Drive, Berakas, di sini.
berita penuh...
Sebuah cawangan bank tempatan berpindah ke lokasi baru
SERIA, Rabu, 8 April. - Selaras dengan perkembangan perniagaannya, Bank Baiduri Cawangan Seria telah berpindah ke bangunan baru di Kedai Lot No. 10 Jalan Sultan Omar Ali semata-mata untuk memberi layanan yang baik kepada pelangganya yang semakin meningkat.
berita penuh...
Audit dalam hendaklah bersifat bebas
RIMBA, Rabu, 8 April. - Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Haji Omar bin Haji Abd Rahman berkata merujuk kepada bidang tugas yang diberikan kepada Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai kanan dan kakitangan yang dilantik untuk menganggotai audit dalaman supaya bersifat bebas.
berita penuh...
18 peserta terpilih ke Pertandingan Membaca Al-Qur’an Peringkat Separuh Akhir
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 April. - Seramai 18 orang peserta termasuk enam qariah telah terpilih memasuki Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 2009 setelah bersaing di pertandingan peringkat suku akhir yang berlangsung selama dua hari.
berita penuh...
Kumpulan Nur Hikmah dan Duratun Nashiqin masing-masing muncul juara
BANDAR SERI EBGAWAN, Rabu, 8 April. – Kumpulan Nur Hikmah dan Duratun Nashiqin masing-masing muncul juara pada Pertandingan Tausyeh dan Nasyid Antara Program Fakulti Bagi Pelajar-pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) berlangsung di kolej berkenaan, Jalan Tutong petang tadi.
berita penuh...
Persatuan Mahasiswa Mahasiswi UBD adakan mesyuarat agung
TUNGKU, Rabu, 8 April. – Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengadakan Mesyuarat Agung Ke-2 Bagi Sesi 2008-2009 di Dewan Canselor UBD di sini.
berita penuh...
Hutan ASEAN kurangkan kesan perubahan iklim
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 April. - Hutan ASEAN memainkan peranan penting dalam pengeluaran kayu balak sejagat dan dalam masa yang sama berpotensi bagi mengurangkan kesan daripada perubahan iklim.
berita penuh...





|