Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Hutan ASEAN
kurangkan kesan perubahan iklim

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 April. - Hutan ASEAN memainkan peranan penting dalam pengeluaran kayu balak sejagat dan dalam masa yang sama berpotensi bagi mengurangkan kesan daripada perubahan iklim.


PENGARAH Perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh semasa berucap di Pembukaan Mesyuarat Kumpulan Kerja mengenai Inisiatif Pensijilan Kayu Balak Pan ASEAN Kali Kelapan.
(Foto :Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Pengarah Perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh berkata, negara-negara anggota ASEAN komited untuk meneruskan pengurusan hutan yang berkekalan sejajar dengan kehendak kebangsaan.

Trend ASEAN masa kini dalam perdagangan kayu balak yang disahkan dan pengeluaran kayu balak tambahnya telah semakin menjadi perhatian dan bersaing dengan rakan-rakan sejagat selaras dengan pengetahuan dan pengalaman dalam pensijilan hutan.


PENGARAH Perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh semasa berucap di Pembukaan Mesyuarat Kumpulan Kerja mengenai Inisiatif Pensijilan Kayu Balak Pan ASEAN Kali Kelapan.
(Foto :Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

“Pensijilan hutan merupakan alat bagi memperbaiki wilayah hutan ke arah menyahut keharmonian setiap kriteria dan penunjuk bagi pengurusan hutan yang berkekalan di peringkat kebangsaan selaras dengan rangka kerja ASEAN,” jelasnya semasa berucap di Pembukaan Mesyuarat Kumpulan Kerja Mengenai Inisiatif Pensijilan Kayu Balak Pan ASEAN Ke-8 hari ini.

Semasa Mesyuarat Kumpulan Kerja Ketujuh di Myanmar, ASEAN katanya telah bersetuju bagi perlaksanaan program pembangunan kapasiti bagi meningkatkan keupayaan masing-masing dalam penubuhan sistem kepelbagaian perundangan mengenai kayu balak kebangsaan.

Menurutnya, langkah pertama melalui program berkenaan ialah latihan bengkel yang telah dikendalikan dengan jayanya di Negara Brunei Darussalam pada bulan Julai 2008.

Mesyuarat yang dihadiri oleh para perwakilan dari negara-negara ASEAN itu berlangsung di Hotel Kiulap Plaza dan diteruskan dengan beberapa sesi perbincangan tertutup.
(Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

PENYELIDIKAN ROV DI KAWASAN MLJ2 DAN MLJ1

JABATAN Laut memaklumkan kepada semua kapal, para pelaut serta orang ramai bahawa penyelidikan ROV di kawasan MLJ2 dan MLJ1 akan diadakan bermula 4 April 2009 selama 20 hari.

Kawasan MLJ2 yang terbabit dari 5 darjah 23’ 29.236” (U) 114 darjah 39’(T)59.720” dan kawasan MLJ1 yang terbabit dari 5 darjah 24’ 01.431” (U) 114 darjah 41’ 05.844” (T).

Penyelidikan yang akan menggunakan Kapal MV Fugro Sostice itu akan melibatkan carta BA 2109.