Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Selasa 8 September 2009 / 18 Ramadan 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.22
     Asar 3.21
 Maghrib 6.25
     Isyak 7.33
 Imsyak 4.47
     Subuh 4.57
 Syuruk 6.13
     Doha 6.36
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

“WAHAI sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi layak dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesunguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji dan menyuruh supaya kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).”
(Surah Al Baqarah ayat 168-169).


Keadaan Cuaca :
Sedikit berjerebu dan berangin terutama di laut dengan kemungkinan hujan berangin ribut atau hujan berpetir di jangka melintasi negara pada awal pagi.

Keadaan Angin :
Bertiup dari arah Barat Daya selaju 10 - 25kmsj di daratan dan selaju 20 - 40kmsj di laut.


Keadaan Laut :
Berombak sederhana di paras 1.0 - 2.0m sekali sekala meningkat ke bergelora di paras 3.0 m.

Perhatian :
1. angin meningkat selaju 30 - 60kmsj di jangka berlaku dekat hujan berpetir dan laut.
2. Keadaan laut bergelora sekali sekala berterusan berbahaya kepada pengguna bot-bot kecil.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Hujan berasingan di kawasan pesisiran pantai.


Suhu Maksimum :
 33 darjah celsius


Suhu minimum :
22 darjah celsius



Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa


tpelita@yahoo.com

 

DPPW berkenan adakan jamuan malam


DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ketika berkenan mengadakan Majlis Jamuan Malam kepada Ahli Jawatankuasa Pusat Biro Parti Komunis China dan Setiausaha Parti Komunis China Bagi Jawatankuasa Perbandaran Tianjin, Tuan Zhang Gaoli. Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 September. – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan mengadakan Majlis Jamuan Malam bagi Ahli Jawatankuasa Pusat Biro Parti Komunis China dan Setiausaha Parti Komunis China Bagi Jawatankuasa Perbandaran Tianjin, Tuan Zhang Gaoli.

Juga berangkat Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Tuan Zhang Gaoli mulakan lawatan 2 hari ke negara ini

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 September. - Ahli Jawatankuasa Pusat Biro Parti Komunis China dan Setiausaha Parti Komunis China Bagi Jawatankuasa Perbandaran Tianjin, Tuan Zhang Gaoli petang tadi tiba di negara ini bagi lawatan dua hari.
berita penuh...

Dua wakil negara sertai Pertandingan Menghafaz Al-Qur’an di Mesir

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 September. – Muhammad Izzuddin Fathullah bin Haji Ahmad dan Muhammad Zubair bin Haji Zaini terpilih mewakili negara ke Pertandingan Menghafaz, Membaca dan Mentafsir Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa Ke-17, di Republik Arab Mesir.
berita penuh...

PEMODA akan mengadakan ‘Sungkai Ride’

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 September. – Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) akan mengadakan acara tahunan mereka ‘Sungkai Ride’ pada hari Ahad 13 September ini di salah sebuah restoran di Jerudong.
berita penuh...






*** PETIKAN TITAH ***

“JADI berasaskan ini, beta mahu supaya penuntut-penuntut semuanya menjadi generasi pemikir. Janganlah turun ke bawah dalam berfikir tetapi naik dan meningkatkan selalu sehingga mencapai taraf pemikir yang baik.”

- Titah Sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Penuntut- penuntut dan Rakyat Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Ireland di Hotel Inter-Continental, London pada 22 Zulkaedah 1428 / 2 Disember 2007. - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, 12 Rabiulawal 1428/ 31 Mac 2007.

BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)

10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :

1. Sentiasa mencuci tangan.
2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.
3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.
4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.
6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.
7. Amalkan cara hidup yang sihat.
" Jangan merokok
" Dapatkan tidur yang mencukupi
" Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif
" Atasi stress
" Banyakan minum air
" Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat

8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.
9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.
10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):
" Deman panas (38 C)
" Sakit Tekak
" Batuk-selsema
" Sakit otot dan sendi
" Rasa letih
" Sesak pernafasan
" Muntah dan cirit-birit

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905


" Jangan Amalkan Sifat Membazir Di Bulan Ramadan " ... " Jangan Amalkan Sifat Membazir Di Bulan Ramadan " ... " Jangan Amalkan Sifat Membazir Di Bulan Ramadan " ... " Jangan Amalkan Sifat Membazir Di Bulan Ramadan " ... " Jangan Amalkan Sifat Membazir Di Bulan Ramadan " ... " Jangan Amalkan Sifat Membazir Di Bulan Ramadan " ...

Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

html counter
bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer