|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI
KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN: 02 SEPTEMBER 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 23 SEPTEMBER 2009
BILANGAN IKLAN: 35/09/09 (SPA/BMI)
PERATURAN 7(a)
Syarat-Syarat Am:
PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PEGAWAI PENTADBIR PELATIH
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 5
NOTA BAGI BILANGAN 1:
IKLAN BAGI JAWATAN INI ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN JUGA PEGAWAI-PEGAWAI / KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
BAGI PEGAWAI / KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, PERMOHONAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA PEGAWAI / KAKITANGAN YANG MEMEGANG MANA-MANA JAWATAN TERMASUK DI DALAM TANGGAGAJI B.2 EB.3 / B.2 ATAU TANGGAGAJI SEBANDING.
PENGAMBILAN BAGI JAWATAN INI ADALAH DIBUKAKAN KEPADA PEMOHON LELAKI DAN WANITA.
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya kepujian 2:2 dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Perniagaan / Ekonomi / Undang-Undang / Kejuruteraan / Kewangan / Audit / Pengajian Komputer / Sistem Maklumat / Dasar / Politik / Perhubungan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan akademik / professional sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama dan/atau kelulusan tambahan Diploma dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam adalah kelebihan.
Umur antara 21 tahun hingga 27 tahun.
Berbangsa Melayu dan berugama Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
SYARAT-SYARAT AM:
Calon-calon yang berjaya akan dikenakan syarat supaya lulus di dalam Perperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Brunei Darussalam dalam tempoh percubaannya selama 3 tahun.
Calon-calon yang berjaya mestilah bersedia berkhidmat di mana-mana sahaja samada di dalam atau di luar Negara Brunei Darussalam.
Lain-lain syarat perkhidmatan adalah menurut Skim Perkhidmatan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam.
2. PEGAWAI KESEJAHTERAAN
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.6 ($1,515- $2,370 SEBULAN)
KEKOSONGAN=4
KELAYAKAN MINIMUM:
BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Kaunseling atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
i) Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
ii) Kepujian/Kredit 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
iii) Mempunyai pengalaman didalam menjalankan atau sedang menjalankan kerja-kerja yang bersangkutan dengan hal ehwal kebajikan penuntut di Sekolah Menengah atau Teknikal dan telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
Guru-guru yang tidak memenuhi syarat b) i) dan b) ii) mestilah mempunyai Sijil/Diploma dalam bidang Kaunseling dan telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan tidak kurang dari 5 tahun.
3. MERINYU KANAN BANDARAN
JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
C.2 EB.3 ($1,450- $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merinyu Bandaran dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun.
4. PEMERIKSA BURUH
JABATAN BURUH
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Buruh sebagai Penolong Pemeriksa Buruh atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
5. PENYAMBUNG KABEL
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK
JABATAN PERDANA MENTERI
D.4 EB.5 ($1,225- $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Teknikal atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam bidang kerja-kerja memasang 'Joint and Termination' kabel di bawah tanah dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyambung Kabel Rendah tidak kurang dari 7 tahun.
Bagi calon-calon di para a (ii) dan (iii) pernah kursus jangka pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal peringkat pertama adalah keutamaan.
Mengetahui saiz-saiz kabel bagi kegunaan yang ditentukan, berpengalaman dalam menyambung LT dan HT.
Mengetahui dan berkebolehan mengawasi segala peraturanperaturan keselamatan kerja.
6. PEMBANTU MAKMAL (BILIK MAYAT)
JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.3 EB.4 ($570- $1,175 SEBULAN)
KEKOSONGAN=2
KELAYAKAN MINIMUM:
i) 4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Perubatan dalam jawatan Atendan Makmal dalam tanggagaji F.2-3-4-5 EB.6 tidak kurang dari 8 tahun atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan Bilik Mayat adalah kelebihan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI
GH7. JURUTERA
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau kelulusan Profesional dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
Mempunyai keahlian Badan Profesional yang bersesuaian dengan bidang-bidang tugas yang diiktiraf adalah kelebihan.
GH8. PENYELIA ARKIB
JABATAN PERDANA MENTERI
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran Arkib / Sejarah / Pengajian Asia Tenggara / Perpustakaan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta boleh membaca dan menulis jawi dengan lancar.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH7 DAN GH8:
SETIAUSAHA
JAWATANKUASA PENGAMBILAN KAKITANGAN JPM
JABATAN PERDANA MENTERI
BANGUNAN SEKRETRIAT
BANDAR SERI BEGAWAN BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 6 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
Bagi iklan jawatan bilangan GH7 dan GH8 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1.
Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
Permohonan yang diterima lewat daripada 23 SEPTEMBER 2009 tidak dilayan.
Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
o Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
o Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
o Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
o Pejabat Daerah Belait;
o Pejabat Daerah Temburong.
o Pejabat Daerah Tutong;
o Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
Dikemaskini 5 September 2009 (Sabtu)
Kembali ke muka utama
|