|
JABATAN PENERANGAN
JABATAN PERDANA MENTERI
PERATURAN PENGIKLANAN DALAM EDISI PELITA BRUNEI
1. IKLAN hendaklah dialamatkan kepada : Penerbit Iklan Pelita Brunei, Bahagian Akhbar, Tingkat 2, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Lapangan Terbang Lama Berakas BB3510, Negara Brunei Darussalam.
2. Rang iklan hendaklah dimasukkan dalam disket menggunakan Microsoft Word dengan saiz font 11 ke 12 point, manakala persuratan mengenainya boleh dihantar dalam "hard copy".
3. Iklan hendaklah sampai kepada penerbit dua (2) minggu sebelum tarikh terbit iklan yang dikehendaki.
4. Rang iklan hendaklah dalam Bahasa Melayu menggunakan Sistem Ejaan Rumi baru. Bahasa Inggeris hanya boleh digunakan bagi deskripsi iklan yang dibukakan untuk penyertaan dari luar negeri atau perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
5. Iklan-iklan hanya akan diterbitkan dua kali, itu pun jika belum sampai kepada tarikh tutup tawaran. Walau bagaimanapun pengeluaran iklan yang diterima adalah tertakluk kepada kekosongan ruangan.
6. Jika perubahan mendadak pada iklan-iklan yang sudah dihantar hendaklah dimaklumkan kepada penerbit tidak lewat pada hari Sabtu sebelum jam 10.00 pagi bagi iklan yang akan diterbitkan pada minggu berikutnya.
7. Sebarang iklan yang hendak ditarik balik (dibatalkan) hendaklah dimaklumkan tidak lewat dari hari Khamis 11.30 pagi iaitu bagi iklan yang akan diterbitkan pada hari Rabu akan datang.
8. Hanya kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi separuh kerajaan sahaja yang diterima mengiklankan di PELITA BRUNEI.
9. Hanya permohonan iklan-iklan yang mematuhi syarat-syarat dan peraturan ini sahaja yang akan dipertimbangkan.
10. Iklan-iklan juga boleh di hantar terus melalui e-mel : iklan.pb@information.gov.bn
JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
Tawaran-tawaran adalah dipelawa dari pemborong-pemborong yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam Kelas V sahaja dan Kategori Kerja 2 bagi:
Projek: RETENDER FOR PROPOSED 79 HOUSES FOR NATIONAL HOUSING SCHEME AT KG RIMBA GADONG CONTRACT H31NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
No. Projek: JKP / 12/ 2009
Dokumen-dokumen tawaran dan lukisan-lukisan tawaran boleh dilihat dan didapati di Tingkat 1, Bahagian Pentadbiran Kontrak, Jabatan Kemajuan Perumahan, Negara Brunei Darussalam sehingga jam 12tengahari, hari Selasa 8 September 2009.
Tawaran Buka: 12 Ogos 2009 (Rabu)
Tarikh akhir mengambil dokumen tawaran: 8 September 2009 (Selasa)
Pindahan tarikh Tawaran Tutup: 15hb. September 2009 (Selasa) (tidak lewat jam 2.00 petang)
Tempat Tutup:
Lembaga Tawaran Kecil,
Tingkat Bawah,
Kementerian Pembangunan,
Negara Brunei Darussalam
Yuran Tawaran: $250.00 (Tidak dikembalikan)
Yuran Dokumen-E (Dokumen dan Lukisan tawaran): $ 30.00 (Tidak dikembalikan)
Waktu pembayaran yuran tawaran dan yuran dokumen /lukisan tawaran:
Bulan Biasa:
Isnin-Khamis: 8.00 pagi-2.30 petang
Sabtu : 8.00 pagi-10.30 pagi
Bulan Puasa:
Isnin-khamis: 8.30 pagi -12.30 tenghhari
Sabtu : 8.30 pagi - 10.30 pagi
SYARAT-SYARAT TAWARAN
Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran mengikut alamat yang dinyatakan didalam iklan.
Tawaran ditutup pada Hari Selasa 8 September 2009, tidak lewat jam 2.00 petang. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan, tidak akan dilayan.
Tawaran mestilah dihadapkan didalam sampul surat yang bertutup rapi (sealed) dengan menyatakan Tajuk dan No. Projek serta alamat tempat menghantar, tanpa menunjukkan identiti penawar.
Dokumen-dokumen dan lukisan-lukisan tawaran serta keterangan-keterangan yang lanjut bolehlah diperolehi dari Tingkat 1, Bahagian Pentadbiran Kontrak, Jabatan Kemajuan Perumahan, Negara Brunei Darussalam.Tarikh akhir mengambil tawaran dan lukisan adalah tidak lewat daripada 1 September 2009 hari Selasa jam 12.00 tengahari.
Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki untuk membawa dokumen yang menunjukkan bahawa pemborong adalah berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas dan kategori kerja yang ditetapkan.
Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
Tawaran akan dikira sah laku dalam tempoh 90 hari dari tarikh akhir menghantar tawaran.
Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan: LTN/4(39/1997).
Wakil Syarikat yang hadir mengambil dokumen tawaran hendaklah wakil yang dibenarkan oleh Syarikat yang berkenaan dan hendaklah membawa bersama surat pengesahan dari Syarikat dan kad pengenalan wakil untuk rujukan Jabatan sebelum dokumen tawaran diserahkan.
JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
Tawaran-tawaran adalah dipelawa dari pemborong-pemborong yang berdaftar kelas VI kategori 1 2 & 3 sahaja untuk:
Projek :PROPOSED INFRASTRUCTURE PHASE 3 AND CONSTRUCTION OF 490 UNITS NEW DETACHED HOUSE CONTRACT H7 & H8 FOR NATIONAL HOUSING SCHEME AT KG LUMUT/SG LIANG, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
(No. Projek: JKP/14/2009)
Dokumen-dokumen tawaran dan lukisan-lukisan boleh dilihat dan didapati di Tingkat 1, Bahagian Pentadbiran Kontrak, Jabatan Kemajuan Perumahan, Negara Brunei Darussalam sehingga jam 10.00 Tengahari, Sabtu 25 Ogos 2009.
Permohonan Ikut Serta Tawaran
Tarikh Tawaran dibuka : 29 Julai 2009 (Rabu)
Tarikh akhir mengambil borang tawaran dari Hanafi Konsaltan:12 Ogos 2009 (Rabu)
Tarikh Tutup : 15 September 2009 (Selasa) jam.2.00petang.
Dokumen & Lukisan Tawaran
Tarikh akhir mengambil dokumen & lukisan tawaran dari Bahagian Pentadbiran Kontrak, JKP: 26 Ogos 2009 (Rabu)
Tarikh menghantar/Tutup Tawaran: 8 September 2009 (Selasa)
Tempat Tutup : Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Bandar Seri Begawan, BB3561, Negara Brunei Darussalam.(Tidak lewat jam 2.00 petang)
Yuran Tawaran : $1,000.00 (Tidak dikembalikan)
Yuran Dokumen : $1,000.00 (Tidak dikembalikan)
(Dokumen dan Lukisan Tawaran)
Syarat-syarat tawaran:
Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan kedalam Peti Tawaran mengikut alamat yang dinyatakan didalam iklan.
Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK akan dilayan.
Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul yang tertutup rapi (sealed) yang disediakan oleh Jabatan yang menyatakan Tajuk dan Bilangan Projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar.
Pemborong yang berminat untuk ikut serta didalam tawaran ini hendaklah terlebih dahulu menghadapkan permohonan untuk mengikut tawaran ini dengan menggunakan borang permohonan yang telah disediakan. Borang-borang permohonan tersebut bolehlah didapati di Pejabat Hanafi Konsaltan, Suite 2-15, Level 2 Gadong Properties Centre Gadong, BE 3919, Negara Brunei Darussalam. Permohonan bagi mengikut tawaran ini hanya akan diterima oleh pihak Konsaltan tidak lewat 2 minggu dari tarikh buka tawaran iaitu sehingga hari Rabu, 12 Ogos 2009. Manakala tarikh tutup bagi menghantar permohonan tersebut ialah pada hari Isnin, 15 September 2009. Penilaian bagi permohonan untuk mengikut tawaran ini akan dilaksanakan oleh pihak Hanafi Konsaltan.
Pemborong hanya akan dibenarkan ikut didalam tawaran ini jika Pemborong berjaya didalam permohonan tersebut. Setiap permohonan Pemborong (samada berjaya atau tidak berjaya) akan dimaklumkan oleh Bahagian Pentadbiran Kontrak, Jabatan Kemajuan Perumahan melalui persuratan kepada Pemborong. Pemborong yang berjaya akan diberikan oleh Jabatan ini ' Pengesahan bagi Kelayakan untuk Mengikuti Tawaran' (Tender Eligibility Certification).
Dokumen-dokumen dan lukisan-lukisan tawaran serta keterangan-keterangan yang lanjut bolehlah diperolehi dari Tingkat 1, Bahagian Pentadbiran Kontrak, Jabatan Kemajuan Perumahan, , Negara Brunei Darussalam.
sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan setiap pemborong dikehendaki membawa dokumen yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalamdalam kelas dan kategori kerja yang ditetapkan.
Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan meggunakan borag-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
Tawaran akan dikira sah laku bagi tempoh 90 hari dari tarikh tutup menghantar tawaran.
Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan:LTN (39/1997).
Wakil Syarikat yang hadir mengambil dokumen hendaklah wakil yang dibenarkan oleh Syarikat yang berkenaan dan hendaklah membawa bersama surat pengesahan dari Syarikat dan Kad Pengenalan wakil untuk rujukan Jabatan sebelum dokumen tawaran diserahkan.
Pemborong yang dibenarkan untuk ikut serta didalam tawaran ini adalah bagi pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan dalam Kelas dan Kategori Kerja yang telah ditetapkan, mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam melaksanakan projek-projek pembinaan inftrastruktur dan bangunan/perumahan sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan dan keutamaan adalah diberikan kepada Pemborong yang mempunyai pengalaman dalam melaksanakan projek yang bernilai $10 juta keatas, mempunyai rekod prestasi kerja yang memuaskan bagi projek-projek kerajaan yang telah siap dilaksanakan, mendapat bantuan kewangan dari Bank tempatan dalam melaksanakan projek ini dan pemborong hendaklah tidak tersenarai dalam Syarikat-Syarikat yang tidak dibenarkan ikut serta didalam tawaran-tawaran Kerajaan.
Dikemaskini 5 September 2009 (Sabtu)
Kembali ke muka utama
|