|
DPPW berkenan adakan jamuan malam
 DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ketika berkenan mengadakan Majlis Jamuan Malam kepada Ahli Jawatankuasa Pusat Biro Parti Komunis China dan Setiausaha Parti Komunis China Bagi Jawatankuasa Perbandaran Tianjin, Tuan Zhang Gaoli. Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 September. – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan mengadakan Majlis Jamuan Malam bagi Ahli Jawatankuasa Pusat Biro Parti Komunis China dan Setiausaha Parti Komunis China Bagi Jawatankuasa Perbandaran Tianjin, Tuan Zhang Gaoli.
Juga berangkat Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
Majlis berlangsung malam ini di Balai Penghadapan Bukit Kayangan di sini.
 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ketika berkenan mengalu-alukan Ahli Jawatankuasa Pusat Biro Parti Komunis China dan Setiausaha Parti Komunis China Bagi Jawatankuasa Perbandaran Tianjin, Tuan Zhang Gaoli. Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)
Tuan Zhang Gaoli dan rombongan berada di negara ini bagi lawatan selama dua hari bermula hari ini hingga 8 September.
Sebelum Majlis Jamuan Malam, Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menerima mengadap Tuan Zhang Gaoli sambil membincangkan hal-hal hubungan dua hala semasa.
 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap Ahli Jawatankuasa Pusat Biro Parti Komunis China dan Setiausaha Parti Komunis China Bagi Jawatankuasa Perbandaran Tianjin, Tuan Zhang Gaoli sejurus sebelum Majlis Jamuan Malam di Balai Penghadapan Bukit Kayangan.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)
Hadir sama termasuklah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng dan Duta Besar Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Tong Xiaoling yang juga selaku pengiring bagi Tuan Zhang Gaoli.
Turut hadir pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Republik Rakyat China.
(Oleh : Abdullah Asgar)
Kembali ke muka utama
|