Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

PEMODA
akan mengadakan ‘Sungkai Ride’

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 September. – Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) akan mengadakan acara tahunan mereka ‘Sungkai Ride’ pada hari Ahad 13 September ini di salah sebuah restoran di Jerudong.

Persatuan tersebut membuat pengumuman itu semasa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tinggi yang berlangsung di Jerudong.


PERSATUAN Motorsikal Darussalam (PEMODA) bergambar ramai bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi persatuan berkenaan selepas mengadakan mesyuarat bagi acara ‘Sungkai Ride’.

Acara ‘Sungkai Ride’ adalah acara tahunan PEMODA yang menjadi tradisi bagi persatuan tersebut yang bermula dengan hanya beberapa kawan berjumpa menggunakan motorsikal untuk bersungkai.

Setelah sekian lama, ramai kawan-kawan bermotor berjumpa untuk bersungkai bersama-sama.

Pada setiap tahun, tempat lokasi ‘Sungkai Ride’ akan berbeza dan akan diadakan pada setiap daerah secara bergiliran.

Tahun ini ‘Sungkai Ride’ diputuskan oleh ahli jawatankuasa majlis untuk diadakan di Daerah Brunei dan Muara dan ahli-ahli persatuan diminta untuk berkumpul di Jerudong Park pada jam 4.30 petang untuk mendaftarkan diri sebelum ke restoran di Jerudong.

Yang Di-Pertua PEMODA, Awang Haji Maidin bin Momin menjelaskan pada setiap tahun penyertaan bagi acara ini mendapat sambutan ramai dan diharapkan acara ini akan disambut dengan meriah.

Beliau menjelaskan, lokasi yang akan dipilih adalah yang terbaik antara lokasi-lokasi yang telah dicadangkan dan ia mampu menampung lebih 100 ahli.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.pemoda.wordpress.com atau hubungi melalui e-mel pemoda@gmail.com.

(Berita dan Foto : Ak. Haji Mohd. Zukarnaen Pg. Haji Abu Bakar)

Kembali ke muka utama