|
Dua wakil negara sertai Pertandingan Menghafaz Al-Qur’an di Mesir
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 September. – Muhammad Izzuddin Fathullah bin Haji Ahmad dan Muhammad Zubair bin Haji Zaini terpilih mewakili negara ke Pertandingan Menghafaz, Membaca dan Mentafsir Al-Qur’an Peringkat Antarabangsa Ke-17, di Republik Arab Mesir.
 AWANG Muhammad Izzuddin Fathullah bin Haji Ahmad yang akan menyertai Kategori 4 Menghafaz 10 Juz Al-Qur'an bergambar bersama ayah dan ibunya sejurus sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
(Foto : Hatral Hazmi Abd. Hamid)
Muhammad Izzuddin Fathullah, pelajar Tingkatan Empat dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan mewakili negara bagi Kategori 4 iaitu Menghafaz 10 Juz Al-Qur’an.
AWANG Muhammad Izzuddin Fathullah bin Haji Ahmad yang akan menyertai Kategori 4 Menghafaz 10 Juz Al-Qur'an bergambar bersama ayah dan ibunya sejurus sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
(Foto : Hatral Hazmi Abd. Hamid)
Ketika ditemu bual oleh wakil PELITA BRUNEI sejurus sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Muhammad Izzuddin Fathullah melahirkan keyakinan untuk meraih sebarang kejayaan dalam pertandingan itu, namun baginya agak sukar untuk berdepan dengan peserta tuan rumah, Republik Arab Mesir.
Menurutnya, minatnya dalam pembacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an adalah atas dorongan keluarga dan juga guru-gurunya.
Sementara Muhammad Zubair, pelajar Tingkatan Dua dari institut yang sama akan mewakili negara bagi Kategori 5 iaitu Menghafaz 6 Juz Al-Qur’an.
 AWANG Muhammad Zubair bin Haji Zaini yang akan menyertai Kategori 5 Menghafaz 10 Juz Al-Qur'an bergambar bersama ayah dan ibunya sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
(Foto : Hatral Hazmi Abd. Hamid)
Seperti juga rakannya, Muhammad Zubair merasakan pencabar utama dalam pertandingan itu nanti ialah peserta dari Republik Arab Mesir, namun katanya dia akan mencuba menghafaz sebaik mungkin.
AWANG Muhammad Zubair bin Haji Zaini yang akan menyertai Kategori 5 Menghafaz 10 Juz Al-Qur'an bergambar bersama ayah dan ibunya sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
(Foto : Hatral Hazmi Abd. Hamid)
Kedua-dua wakil negara itu berlepas ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu malam ini sebelum ke Republik Arab Mesir diiringi seorang pegawai pengiring, Awang Mohd. Sujairi bin Haji Dollah.
Pertandingan akan diadakan di Kaherah, Mesir mulai 9 hingga 16 September 2009.
Bagi Kategori 5, Negara Brunei Darussalam pernah mendapat tempat pertama pada tahun 2006 dan tempat ketiga pada 2008.
(Oleh : Hezlinawati Haji Abd. Karim)
Kembali ke muka utama
|