|
Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke Kejohanan Golf 'Aberdeen Brunei Senior Masters'
 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika berkenan menyempurnakan penyampaian piala kepada juara Kejohanan Golf ‘Aberdeen Brunei Senior Masters’, Ruangkit Boonchu dari Thailand.
(Foto : Masri Osman)
JERUDONG, Ahad, 7 Mac.- Peserta dari negara jiran Thailand, Ruangkit Boonchu berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Golf 'Aberdeen Brunei Senior Masters' yang kedua dengan keseluruhan pukulan 199 iaitu 64, 69 dan 66 sambil mengutip - 14 par.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Yang Teramat Mulia juara perseorangan wanita perlawanan merintis kadet tentera
PENANJONG, Ahad, 7 Mac. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman pagi tadi berkenan berangkat menyertai Perlawanan Merintis Kadet Tentera Senegara Antara Universiti bagi tahun 2010 berlangsung di Penanjong Garison, di sini.
berita penuh...
Kaedah perubatan Islam bersama rawatan moden mujarab sembuhkan penyakit
MUKIM PENGKALAN BATU, Ahad, 7 Mac. - Proses penyembuhan penyakit akan lebih cepat atau mujarab apabila kaedah perubatan cara Islam diikhtiarkan bersama- sama rawatan moden.
berita penuh...
Meningkatkan kualiti hidup orang hilang keupayaan
JERUDONG, Ahad, 7 Mac. - Kementerian Kesihatan berperanan meningkatkan kualiti hidup dan mempromosi serta melindungi hak-hak dan martabat orang yang hilang keupayaan (disability) melalui usaha-usaha di peringkat negara dan global.
berita penuh...
Modaliti rawatan hendaklah diberikan penekanan
JERUDONG, Ahad, 7 Mac. - Trauma dari kemalangan lalu lintas, kecederaan ketika bersukan, terapi cara kerja (occupational theraphy) dan lainnya merupakan penyebab biasa bagi kesakitan dan ketidakupayaan di negara ini.
berita penuh...
500 kanak-kanak sertai Pertandingan Melukis dan Mewarna
BENGKURONG, Ahad, 7 Mac.- Seramai 500 kanak-kanak berkeperluan khas berumur empat tahun ke atas dan kanak-kanak sekolah berusia antara 4 hingga 12 tahun di Daerah Brunei dan Muara menyertai Pertandingan Melukis dan Mewarna anjuran Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
berita penuh...
Seorang berbangsa Cina memeluk agama Islam
TUNGKU, Ahad, 7 Mac. - Seorang saudara baru lelaki berbangsa Cina, Anthony Chiuh memilih Islam sebagai pegangan hidupnya pada Majlis Pengislaman di kediaman Pengiran Anuar bin PSI Pengiran Haji Ismail di Taman Seri Indera, Kampung Tungku, di sini.
berita penuh...
Peraduan Mewarna Logo-logo Hari Kebangsaan pupuk semangat patriotik
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 Mac. - Peraduan Mewarna Logo-logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi kanak-kanak di Daerah Brunei dan Muara mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
berita penuh...
Lebih 50 ahli MBB sertai Program Mengetam Padi Belia Berwawasan
WASAN, Ahad, 7 Mac. - Lebih 50 ahli Majlis Belia Brunei (MBB) hari ini menyertai Program Mengetam Padi Belia Berwawasan yang diadakan di Lot 3A, Kawasan Kemajuan Pertanian Projek Penanaman Padi Wasan, Mukim Pengkalan Batu, di sini.
berita penuh...
Karnival Hari Kebangsaan disambut meriah
KUALA BELAIT, Ahad, 7 Mac. - Ke arah memeriahkan lagi sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini, satu acara karnival telah diadakan hari ini bertempat di kawasan Taman Persiaran Jalan Sungai, di sini.
berita penuh...
Kaedah rawatan 'Automated Peritoneal Dialysis' (APD) boleh dilakukan di rumah
RIMBA, Ahad, 7 Mac. - Rawatan buah pinggang atau dialisis di negara ini menggunakan tiga kaedah iaitu 'Heamodialisis', 'Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis' (CAPD) dan 'Automated Peritoneal Dialysis' (APD).
berita penuh...
Mesyuarat Agung Sempena Ulang Tahun Kedua Penubuhan Bersatu Bikers Club (BBC)
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 Mac. - Bersatu Bikers Club (BBC) hari ini mengadakan Mesyuarat Agung sempena hari ulang tahunnya yang kedua di Bilik Silaturrahim, Pusat Belia, di ibu negara.
berita penuh...
Penyertaan bagi Peraduan Seni Lukis dibukakan
BANDAR SERI BEGAWAN. - Jabatan Muzium-Muzium Brunei akan mengadakan Peraduan Seni Lukis bertemakan 'Negaraku Brunei Darussalam' sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
berita penuh...





|