Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menyatakan demikian semasa menyampaikan ceramah bertajuk 'Perubatan Islam' berlangsung di Masjid Limau Manis.
Menurut Yang Berhormat, ada beberapa penyakit yang tidak diketahui punca atau penyebabnya seperti penyakit susah tidur 'insomnia' yang sering dihidapi oleh ramai orang tanpa mengira usia.
Yang Berhormat dalam ceramah sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam itu juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan moden.