Kejohanan tersebut dilaksanakan secara pukul keliling (Round Robin) dan disertai oleh tujuh buah pasukan.
Kejohanan Tarik Kalat Antarabangsa Dalam Dewan ini buat pertama kalinya dianjurkan oleh Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam dalam usahanya untuk mempersiapkan pasukan-pasukan tempatan untuk menyertai kejohanan tersebut.
Ia menggunakan teknik, kaedah dan peraturan yang lain dari perlawanan tarik kalat yang biasa diadakan di negara kita, perlawanan dalam dewan ini lebih mencabar ketahanan fizikal memandangkan badan peserta tidak boleh mencecah lantai semasa dalam perlawanan.