|
Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam
Zuhur 12.24
Asar 3.28
Maghrib 6.29
Isyak 7.38
Imsyak 4.49
Subuh 4.59
Syuruk 6.16
Doha 6.39
Waktu-waktu
Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah
Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh
Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.
  
Keadaan Cuaca :
Pada amnya baik pada waktu pagi. Hujan berasingan di kawasan pesisiran pantai di jangka berlaku pada awal petang dan hujan berpetir di sana sini di kawasan pedalaman pada waktu petang kemudian.
Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari arah Barat Daya pada waktu pagi menjadi angin Barat Laut selaju 10 - 20 kmsj pada waktu petang.
Keadaan Laut :
Berombak sedikit dari paras 0.5 - 1.0 m.
Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Hujan berpetir di kawasan pedalaman bergerak menuju ke kawasan pesisiran pantai dan laut pada waktu malam.

Suhu Maksimum :
32 darjah selsius
Suhu minimum :
24 darjah selsius

tpelita@yahoo.com
|
|
Kementerian Kesihatan cadang tubuhkan Unit Tindakan Kecemasan Kesihatan
 MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman memukul gong di Majlis Pelancaran Hari Kesihatan Sedunia 2009.
(Foto : Hj. Masmaleh Hj. Mohd. Ali)
BERAKAS, Selasa, 7 April. – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah menghasilkan Pelan Operasi Kecemasan Kesihatan Awam yang menggariskan konsep operasi dan langkah-langkah yang diambil semasa menghadapi sebarang bencana atau wabak penyakit.
Dalam konteks ini, selaras dengan usaha-usaha di peringkat serantau dan antarabangsa untuk menyediakan strategi persediaan yang efektif, Kementerian Kesihatan kini menimbangkan perlunya satu Unit Tindakan Kecemasan Kesihatan ditubuhkan bagi mengukuhkan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai kecemasan dan bencana yang mengakibatkan impak kesihatan.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Hari Kesihatan Sedunia 2009 yang bertema ‘Selamatkan Nyawa: Jadikan Hospital Selamat Semasa Kecemasan’ berlangsung di Pusat Promosi Kesihatan di sini.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin terima sumbangan BND13,934
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 April. – Majlis Penyerahan Derma Kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin berlangsung di Bilik Attaqwa, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) di sini.
berita penuh...
4 undang-undang baru diluluskan
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 April.– Sejak Undang-Undang 2008, beberapa undang-undang baru telah diluluskan atau diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
berita penuh...
Undang-undang tidak statik, mesti selaras dengan keadaan
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 April. – Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Mohammad Saied berkata undang-undang adalah tidak statik dan terpaksa selaras dengan perubahan keadaan.
berita penuh...
27 pegawai sertai bengkel pengurusan tenaga
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 April. - Tenaga merupakan sumber penting dalam aktiviti harian yang perlu digunakan dengan cekap serta berjimat melalui pengurusan yang bijak untuk menangani isu pembaziran tenaga.
berita penuh...
JHEM adakan Forum Kefahaman Al-Qur`an Belia Masjid
GADONG, Rabu, 7 April. – Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) petang tadi mengadakan Forum Kefahaman Al-Qur`an Belia Masjid Sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1430 Bagi Daerah Brunei dan Muara.
berita penuh...
Rancang dan urus dengan efektik hutan negara
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 April. - Memperkukuhkan dasar dan rangka kerja menurut perundangan menjadi keutamaan dan merupakan peta jalan strategik yang paling berkesan untuk memastikan serta melaksanakan kewujudan pengurusan hutan di Negara Brunei Darussalam.
berita penuh...
Tindakan tatatertib diambil jika melangar peraturan
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 April.- Para pegawai dan guru diwajibkan hadir bertugas pada hari-hari persekolahan dan jika tidak hadir bertugas, lambat datang dan awal balik atau keluar semasa bertugas dengan tidak ada sebab yang munasabah atau tanpa kebenaran ketua, mereka boleh diambil tindakan tata tertib.
berita penuh...
7 sekolah menengah sertai Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris
KUALA BELAIT, Selasa, 7 April. - Jabatan Ko-Kurikulum Kementerian Pendidikan sekali lagi menganjurkan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Pra-Universiti Ke-13.
berita penuh...
Perpustakaan UBD beri perkhidmatan bermutu tinggi kepada pengunjung
TUNGKU, Selasa 7 April. – Sebagai satu institusi yang mantap dan moden perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD) adalah salah sebuah institusi yang menggunakan teknologi terkini dalam memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi bagi para pengunjung dan pengguna perpustakaan.
berita penuh...





|
|
JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905
|