|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 08 APRIL 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 APRIL 2009
BILANGAN IKLAN : 14/04/09 (SPA/BMI)
PERATURAN 7 (a)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu
bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PENYELIA RANCANGAN PERMAKANAN DAERAH
JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.12 ($2,300 - $2,660 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Penyajian Makanan (Food Catering) / Sains Makanan (Food Science) / Teknologi Makanan (Food Technology) atau bidang berkaitan, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Penyajian Makanan (Food Catering) / Sains Makanan (Food Science) / Teknologi Makanan (Food Technology) atau bidang berkaitan, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Penolong Penyelia Rancangan Permakanan Sekolah dalam tanggagaji G.5 atau Penyelia Asrama dalam tanggagaji G.6 atau jawatan sebanding dalam Bahagian III tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Penyelia Rancangan Permakanan Sekolah dalam tanggagaji G.5 atau Penyelia Asrama dalam tanggagaji G.6 atau jawatan sebanding tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. PEGAWAI PENYELIDIK
UNIT USAHASAMA AWAM SWASTA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dasar Awam dan Pentadbiran / Pengajian Ekonomi / Undang-Undang atau bidang-bidang sebanding, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.
3. JURUGAMBAR TINGKAT I
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC)
dalam bidang Fotografi atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Jurugambar Tingkat II
atau Juruteknik Foto Tingkat II dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Mempunyai pemahaman yang luas kepada prinsip-prinsip berkaitan dengan 35mm dan 2¾ gambar pegun (still photography) adalah kelebihan.
4. PENYAMBUT TETAMU/OPERATOR TELEFON/
PENJAGA TELEFON
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN)
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
F.1-2-3-4-5 EB.6($445 - $790 SEBULAN)
F.1-2-3-4 EB.5 ($445 - $700 SEBULAN)
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
NOTA: PENGIKLANAN JAWATAN DI BILANGAN 4 ADALAH MERANGKUMI KESEMUA JAWATAN YANG TERSENARAI DI BAWAH:-
PENYAMBUT TETAMU
PENYAMBUT TETAMU / OPERATOR TELEFON
PENYAMBUT TETAMU / TELEFON OPERATOR
PENYAMBUT TETAMU / OPERATOR
PENYAMBUT TETAMU OPERATOR
OPERATOR TELEPON
OPERATOR TELEFON / PENYAMBUT TETAMU
PENYAMBUT / PENJAGA TELEFON
PENJAGA TELEFON
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI E.2 / E.1:
i) Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan
sebanding.
Kelulusan lebih tinggi sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Penyambut Tetamu / Operator Telefon / Penjaga Telefon dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.
Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI F.1:
a) Berkebolehan membaca dan menulis. Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.
b) Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja berkaitan dengan Penyambut Tetamu / Operator Telefon / Penjaga Telefon adalah kelebihan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 4:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBERITAHUAN :
1. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengansalinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
3. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
4. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kera-jaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
5. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
6. Permohonan yang diterima lewat daripada 29 APRIL 2009 tidak dilayan.
7. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
8. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari :
* Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
* Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu Website :
http://www.spa.gov.bn/
* Melalui e-mel bmm.spa@spa.gov.bn.
9. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut :-
* Pejabat Daerah Belait ;
* Pejabat Daerah Temburong ;
* Pejabat Daerah Tutong ;
* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan ;
* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
BIRO KAWALAN NARKOTIK
JABATAN PERDANA MENTERI
JAWATAN KOSONG
DI BIRO KAWALAN NARKOTIK
PERMOHONAN adalah dipelawa daripada Pegawai yang sedang berkhidmat atau pemohon-pemohon baharu untuk memenuhi jawatan-jawatan kosong seperti berikut di BIRO KAWALAN NARKOTIK, JABATAN PERDANA MENTERI.
KETUA PEGAWAI NARKOTIK I
(BILANGAN KOD : 01 02)
TANGGAGAJI : BKN 13 $3,880 - $ 4,240 SEBULAN
a) Mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
c) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling. Calon-calon yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan.
d) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan yang ada hubungkaitnya dengan bidang kaunseling dalam tanggagaji B.2.EB.3 selama tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
e) Berpengalaman dalam mengamalkan khidmat kaunseling di tempat kerja.
f) Lulus dalam Peperiksaan General Order dan Peraturan Kewangan.
g) Pegawai yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan.
h) Fasih bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
i) Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk diluar masa pekerjaan biasa dan dimana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
j) Permohonan mestilah dipenuhi dalam satu salinan borang permohonan SPA 1 yang boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan Surat permohonan, curriculum vitae, salinan sijil-sijil dan surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
k) Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan, permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan dan mengandungi surat sokongan Ketua Jabatan berkenaan beserta salinan prestasi dan rekod perkhidmatan.
l) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan, kepada PENGARAH, BIRO KAWALAN NARKOTIK, JABATAN PERDANA MENTERI, JALAN TUNGKU GADONG BE 2110, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM tidak lewat dari 30 April 2009.
KEMENTERIAN PERTAHANAN
PENDAFTARAN
BAKAL-BAKAL REKRUT WANITA
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENDAFTARAN sekarang dibukakan bagi rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menceburi kerjaya Tentera sebagai BAKAL-BAKAL REKRUT WANITA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI.
Pendaftaran dibukakan
Bermula 30 Mac 2009 hingga 10April 2009.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Pejabat Pengambilan Keanggotaan
Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison
Tel : 2386111 / 2386112
Syarat-syarat Kemasukan :
1. Pemohon yang berminat untuk menceburkan
diri dalam kerjaya tentera sebagai bakal Rekrut Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mestilah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan kemasukan perkhidmatan ABDB.
2. Taraf kelamin pemohon wanita mestilah bujan,
berumur di antara 17 tahn 6 bulan hingga 25 tahun sebelum tarikh latihan.
Syarat-syarat kelayakan:
3. Sihat tubuh badan dan memenuhi kelayakan
seperti berikut
- Ketinggian 152cm (5 kaki)
- BMI 19 hingga 27
Kategori ‘A’
Rakyat Kebawah DYMM Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Dilahirkan di Negara Brunei Darussalam
7 puak jati bangsa Melayu iaitu:
- Brunei
- Tutong
- Dusun
Kategori ‘B’
Rakyat Kebawah DYMM Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalm dengan berkuatkuasa mana-mana undang-undang betulis mengenai kerakyatan memegang kad pengenalan kuning termasuk:
- Bukan dilahirkan di Negara Brunei Darussalam
- Bukan dari puak jati Bangsa Melayu
- Beragama Islam serta menurut adat resam
Melayu
- Dimestikan menghadapkan surat permohonan
ke pihak ABDB
Kelayakan akademik :
5. Kelayakan pemohon minima 2 kepujian peperiksaan Peringkat Biasa ('O' Level) atau sebandaing dengannya.
Nota - Kelulusan mestilah diperolehi sekali perperiksaan atau dua (2) kali berturut-turut sahaja.
- Kelulusan mestilah diperolehi sekali perperiksaan atau dua (2) kali berturut-turut sahaja.
- Kelulusan yang lebih tinggi adalah diutamakan.
Syarat-syarat untuk proses kemasukan:
6. Calon-calon yang layak mestilah lulus ujian-ujian berikut:
- Ujian Pelajaran dan SSG
- Pemeriksaan kesihatan/pergigian
- Ujian kecergasan dan berenang
- Tapisan keselamatan
- Temuduga dan penilaian akhir
Maklumat Pendaftaran :
Semasa mendaftar pemohon hendaklah membawa bersama risalah perseorangan berserta Sijil Persekolahan.
Tempat: Blok 177 Pendaftaran ABDB Bolkiah Garison
Masa Pendaftaran:
Isnin-Khamis:
Pagi : 9.00- 12.00 Petang : 2.00 – 4.30
Jumaat:
Pagi : 8.30 – 11.00 Petang : 2.00 - 4.30
Peringkatan:
Hari Rabu dan Hari Jumaat
Sebelah petang pendaftaran ditutup.
KEMENTERIAN HAL EHWAL
LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN
HEAD OF HUMAN RIGHTS
Division:
Head of Human Rights
Job Title:
Human Rights Advisor, Head of Human Rights
Job summary:
Under the supervision of the Head of Human Rights, the Human Rights Advisor will be key to
the promotion and protection of human rights in the Secretariat. As one of the two Adviser posts within the Unit, this post will provide advice on Human Rights issues within the Secretariat and lead on the following thematic areas: UPR, ratifications, rights-based development and Unit publicity and publications . Regionally, s/he wi ll take responsibi lity for HRU work in Asia and the Pacific. He/she will be required to develop and implement programmes to increase awareness of internationally recognised human rights standards and assist member countries in the implementation of these standards. The Human Rights Adviser will liaise at a senior level with government officials and various international, regional and national human rights teams and agencies.
Essential Specification:
A post-graduate degree in a discipline
relevant to human rights promotion with specialisation human rights, development, law , politics or social policy .
At least seven years experience, at na-
tional and international levels, in implementing and promoting best practices in hman rights.
Track record of formulating policies
and strategies at national and/or organizational levels.
Experience in the promotion of human
rights in more rhen one country in at least one region of the Commonwealth.
At least three years proven experience
in human rights advocacy with governments.
Closing date: 17 April 2009
Syarat asas:
1. Rakyat, Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam
Perhatian:
Calon-calon berminat hendaklah menghantar terus butir-butir peribadi (“curriculum vitae”) dengan disertakan bersama satu “covering letter” dalam Bahasa Inggeris yang antaralain mengandungi maklumat mengenai pengalaman dan kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang di pohonkan kepada :
Human Resource Section,
Commonwealth Secretariat
Malborough House, Pall Mall,
London SW1Y 5HXUnited Kingdom
Tel: +44 020 7747 6190
Fax: +44 020 7747 6520
E-mail: HQ-Recruitment@commonwealth.int
Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai jawatan kosong yang ditawarkan dilaman web: www.thecommonwealth.org; dan
Hanya calon-calon yang telah disenaraipendekkan akan dipanggil untuk ditemuduga dan sekiranya tiada sebarang jawapan dalam masa tiga bulan dari tarikh tutup permohonan, maka calon dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:
Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa,
Kementerian Hal Ehwal
Luar Negeri dan Perdagangan
Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC)
Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan BB3910,
Negara Brunei Darussalam.
No Telefon: 2383374 Ext 1831, 1836
No Fax: 2383167
Dikemaskini 8 April 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|