Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Rancang dan urus dengan efektik hutan negara

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 April. - Memperkukuhkan dasar dan rangka kerja menurut perundangan menjadi keutamaan dan merupakan peta jalan strategik yang paling berkesan untuk memastikan serta melaksanakan kewujudan pengurusan hutan di Negara Brunei Darussalam.

Menurut Timbalan Pengarah Perhutanan, Awang Mahmud bin Haji Yussof, negara telah mengekalkan peratusan tertingginya meliputi hutan sebagai mercu tanda negara di tengah agenda antarabangsa yang panas mengenai perubahan iklim dan pemanasan global.

ALEXANDER Hinrichs dari ASEAN-German Regional Forestry Program menyampaikan taklimat pertama. (Foto : Hernie Suliana Hj. Othman)

Berucap di Sesi Perbincangan Teknikal mengenai Kriteria dan Penunjuk ASEAN bagi Undang-Undang Kayu Balak serta Rangkaian Garispanduan Penjagaan bagi Perundangan dan Lestari Kayu Balak, seterusnya menjelaskan bahawa di bawah skop Inisiatif Nadi Borneo Brunei, rakan kongsi di semua peringkat dimestikan merancang dan mengurus rancangan dengan efektif bagi kawasan hutan negara.

Kumpulan Kerja bagi Inisiatif Pensijilan Kayu Balak Pan ASEAN yang bersidang di Kiulap Plaza Hotel bertujuan bagi memenuhi sasaran dalam 'blueprint' Masyarakat Ekonomi ASEAN (AEC) sebagai sokongan langkah ke arah Pengurusan Hutan Lestari (SFM).

ASEAN membuat sasaran bagi menubuhkan rangka kerja serantau mengenai Inisiatif Pensijilan Kayu Balak Pan ASEAN bagi meningkatkan persaingan produk perhutanan ASEAN iaitu di bawah kerjasama Perhutanan yang meliputi elemen Pemakanan, Pertanian dan Perhutanan blue print AEC.

TIMBALAN Pengarah Perhutanan, Awang Mahmud bin Haji Yussof ketika bergambar ramai bersama delegasi dari negara ASEAN yang menyertai Sesi Perbincangan Teknikal mengenai Kriteria dan Penunjuk ASEAN bagi Undang-Undang Kayu Balak serta Rangkaian Garispanduan Penjagaan bagi Perundangan dan Lestari Kayu Balak.
(Foto : Hernie Suliana Hj. Othman)

Sesi perbincangan dihadiri oleh perwakilan negara-negara ASEAN yang terdiri Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia, Myanmar, Republik Filipina, Thailand dan Negara Brunei Darussalam selaku tuan rumah.

Sementara itu Sesi Pembukaan Mesyuarat Kumpulan Kerja mengenai Inisiatif Pensijilan Kayu Balak Pan ASEAN Kali Kelapan akan berlangsung esok, 8 April 2009 oleh Pengarah Perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh di Kiulap Plaza Hotel.

(Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

PENYELIDIKAN ROV DI KAWASAN MLJ2 DAN MLJ1

JABATAN Laut memaklumkan kepada semua kapal, para pelaut serta orang ramai bahawa penyelidikan ROV di kawasan MLJ2 dan MLJ1 akan diadakan bermula 4 April 2009 selama 20 hari.

Kawasan MLJ2 yang terbabit dari 5 darjah 23’ 29.236” (U) 114 darjah 39’(T)59.720” dan kawasan MLJ1 yang terbabit dari 5 darjah 24’ 01.431” (U) 114 darjah 41’ 05.844” (T).

Penyelidikan yang akan menggunakan Kapal MV Fugro Sostice itu akan melibatkan carta BA 2109.