Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Ahad 8 Mac 2009 / 11 Rabiulawal 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.32
     Asar 3.45
 Maghrib 6.33
     Isyak 7.42
 Imsyak 5.03
     Subuh 5.13
 Syuruk 6.29
     Doha 6.52
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

"KATAKAN : Sesungguhnya Tuhan mencukupkan dan membatasi rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa yang kamu nafkahkan (di jalan kebaikan), nescaya Tuhan akan menggantinya. Dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." - Surah Saba' ayat 29.


Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan dengan hujan di satu dua tempat pada pagi ini. Hujan atau hujan berpetir berasingan dijangka melintasi negara pada waktu petang.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dan dari beberapa arah pada waktu pagi menjadi angin dari Barat Laut selaju 10 - 20 kmsj pada waktu petang.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di bawah 1.0 m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Sebahagian berawan dengan hujan atau hujan berpetir berasingan


Suhu Maksimum :
 31 darjah selsius


Suhu minimum :
24 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

Kutipan terkini Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur
BND1,547,143.50


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan selaku Penasihat Bersama Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur menerima sumbangan dari Yang Dipertua Persatuan Dewan Perniagaan Tiong Hua, Dr. Chan Sui Kiat. (Foto : Mohd Zul-Izzi Haji Duraman)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. – Dua buah syarikat dan tiga persatuan petang ini menyampaikan sumbangan derma kepada Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur yang melanda negara ini pada bulan lalu bertempat di bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), di sini.

Sumbangan tersebut diterima oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan juga selaku Penasihat Bersama tabung berkenaan.


berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Sistem riba bukan menolong lepaskan beban tetapi tambah bebanan
MENTIRI, Sabtu, 7 Mac. - Sistem riba adalah sistem yang dilaknat oleh Allah dan ia bukan untuk menolong melepaskan beban tetapi menambah bebanan.
berita penuh...

Menteri Pendidikan tinjau tiga buah sekolah di Daerah Belait KUALA BELAIT, Sabtu, 7 Mac. –Kementerian Pendidikan terus memastikan sesi persekolahan dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah yang terjejas dalam kejadian banjir beroperasi semula seperti biasa.
berita penuh...

Perkhidmatan kesihatan percuma terus diberikan
BANDAR SERI BEGAWAN. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman menyatakan, Negara Brunei Darussalam akan terus mengamalkan prinsip pemberian perkhidmatan kesihatan secara percuma yang komprehensif dan menyeluruh, universal dan saksama kepada rakyatnya.
berita penuh...

Kementerian Perhubungan adakan Majlis Membaca Ratib Al-Attas
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. -Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Membaca Ratib Al-Attas dan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah di Surau As-Salehin di kementerian tersebut.
berita penuh...

38 pemohon STKRJ Kampong Lumapas 'A' mengundi lot rumah
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. - Seramai 38 pemohon yang telah berjaya mengikuti Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampong Lumapas ’A’ pagi tadi menghadiri Majlis Pengundian bagi menentukan lot rumah masing-masing.
berita penuh...

Masjid Kampong Sengkarai adakan dikir maulud
TUTONG, Jumaat, 6 Mac. - Negara Brunei Darussalam lazimnya mengadakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada setiap 12 Rabiulawal.
berita penuh...

Warga KUPUSB beriadah sambil menderma
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) hari ini mengadakan walkaton ke arah menjadikan warga KUPUSB sihat dari segi fizikal dan mental selain menjadikan mereka insan yang cergas serta mempunyai keilmuan yang mantap. berita penuh...

Lebih 60 ribu kunjungi Pesta Buku Brunei 2009
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. –Jumlah para pengunjung yang dicatatkan sejak 27 Februari lalu ke Pesta Buku Brunei 2009 dianggarkan seramai 60,677 orang dibandingkan pada tahun lepas dengan hanya 60 ribu orang.
berita penuh...

Majlis Mengkhatam Al-Qur‘an 25 Kali
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. –Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Ke-25 sudah hampir dua minggu berlalu namun berbagai acara masih diadakan bagi memeriahkannya.
berita penuh...

ITB lancarkan Program Ijazah Sarjana Muda Ogos ini
TUNGKU, Sabtu, 7 Mac. - Institut Teknologi Brunei (ITB) hari ini mengadakan Hari Informasi bertujuan untuk mendedahkan kursus-kursus Program Ijazah Sarjana Muda yang akan dilancarkan pada bulan Ogos 2009 kepada orang ramai khususnya para lepasan sekolah dan maktab-maktab.
berita penuh...

Kejohanan Mountain Bike ASEAN bermula 12 Mac ini
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. - Persekutuan Berbasikal Negara Brunei Darussalam (BDCF) dengan kerjasama Bahagian Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta sokongan padu dari Jabatan Kemajuan Pelancongan Brunei akan mengungkayahkan Kejohanan Menunggang Mountain Bike ASEAN 2009 Kali Pertama.
berita penuh...

PTKM sejak awal tahun 2009 meningkat
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. - Melalui pemantauan yang berterusan, jumlah kes terkini Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (PTKM) yang dilaporkan di negara ini sejak awal tahun meningkat secara beransur-ansur.
berita penuh...

sepuluh pasukan bertanding Kuiz Perkhidmatan Awam peringkat saringan
RIMBA, Sabtu, 7 Mac. – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam dan Radio Televisyen Brunei (RTB) diamanahkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-15 mengendalikan Pertandingan Kuiz Perkhidmatan Awam Ke-11 bagi tahun 2008.
berita penuh...

Perkhidmatan Berkhatan musim cuti sekolah penggal pertama
KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa sesi berkhatan bagi kanak-kanak pada musim cuti sekolah penggal pertama akan bermula pada 18 hingga 29 Mac 2009.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"DI ANTARA cabaran paling mencabar ialah kesediaan kita mengaku kelemahan yang ada, disamping tidak pula lambat untuk membuat pembaikan-pembaikan. Dalam Perkhidmatan Awam, kita dikehendaki berfikiran terbuka untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dan juga bersikap proaktif untuk memperolehi kecemerlangan."

- Titah Sempena Hari Kebangsaan Ke-23 Negara Brunei Darussalam pada 5 Safar 1428 bersamaan 23 Februari 2007.


Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905

" Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ... " Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda adalah pengunjung ke


MySpace Layouts