Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Jumaat 7 Ogos 2009 / 16 Syaaban 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.28
     Asar 3.48
 Maghrib 6.36
     Isyak 7.49
 Imsyak 4.46
     Subuh 4.56
 Syuruk 6.16
     Doha 6.41
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

"DAN hendaklah di antara kamu satu golongan yang mengajak kepada kebaikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang mungkar (keji). Dan adapun mereka yang bersifat demikian itu ialah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali 'Imran, ayat 104).


Keadaan Cuaca :
Baik tetapi Berjerebu sepanjang tempoh ramalan.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari arah Barat Daya pada waktu pagi berterusan hingga kepetang selaju 10 - 20 kmsj.


Keadaan Laut :
Berombak sederhana di paras 1.0 - 2.0 m.

Perhatian :
Keadaan laut adalah berbahaya kepada pengguna bot-bot kecil.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Cuaca yang sama.


Suhu Maksimum :
 35 darjah celsius


Suhu minimum :
25 darjah celsius



Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa


tpelita@yahoo.com

 

Kebawah DYMM dan PM Malaysia beriadah ‘Morning Walk’


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak ketika mengadakan riadah 'Morning Walk' di Taman Peranginan Tasek Lama, di ibu negara.
(Foto : Haji Mohd. Yussof Mohd. Yasin)

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak awal pagi ini mengadakan riadah ‘Morning Walk’ di Taman Peranginan Tasek Lama, di ibu negara.

Acara riadah berjalan kaki di taman peranginan yang mempunyai keluasan kira-kira sepuluh hektar itu adalah sempena lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Malaysia bagi menghadiri Perundingan Tahunan Ke-13 yang berlangsung di negara ini.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan empat perwakilan negara sahabat

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan empat orang perwakilan negara-negara asing yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam berlangsung di Istana Nurul Iman.
berita penuh...

DPPW berkenan menerima mengadap 4 perwakilan asing

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap empat wakil negara-negara asing yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam.
berita penuh...

PM Malaysia mengakhiri lawatan rasmi ke negara ini

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor serta rombongan pagi ini berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas setelah menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke negara ini.
berita penuh...

Kementerian Perhubungan adakan Sambutan Nisfu Syaaban

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Kehadiran Nisfu Syaaban tidak dilepaskan begitu saja oleh umat Islam di negara ini termasuklah Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya dengan mengadakan Majlis Sambutan Nisfu Syaaban dan Persediaan Bulan Ramadan.
berita penuh...

Pengiran Haji Zahri dan Dayang Norputemah johan Musabaqah Tilawah Al-Qur’an JPM

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Pengiran Haji Zahri bin Pengiran Adi, wakil dari Jabatan Penerangan dan Dayang Norputemah binti Haji Puteh dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) muncul johan bagi kategori masing-masing dalam Musabaqah Tilawah Al-Qur’an Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 1430 H/2009 M.
berita penuh...

Mahasiswa perlu memahami ciri-ciri negara sendiri

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad berkata, berada di dalam negara atau di luar negara sama sahaja namun kita memerlukan petunjuk dari Allah Subhanahu Wata’ala.
berita penuh...

Perkampungan Sivik tingkatkan pengetahuan para peserta

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Pengarah Penerangan, Dr. Muhammad Hadi berkata, Perkampungan Sivik Mahasiswa Negara Brunei Darussalam Sebarang Laut 2009 telah banyak memberi manfaat dari segi ilmu pengetahuan yang berguna sama ada dalam hal ehwal sosioekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam yang menjurus kepada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).
berita penuh...

Majlis Pecah Tanah Bagi Projek Tenaga Suria Brunei

SERIA, Rabu, 5 Ogos. - Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Awang Hashim berkata sejak sekian lama Negara Brunei Darussalam bergantung kepada gas asli dan diesel sebagai bahan api bagi loji penjana kuasa untuk meningkatkan keperluan tenaga elektrik.
berita penuh...

Kerusi keselamatan anak damit tajaan BSP diagihkan

KUALA BELAIT, Khamis, 6 Ogos. - Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) Sendirian Berhad pagi tadi menyumbangkan sebanyak 280 kerusi keselamatan anak damit kepada pihak yang paling memerlukan terutama keluarga muda yang kurang berkemampuan.
berita penuh...

Hari Pelanggan peluang menerima maklum balas

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Dalam menghadapi perubahan dan cabaran, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya akan bekerja keras ke arah pencapaian visi kementerian berkenaan.
berita penuh...

8 peserta ikuti Projek Bas Belia MABIMS 2009

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Seramai lapan peserta terdiri dari belia Islam yang berperanan dalam merancang pembangunan belia Islam termasuk seorang penyelaras yang mengikuti Projek Bas Belia MABIMS 2009 pagi ini berlepas ke Republik Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas, di sini.
berita penuh...

Para penuntut Maktab SOAS saksikan persembahan kumpulan muzik tentera

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Para penuntut Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS) berpeluang menyaksikan persembahan Kumpulan Muzik Tentera Laut Amerika Syarikat, 7th Fleet, 'The Orient Express' dan Kumpulan Muzik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diadakan di Dewan Auditorium Maktab SOAS.
berita penuh...

Perkampungan Sivik beri informasi hal-hal kenegaraan dan kemasyarakatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Semua peserta Perkampungan Sivik yang terdiri daripada mahasiswa Negara Brunei Darussalam yang sedang dan akan menjalankan pengajian mereka di seberang laut melahirkan rasa bangga dan gembira mengikuti perkampungan selama empat hari ini diadakan.
berita penuh...

Dua jenis ubat tradisi ditarik balik

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Kementerian Kesihatan telah mengesan dua jenis ubat tradisi yang dicemari bahan-bahan berbahaya kepada kesihatan.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"PENDIDIKAN sempurna tidak boleh mampu melahirkan belia yang matang, di mana identiti belia matang itu ialah mereka yang sentiasa bergiat untuk kebaikan dan menolak mungkar."

- Titah Sempena Hari Belia Kebangsaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada 17 Rejab 1428 / 1 Ogos 2007.

BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)

10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :

1. Sentiasa mencuci tangan.
2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.
3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.
4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.
6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.
7. Amalkan cara hidup yang sihat.
" Jangan merokok
" Dapatkan tidur yang mencukupi
" Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif
" Atasi stress
" Banyakan minum air
" Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat

8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.
9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.
10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):
" Deman panas (38 C)
" Sakit Tekak
" Batuk-selsema
" Sakit otot dan sendi
" Rasa letih
" Sesak pernafasan
" Muntah dan cirit-birit

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905


" Jangan Lakukan Pembakaran Terbuka " ... " Jangan Lakukan Pembakaran Terbuka " ... " Jangan Lakukan Pembakaran Terbuka " ... " Jangan Lakukan Pembakaran Terbuka " ... " Jangan Lakukan Pembakaran Terbuka " ... " Jangan Lakukan Pembakaran Terbuka " ...

Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

html counter
bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer