Manakala, Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri dari wakil-wakil dari Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), Kementerian Kewangan dan Kerry FSDA.
Konsultan Kerry FSDA dari Hong Kong, Noel Shield dalam Persidangan Pasaran Halal Antarabangsa (IHMC - 2009) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas baru-baru ini sempena Ekspo Produk Halal Antarabangsa 2009, dalam kertas kerjanya bertajuk 'Membawa Jenama Brunei Halal Ke Seluruh Dunia' (Taking the Brunei Halal Brand to the World) menegaskan Ghanim bertujuan untuk menjadi penyedia premium bagi sistem pengurusan bekalan rangkaian (supply-chain- management system) untuk mengeksport kepada Industri Perkhidmatan Layanan dan Makanan Halal Sedunia di bawah satu jenama tersendiri.
Menurutnya, dalam pe- ngurusan rangkaian bekalan pula Ghanim International Food Corporation akan mencari sumber-sumber yang merang- kumi produk-produk halal dan memperolehinya melalui rangkaian jalinan yang dibina, di samping menyusun dan membungkus secara penuh atau berlainan kontena serta lain-lain lagi.
Sementara itu Logistik Kerry katanya, merupakan penyedia perkhidmatan logistik utama Asia yang ber- ibu pejabat di Hong Kong dengan Armada merupakan pengangkutan lebih dari 3,000 buah kenderaan dan memberi perkhidmatan kepada 39 dari 100 jenama-jenama terbaik dunia.
Manakala Kerry FSDA jelasnya, akan memudahkan akses bagi semua pe- ngeluar yang ada dalam rangkaiannya sekarang manakala Ghanim bersama-sama dengan Kerry FSDA akan menubuhkan produk kualiti dalaman dan protokol-protokol piawaian halal.
Selain itu Konsultan dari Kerry FSDA menambah, perolehan akan diambil terutamanya dari Australia, China, Thailand dan Brunei walau bagaimanapun formula perolehan juga membenarkan bagi peluang-peluang perolehan ad hoc di wilayah-wilayah lain sekali gus memberi Ghanim satu pendekatan fleksibel dalam mengekalkan daya saing dalam pasaran.
Beliau seterusnya berkata bagi cara pemasaran dan penjualan pula antaranya, produk-produk akan dipamerkan dalam bungkusan menarik dan moden yang akan memperlihatkan logo Brunei Halal dan Akreditasi Halal Brunei dan menarik perhatian daripada para pengguna.
Di samping itu, bagi membawa lagi jenama Halal Brunei ke seluruh dunia, pusat panggilan 24 jam yang berlokasi di Brunei akan ditubuhkan bagi pembangunan dan pertahanan.
Beliau berkata, satu pa- sukan jualan/rangkaian yang terletak di pasaran- pasaran sasaran strategik di Timur Tengah, Eropah, Amerika Utara dan Asia juga akan ditubuhkan.
Sementara itu, produk- produk yang dipasarkan di bawah jenama Halal Brunei, Ghanim berhasrat memajukan produk seperti makanan kudapan dan manis-manisan, buah-buah dalam tin, sayur-sayuran dalam tin, rempah ratus dan bahan perasa, makanan untuk sarapan, minuman, minuman tenaga, produk pasta dan nasi, sos, makan laut dalam tin, hidangan istimewa Asia, minyak masak, daging, makanan laut dan produk tenusu.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menubuhkan sebuah syarikat milik kerajaan sepe- nuhnya, Brunei Warifah Holdings Sdn Bhd yang menjadi pemegang hak eksklusif jenama Halal Brunei.
Syarikat berkenaan kemudian menganugerahkan lesen penggunaan tanda niaga Halal Brunei kepada sebuah syarikat komersial yang baru ditubuhkan iaitu Ghanim International Food Corporation Sdn Bhd.
Ghanim International Sendirian Berhad, sebuah syarikat usaha sama yang baru ditubuhkan akan menjadi alat penuh berkuasa dan versatil untuk membawa beraneka jenis produk berkualiti tinggi, di bawah jenama Halal Brunei ke pasaran-pasaran dunia.
Ghanim akan menyediakan sistem pengurusan rangkaian pengedaran bagi makanan yang diiktiraf sebagai halal menerusi proses pengiktirafan Halal Brunei yang dibungkus dan pasarkan di bawah jenama Halal Brunei. Ghanim juga bertanggungjawab bagi pengurusan, pemasaran serta mempromosikan produk halal di bawah jenama Halal Brunei dan akan memastikan supaya standard yang tertinggi digunakan dalam pengurusan keselamatan makanan.
Menurut kenyataan KPSSU, jenama Halal Brunei akan menjadi platform bagi pembangunan produk tempatan dari aspek pemasaran, pengiklanan dan pembungkusan di mana label Halal Brunei merupakan prasyarat bagi pemohon jenama Halal Brunei.
Syarikat-syarikat yang mahu menggunakan jenama Halal Brunei mesti membayar royalti berdasarkan ketetapan penggunaan jenama oleh Ghanim Food International.
Syarikat-syarikat yang berminat hendaklah memohon bagi borang permohonan dan dihantar ke Bahagian Kawalan Makanan Halal, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang mana akan mengesahkan segala butir-butir permohonan sama ada lengkap atau tidak sebelum diaudit oleh Jawatankuasa Pemeriksaan Label dan Sijil Halal terdiri dari KHEU, KPSSU serta Kementerian Kesihatan.
Jika diluluskan ketua juruaudit dan kakita- ngannya akan menjalankan pemeriksaan di tapak premis pemohon dan akan menyediakan laporan untuk dihantar ke Jawatankuasa Pemeriksaan yang seterusnya akan mengemukakan laporan ke Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).
Menurut Penolong Pengarah Hal Ehwal Syariah, Awang Haji Kassim bin Haji Mohammad, MUIB akan membuat keputusan setelah mempertimbangkan laporan dan jika diluluskan, pemohon akan diminta untuk membuat pembayaran BND50 bagi setiap permit halal dan BND30 bagi satu sijil ke MUIB.
Sementara proses terakhir pula tambahnya, pihak KHEU akan mengeluarkan sijil dan permit halal yang akan dihantar melalui pos kepada pemohon.
Syarikat mestilah memperbaharui sijil halal pada setiap tahun berdasarkan ketetapan penggunaan label yang ditetapkan oleh MUIB.
Bagi pemberian hak penggunaan jenama Halal Brunei pula tegas beliau, produk terbabit mestilah sudah mendapat kebenaran menggunakan label Halal Brunei seperti yang ditetapkan dalam Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005, Piawai Brunei Darussalam bagi Makanan Halal (PBD 24:2007) dan Garis Panduan Pensijilan bagi Sijil Halal dan Label Halal Brunei Darussalam (BGC Halal 1).
Ketika ditemui, Konsultan Noel Shield, berkata syarikat usaha sama meletakkan jenama halal sebagai antara jenama yang paling dipercayai di dunia.
Sebagai permulaan, katanya, syarikat itu merancang untuk memasarkan produk itu di UK, Eropah dan Timur Tengah.
"Negara-negara ini boleh membantu menyerap jenama ini dengan lebih cekap dan cepat, dan ne- gara-negara ini mempu- nyai penduduk yang akan membayar dengan harga yang tinggi," ujarnya kepada pihak media
Menurut Konsultan dari Hong Kong itu lagi, Gha- nim merancang untuk menjual produk itu di bawah jenama halal Brunei di pusat-pusat peruncitan besar seperti Tesco dan Carrefour. Sebagai permulaan, Tesco adalah sasaran utama kerana ia mempu- nyai cawangan di banyak negara.
Jenama Halal Brunei merupakan sebuah projek yang dimulakan pada lewat 2004 oleh KPSSU dengan kerjasama MUIB, KHEU dan Kementerian Kesihatan.
Ia juga sebahagian daripada usaha negara ini untuk mempelbagaikan ekonominya selain bergantung kepada minyak dan gas.
Industri Premium Halal Brunei
Kerajaan memperuntukkan tapak seluas 263 hektar Taman Teknologi Agro (Agro-Technological Park) bagi membangunkan dan memajukan Jenama Premium Halal Brunei ke pasaran global.
Taman itu nanti akan menyediakan aktiviti sokongan di bawah Jenama Premium Halal Brunei sebagai kawasan bagi kegiatan penyelidikan dan perkhidmatan sokongan, termasuk menyediakan tapak pembangunan industri.
Kawasan yang akan dibangunkan menerusi projek usaha sama dan pelaburan asing langsung juga (FDI) akan memiliki sebuah Pusat Sains Halal.
Ihpexpo 2009 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa akan memberi peluang terbaik untuk mengenali dengan lebih dekat lagi pasaran halal dunia bagi menembusi pasaran bernilai berbilion ringgit itu.
Ekspo itu juga diharapkan menjadi landasan bagi pertukaran buah fikiran dan maklumat serta membentuk hubungan dengan rakan niaga yang sudah berada dalam pasaran halal global dunia atau yang bercadang menceburi bidang itu dalam pelbagai peringkat termasuk produksi, pembekalan bahan mentah, pengeluaran dan pemprosesan produk halal.
Produk-produk halal tidak hanya terhad kepada barang makanan, tetapi juga bukan makanan seperti minyak wangi, kosmetik, pakaian, bahan kimia dan barangan perubatan serta perkhidmatan halal seperti pengangkutan, penyimpanan, kewa- ngan dan katering.
Jenama Premium Halal Brunei bertindak sebagai pasport bagi industri menembusi Industri dan Pasaran Halal Dunia di mana ianya menekankan kepada industri perlu melalui proses ketat untuk menerima pengiktirafan Jenama Premium Halal Brunei.
Perangkaan semasa menunjukkan Pasaran Industri Halal Global secara keseluruhan dianggarkan bernilai USD560 bilion dan bagi industri makanan halal sahaja dianggarkan bernilai USD160 bilion.
Dengan pertumbuhan penduduk Islam di dunia yang berjumlah kira-kira dua bilion, peluang perdagangan dalam sektor industri barangan halal mempunyai potensi yang amat besar bagi pertumbuhan ekonomi.
Sehubungan dengan itu, Negara Brunei Darussalam menerusi Jenama Premium Halal Brunei merupakan usaha agresif negara sebagai sebuah negara Islam bagi pembangunan kepelbagaian ekonomi serta membangunkan ekonomi yang kompetitif serta berkekalan.
Jenama berkenaan adalah projek yang dikenda- likan oleh KPSSU dengan kerjasama MUIB, KHEU dan Kementerian Kesihatan untuk menjadikan negara antara pengusaha utama jenama halal dunia yang merangkumi pengeluaran dan pensijilan produk makanan halal.
Negara Brunei Darussalam percaya dengan latar belakang Islam negara yang kukuh dan juga falsafah negara, Melayu Islam Beraja (MIB), pengiktirafan halal negara adalah amat ketat dengan kelulusan bagi persijilan halal hanya dikeluarkan oleh MUIB dengan anggota-anggota yang terdiri daripada ulama-ulama peringkat tinggi.
Negara juga mempunyai Standard Halal Brunei sebagai garis panduan bagi melaksanakan Pensijilan Premium Halal Brunei dan ia bukan saja memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pengguna Islam seluruh dunia tetapi juga memberi jaminan kepada pengguna bukan Islam mengenai kebersihan serta kualiti produk.
Projek itu juga memberi peluang pelaburan dari dalam dan luar negeri serta mengukuhkan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan negara-negara rakan kongsi menerusi perkhidmatan pensijilan halal.
Kembali ke muka utama