|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN DIIKLANKAN
PERATURAN 38(b)
Syarat-Syarat Am:
1. Pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
2. Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
4. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Brunei Darussalam.
5. Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. KETUA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
JABATAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
b) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
a) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
b) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
c) Peraturan - Peraturan Kewangan.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan
PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 1 pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan.
Tarikh Iklan: 29 JULAI 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 29 OGOS 2009
Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 55/2009
2. KETUA PEGAWAI SAINTIFIK (KIMIA HAYAT)
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.15 ($3,890 - $4,220 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan Makmal Klinikal atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat di Kementerian Kesihatan sebagai Pegawai Saintifik atau jawatan sebanding dalam tangggagaji M.13 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
b) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam bidang sains dalam tanggagaji M.11 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
a) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
b) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
c) Peraturan-Peraturan Kewangan.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
3. PEGAWAI SAINTIFIK KANAN (KAJI KUMAN)
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.14-15 ($3,260 - $4,220 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Makmal Klinikal atau bidang berkaitan atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
Berkhidmat di Kementerian Kesihatan sebagai Pegawai Saintifik atau jawatan sebanding dalam tangggagaji M.13 tidak kurang dari 5 tahun.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4. PEGAWAI SAINTIFIK KANAN (KIMIA HAYAT)
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.14-15 ($3,260 - $4,220 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Makmal Klinikal atau bidang berkaitan atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
Berkhidmat di Kementerian Kesihatan sebagai Pegawai Saintifik atau jawatan sebanding dalam tangggagaji M.13 tidak kurang dari 5 tahun.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
5. PEGAWAI PENJAGA ZAT MAKANAN KANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.14 EB.15 ($3,260 - $4,220 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Nutrition / Dietetics / Food Science / Biochemistry / Biology / Chemistry / Permakanan atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Penjaga Zat Makanan dalam tanggagaji M.13 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Mempunyai keahlian dengan Badan-Badan Profesional Antarabangsa adalah kelebihan.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
6. JURUPULIH CARA KERJA KANAN
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.14 EB.15 ($3,260 - $4,220 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemulihan Cara Kerja (Occupational Theraphy) atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Jurupulih Cara Kerja dalam tanggagaji M.13 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. KETUA TUKANG UBAT
JABATAN PERKHIDMATAN FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.9 EB.10 ($2,035 - $3,030 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
Sijil Tukang Ubat (Dispenser's Certificate) atau kelulusan sebanding.
Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Ubat Kanan dalam tanggagaji M.8 tidak kurang dari 3 tahun.
Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa lain selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurangkurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 2 dan 7 pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian Kesihatan.
Tarikh Iklan: 30 JULAI 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 31 OGOS 2009
Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kesihatan, Tingkat I, Commonwealth Drive, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 56/2009
8. PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS
UDARA TINGKAT II
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
C.3 EB.4 ($1,990 - $2,620 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Penerbangan Awam / Teknikal / Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Pegawai Yang Menguasai Lalulintas Udara Tingkat III dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Penerbangan Awam / Teknikal / Pengurusan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Lulus latihan-latihan formal bidang Aerodrome Control, Approach Control, Approach Radar Control dan Penyelaras Misi Mencari dan Menyelamat, dan memperolehi lesen kawalan lalulintas udara dalam bidang 'Aerodrome Control', 'Approach Control' dan 'Approach Radar Control'.
Dikehendaki menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan mengikut kehendak syarat-syarat ICAO.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
PERINGATAN:
Bagi iklan jawatan bilangan 8 pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam.
Tarikh Iklan: 30 JULAI 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 31 OGOS 2009
Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Penerbangan Awam, Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 57/2009
PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA2 yang boleh didapati daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.
2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
4. Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak dilayan.
5. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan masing-masing atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website: http://www.spa.gov.bn/
JABATAN PERKHIDMATAN POS
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
WAKIL POS KG. SUNGAI TERABAN / MUKIM SUNGAI KEBUN / MUKIM TAMOI & MUKIM SUNGAI KEDAYAN
Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk-penduduk yang bermastautin di kawasan Kg Sungai Teraban / Mukim Sungai Kebun/ Mukim Tamoi & Mukim Sungai Kedayan
Elaun : $150.00 sebulan
Kelayakan untuk menjadi WAKIL POS adalah seperti berikut:
Kelayakan:
1. Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2. Sekurang-kurangnya Tingkatan I dan kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.
3. Berumur di antara 18 - 55 tahun
4. Bermastautin di kawasan yang berkenaan tidak kurang dua (2) tahun pada tarikh permohonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa pemohon tinggal di kawasan berkenaan, mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
5. Keutamaan adalah diberikan kepada belia-belia yang berpotensi untuk meningkatkan dan memajukan diri mereka untuk mempunyai perniagaan sendiri.
6. Berminat untuk menjadi Wakil Pos.
7. Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah.
8. Mempunyai tempat untuk berurusan dan membuat tugas.
9. Lantikan adalah secara percubaan selama satu tahun dan akan diteruskan selama dua tahun tertakluk kepada prestasi dalam masa percubaan selama setahun.
Tugas-tugas yang dikendalikan:
1. Menjual setem (stok setem hendaklah dibeli oleh Wakil Pos dengan potongan 5%)
2. Menerima Mel dari pelanggan.
3. Mengambil Mel dari Pejabat Pos yang telah ditetapkan termasuk surat berdaftar.
4. Membuat penyerahan Mel di kawasan yang dipertanggung-jawabkan termasuk surat berdaftar ke rumah-rumah dan bungunan-bangunan di kawasan mereka.
5. Lain-lain perkhidmatan yang difikirkan sesuai dari masa ke semasa.
Syarat, Elaun, Gantirugi dan Lain-lain:
Seorang Wakil Pos yang dilantik akan dikehendaki menandatangani Surat Perjanjian.
Seorang Wakil Pos akan dibayar elaun $150.00 sebulan. Walau bagaimanapun bayaran elaun tertakluk kepada prestasi Wakil Pos tersebut.
Wakil Pos yang dilantik akan bertanggungjawab untuk mengganti mana-mana mel termasuk surat berdaftar yang hilang dengan bayaran yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Pos pada masa ini semasa surat tersebut dalam jagaannya.
Satu Peti Surat Pengeposan (Posting Box) akan disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos untuk kegunaan ramai di tempat lokasi Wakil Pos.
Beg-beg berkunci akan disediakan untuk pertukaran mel yang diterima dan yang akan diserahkan diantara Wakil Pos dengan Pejabat Pos yang telah ditetapkan.
Wakil Pos adalah di kehendaki untuk menyediakan petak-petak mel (rack) untuk isihan/ penyimpanan mel.
Lain-lain kelengkapan pos yang difikirkan sesuai akan disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos.
Borang dan keterangan lanjut:
Borang bolehlah didapati di Cawangan Pejabat Pos Kuala Belait dan Pejabat Besar Pos, Bandar Seri Begawan. Borang hendaklah dikembalikan semula di cawangan yang telah ditetapkan tidak lewat pada 18 Ogos 2009.
Permohonan yang diterima lewat daripada 18 Ogos 2009 tidak dilayan.
Pemohon-pemohon akan di temuduga pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Taklimat akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi mereka yang berjaya.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Penyerahan melalui talian 2220429 atau 2383955 semasa waktu bekerja.
Dikemaskini 5 Ogos 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|