|
Pelita Brunei - Hasrat Negara
HALUAN
UCAPAN Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman di Majlis Perasmian Hari Glaukoma Sedunia Negara Brunei Darussalam 2009, pada hari Ahad, 1 Jamadilawal 1430 bersamaan 26 April 2009, bertempat di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Negara Brunei Darussalam.
Glaukoma penyebab buta
Bismillahir Rahmanir Rahim,
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi
SAYA berasa berbesar hati untuk turut hadir pada pagi ini dan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tulus ikhlas kepada jawatankuasa penganjur di atas jemputan bagi merasmikan Pelancaran Hari Glaukoma Sedunia Negara Brunei Darussalam 2009.
Anda mungkin belum mendengar mengenai Hari Glaukoma Sedunia - tahun ini merupakan kali kedua - tetapi tidak bermaksud ia tidak diperlukan. Persatuan Glaukoma Sedunia (World Glaucoma Association, WGA) dan Persatuan Pesakit Glaukoma Sedunia (World Glaucoma Patient Association - WGPA) telah berganding bahu melancarkan inisiatif global yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap glaukoma melalui sambutan tahunan Hari Glaukoma Sedunia. Kepentingan dalam meningkatkan kesedaran global mengenai penyakit ini ditekankan dengan fakta di mana separuh daripada mereka yang dijangkiti oleh glaukoma tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut, satu angka yang boleh meningkat sehingga 90 peratus di negara-negara membangun. Kerjasama bersama ini diharap dapat dijadikan sebagai galakan kepada pelbagai masyarakat di seluruh benua untuk menjalani pemeriksaan mata yang kerap dan menghalang kecacatan penglihatan.
Glaukoma merupakan punca utama yang lazim boleh menyebabkan kehilangan penglihatan di seluruh dunia selain daripada katarak. Dianggarkan 4.5 juta orang seluruh dunia mengalami rabun disebabkan glaukoma dan angka tersebut akan meningkat sehingga 11.2 juta menjelang 2020. 50 peratus daripada glaukoma masih belum didiagnosis dan sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripadanya menjadi buta sebelah mata pada waktu mereka didiagnosis. Ia selalunya dikesan selepas umur 40 tahun, dan peluang untuk menghidap penyakit tersebut adalah dengan peningkatan umur.
Tidak ada ubat untuk glaukoma. Semua rawatan yang ada direka bagi memperlahankan penyebaran penyakit tersebut. Glaukoma dan maklumat berpontensi yang berkaitan (potential squeal) boleh mewujudkan isu ekonomi besar yang membebankan kepada negara. Oleh itu, pengesanan awal adalah perlu bagi mencegah kecacatan penglihatan teruk atau buta.
Glaukoma, penyebab hilang penglihatan dalam diam, merupakan penyakit yang tidak dapat dielakkan yang mana lama-kelamaan dan secara progresif akan membawa kepada kecacatan penglihatan, akibat kerosakan saraf optik. Ia merupakan penyebab kedua utama kebutaan. Pada masa ini, glaukoma tidak dapat dirawat, tetapi pengesanan dan rawatan awal dapat membantu memelihara penglihatan. Pesakit kencing manis adalah amat berisiko. Oleh itu, penjagaan penglihatan adalah perlu melalui pemeriksaan mata dan rawatan segera.
Menangani pandemik glaukoma mempunyai beberapa cabaran kompleks. Keperluan visual tertentu pesakit glaukoma kurang diketahui oleh pihak-pihak berkuasa, para doktor dan kadangkala pesakit itu sendiri. Ini adalah kerana fakta menunjukkan ia merupakan penyakit yang tidak disedari. Pesakit boleh hilang 30 peratus daripada sarafnya sebelum mereka menyedari sebarang masalah penglihatan kerana perubahannya amat perlahan. Masalah ini lebih rumit apabila kesedaran mengenai glaukoma berada di tahap yang rendah di kalangan orang awam.
Tambahan kepada cabaran-cabaran ini terbukti secara global, bagi setiap pesakit glaukoma yang didiagnosis terdapat seorang pesakit yang tidak didiagnosis dan oleh itu keperluan bagi meningkatkan kesedaran, sokongan, pencegahan dan pendidikan mengenai glaukoma menjadi amat jelas diperlukan.
Sebagaimana glaukoma merupakan penyakit yang progresif menyebabkan kehilangan penglihatan yang tidak dapat dielakkan, selalunya tanpa amaran sehingga ia menjadi agak serius, dan oleh kerana 50 peratus daripada orang yang dijangkiti di negara- negara membangun dan 90 peratus di negara-negara sedang membangun, tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai glaukoma dan tidak menerima rawatan, adalah penting bahawa kesedaran masyarakat perlu ditingkatkan. Ini termasuk kesedaran mengenai penyakit itu sendiri, dan perlunya pemeriksaan mata yang tetap, dengan itu, membolehkan pengesanan awal dan mengelak kecacatan penglihatan yang dapat dicegah.
Negara Brunei Darussalam menyertai inisiatif visi 2020 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebuah kempen global bagi menghapuskan kebutaan yang dapat dicegah dari sebarang punca menjelang 2020. Satu perangkaan yang dibuat oleh Jabatan Ophthalmologi di Hospital RIPAS menyatakan bahawa glaukoma merupakan punca ketiga menyebabkan buta di kalangan penduduk negara kita. Sehingga kini, Jabatan Ophthalmologi telah berjaya menangani lebih 200 pesakit glaukoma di klinik mereka bagi tempoh tiga bulan pertama pendaftaran.
Kini di Negara Brunei Darussalam, katarak sebagai salah satu punca menyebabkan buta telah dapat ditangani. Sistem pemeriksaan dan rawatan bagi dia- betik retinopathy telah ditempatkan di seluruh negara. Penubuhan Sub-Unit Glaukoma dan program pemeriksaan glaukoma yang baru dimulakan bertujuan untuk mengenal pasti pesakit glaukoma di peringkat awal dan seterusnya mengelak pesakit dari menjadi buta.
Negara Brunei Darussalam bersama beberapa negara-negara lain telah melaksanakan sepenuhnya visi inisiatif 2020 dengan jayanya. Kita kini dalam proses menyediakan perkhidmatan penuh oftalmik di pusat-pusat kesihatan di seluruh negara dengan membuat pemeriksaan kepada semua pesakit bagi mengesan penyakit mata yang boleh menyebabkan buta dan di samping menyediakan penjagaan mata di peringkat awal. Klinik Mata Bergerak dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun ini sebagai tambahan kepada perkhidmatan mata. Ia menjadi kenyataan dengan adanya sokongan padu dari pertubuhan - pertubuhan bukan kerajaan. Langkah- langkah pencegahan oftalmologi akan mengurangkan insiden buta di Negara Brunei Darussalam dengan diagnosis awal dan rujukan awal bagi rawatan.
Orang awam memerlukan bantuan bagi mengenal pasti tanda-tanda glaukoma, antaranya seperti, penglihatan yang kabur, sering kehilangan penglihatan, rasa sakit di sekitar mata selepas menonton televisyen atau selepas meninggalkan pawagam yang gelap, melihat cahaya berwarna pelangi / berpinar- pinar (rainbow-hued halos), kehilangan penglihatan di sebahagian mata dan mengalami kesukaran dalam mendapatkan preskipsi yang betul untuk membuat kaca mata dan sebagainya.
Sebagai langkah pertama, kita perlu membuat pemeriksaan setiap dua tahun sekali jika kita berumur di antara 18 dan 60 tahun, dan setiap tahun jika kita berumur lebih 60 tahun atau jika kita mempunyai satu atau lebih faktor berisiko tinggi, seperti berat badan yang berlebihan atau mengalami tekanan darah tinggi.
Persatuan Glaukoma Sedunia telah menetapkan satu matlamat bagi mengu- rangkan kadar glaukoma yang tidak didiagnosis daripada 50 peratus kepada 'tidak lebih daripada 20 peratus menjelang 2020'. Matlamat ini dapat dicapai jika kita bersama-sama berusaha meningkatkan kesedaran mengenai glaukoma di kalangan orang awam dan juga di kalangan penyedia penjagaan kesihatan kedua-duanya. Kita juga perlu memastikan bahawa kualiti pemeriksaan mata disediakan dan dilaksanakan oleh semua pakar pemeriksa mata di dalam negara. Ini merupakan satu cabaran bagi perkhidmatan ophthalmologi kita. Saya pasti dengan kerja keras dan dedikasi mereka, cabaran ini dapat ditangani dengan jayanya. Insya- Allah.
Dengan mendahulukan kalimah, Bismillahir Rahmanir Rahim, sukacita saya merasmikan Hari Glaukoma Sedunia Negara Brunei Darussalam 2009.
Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih.
Kembali ke muka utama
|