Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Kebawah DYMM dan PM Malaysia beriadah ‘Morning Walk’


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak ketika mengadakan riadah 'Morning Walk' di Taman Peranginan Tasek Lama, di ibu negara.
(Foto : Haji Mohd. Yussof Mohd. Yasin)

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak awal pagi ini mengadakan riadah ‘Morning Walk’ di Taman Peranginan Tasek Lama, di ibu negara.

Acara riadah berjalan kaki di taman peranginan yang mempunyai keluasan kira-kira sepuluh hektar itu adalah sempena lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Malaysia bagi menghadiri Perundingan Tahunan Ke-13 yang berlangsung di negara ini.

Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Yang Amat Berhormat kemudian menanam sepohon pokok Malawaring atau nama saintifiknya, Cyrtostachys Lakka di kawasan berhampiran air terjun sempena memperingati acara riadah itu.


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menanam pokok Malawaring di kawasan berhampiran air terjun sempena memperingati acara riadah itu.
(Foto : Masri Osman)


PERDANA Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib menanam pokok Malawaring di kawasan berhampiran air terjun sempena memperingati acara riadah 'Morning Walk' di Taman Peranginan Tasek Lama, di ibu negara.
(Foto : Abdullah Haji Awang Damit)

Sejurus selepas itu Kebawah DYMM dan YAB berangkat dan beredar bagi Majlis Sarapan Pagi.

Terletak di pinggir ibu negara, Taman Peranginan Tasek Lama adalah merupakan salah sebuah taman rekreasi yang kerap dikunjungi oleh orang ramai bagi melakukan aktiviti beriadah dan mendaki terutama di hujung minggu dan selepas waktu bekerja.

Taman peranginan di bawah pengurusan Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan itu dilengkapi dengan trek untuk pejalan kaki dan berlari selain mempunyai kemudahan tandas awam serta pondok-pondok riadah.

(Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar)

Kembali ke muka utama