Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Para penuntut Maktab SOAS
saksikan persembahan kumpulan
muzik tentera

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Para penuntut Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS) berpeluang menyaksikan persembahan Kumpulan Muzik Tentera Laut Amerika Syarikat, 7th Fleet, 'The Orient Express' dan Kumpulan Muzik Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diadakan di Dewan Auditorium Maktab SOAS.


KUMPULAN Orient Express dan Pancaragam ABDB mempersembahkan muzik kepada para penuntut Maktab Sultan Haji Omar Ali Saifuddien.

Persembahan selama 30 minit itu meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada para penutut dan guru-guru Maktab SOAS terhadap kesenian dan muzik.

Kumpulan 'The Orient Express' yang diketuai oleh Davy McGowan sangat terkenal dan digemari oleh masyarakat Jepun.

Ketua Kumpulan muzik 'The Orient Express' dan Kumpulan muzik ABDB yang diketuai oleh LT. Herwan Haji Abdul Hamid memainkan beberapa jenis muzik termasuk reggae, pop, klasik dan rock.

Sementara itu, Pengetua Maktab SOAS, Pengiran Haji Zahari bin Pengiran Haji Ahmad menyatakan bahawa persembahan muzik dari dua kumpulan yang terkenal dan profesional itu tepat pada masanya, semasa Maktab SOAS sedang meningkatkan lagi kumpulan pancaragamnya.

Beliau berharap dengan persembahan tersebut para penuntut yang meminati muzik akan tampil ke hadapan serta menyahut cabaran seni muzik dan menyertai pancaragam Maktab SOAS.

Menurut Pengetua Maktab SOAS, muzik juga merupakan salah satu subjek yang baru dalam SPN21 dan melalui pendedahan dari persembahan itu para penuntut akan menghargai lagi seni muzik dan menghayati senikata serta irama yang dimainkan.

'The Orient Express' akan membuat satu lagi persembahan untuk orang ramai pada hari Ahad, 9 Ogos ini dari jam 4 hingga 6 petang di The Mall, Gadong.

Orang ramai yang meminati seni muzik kontemporari dan moden dialu-alukan menyaksikan persembahan dari 'The Orient Express' dan pancaragam ABDB itu nanti.

(Berita dan Foto : Ak. Haji Mohd. Zukarnaen Pg. Haji Abu Bakar)

Kembali ke muka utama