|
DPPW berkenan menerima mengadap 4 perwakilan asing
 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Filipina yang baru di lantik ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alexander Badong Yano.
(Foto : Ramli Tengah)
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap empat wakil negara-negara asing yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam.
Pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan Bukit Kayangan itu, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap secara berasingan Tuan Yang Terutama Alexander Badong Yano, Duta Besar Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Robert Dominic Russell Fenn, Pesuruhjaya Tinggi Great Britain dan Ireland Utara, Tuan Yang Terutama Christian Anthony Vhiruri, Pesuruhjaya Tinggi Papua New Guinea dan Tuan Yang Terutama Julian Wilson, Duta Besar Suruhanjaya Eropah.
 DULI Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom of Great Briain and Northern Ireland yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam. Tuan Yang Terutama Robert Dominic Russell Fenn.
(Foto : Ramli Tengah)
DYTM mengalu-alukan wakil-wakil asing tersebut dan mengadakan perbincangan mengenai perkara-perkara dua hala.
TYT Alexander B. Yano, sebelum ini merupakan Ketua Staf Angkatan Tentera Republik Filipina.
 DYTM berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Papua New Guinea yang baru di lantik ke Negara Brunei Darussalam, TYT Christian Anthony Vhiruri.
(Foto : Ramli Tengah)
Sementara itu TYT Robert Dominic Russell Fenn merupakan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Nicosia, Cyprus.
 DYTM berkenan menerima mengadap Duta Besar dan Ketua Delegasi Suruhanjaya Eropah TYT Julian Wilson yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam.
(Foto : Ramli Tengah)
TYT Christian Anthony Vhiruri dan TYT Julian Wilson pada masa ini masing-masing beribu pejabat di Manila dan Jakarta.
(Oleh : Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman)
Kembali ke muka utama
|