Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Dua jenis ubat tradisi ditarik balik

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Kementerian Kesihatan telah mengesan dua jenis ubat tradisi yang dicemari bahan-bahan berbahaya kepada kesihatan.

Ubat-ubatan tersebut, Lami atau Lasmi Capsules keluaran Herbalinco SM, Indonesia mengandungi Sibutramine dan Ubat Osam Urat + Ginseng Corea Tablets keluaran PD Shadew Sinar jaya, Purwokarto Indonesia mengandungi Diclofenac Acetaminophen.

Bahan-bahan yang ditemui dalam produk-produk tersebut adalah berbahaya dan hanya boleh digunakan dengan pengawasan pegawai perubatan.

Sibutramine, sejenis bahan ubat dari barat yang tidak diisytiharkan terkandung dalam produk Lami atau Lasmi Capsules boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk seperti tekanan darah tinggi, jantung berdebar dan Insomnia (tidak dapat tidur) dan dalam kes-kes yang teruk kerosakan buah pinggang dan hati.

Penggunaan Diclofenac boleh menyebabkan rasa mual, cirit-birit, sembelit dan sakit gastrik (dugal).

Acetaminphen pula digunakan untuk melegakan sakit serta demam panas dan penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan ruam, tekanan darah menurun dan penyakit darah manakala penggunaan yang berlebihan boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang dan hati.

Sejauh ini, tidak ada sebarang kebenaran diberikan oleh Kementerian Kesihatan untuk mengimport dan menjual produk tersebut.

Berikutan laporan itu, produk tersebut tidak dibenarkan untuk diimpot dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Pengguna yang menggunakan produk tersebut dinasihatkan untuk segera berhenti memakannya dan membuangnya.

Sekiranya pengguna mengalami kesan sampingan yang buruk atau merasa kurang sihat, mereka dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.

Kementerian Kesihatan juga mengingatkan orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk berkenaan bahawa di bawah Akta Racun 1985 adalah satu kesalahan utnuk mengimport, menjual atau menawarkan untuk dijual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta Racun dan jika seseorang itu didapati bersalah, denda sebanyak BND8,000 atau penjara selama enam bulan akan dikenakan.


Kembali ke muka utama