Tempat kedua bagi peserta qari dimenangi oleh Awang Haji Yusof bin Haji Awang Ahmad wakil PDB sementara di tempat ketiga peserta Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, Awang Haji Abdullah bin Haji Tengah.
Bagi Kategori Qariah pula di tempat kedua dimenangi oleh Dayang Hajah Suzie Suriyani binti Haji Suhaimi dari Jabatan Audit dan di tempat ketiga, peserta dari Radio Televisyen Brunei, Dayang Noriah binti Tuah.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Eussoff Agaki bin Haji Ismail, berlangsung di Dewan Banquet, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, di sini.
Dalam ucapan alu-aluannya, Juruaudit Agung, Awang Haji Mahadi bin Haji Ibrahim selaku Pengerusi Bersama majlis berkata, membaca Al-Qur’an adalah salah satu amalan yang paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan selaras dengan tema hari-hari kebesaran Islam tahun 1430 Hijrah iaitu ‘Kedewasaan Bernegara dengan Zikir’.
Orang yang sentiasa dekat kepada Allah katanya akan mendapat petunjuk, keredhaan serta memperolehi rahmat daripada-Nya.