Dari itu, inisiatif tersebut telah diwujudkan untuk memberi kesedaran dan mendidik kalangan ibu bapa memastikan cahayamata mereka selamat dalam perjalanan harian mereka.
“Pihak syarikat berharap sumbangan tersebut boleh mendidik pihak awam tentang kebaikan penggunaan kerusi keselamatan anak damit demi mengurangkan kemalangan yang boleh dielakkan dan dalam waktu yang sama kakitangan hospital juga telah dilatih untuk menunjuk cara pemasangan kerusi keselamatan anak damit dengan betul selain disediakan dengan DVD, risalah dan poster untuk pendidikan ibu bapa,” terang beliau.
Di samping itu tambahnya, pihak syarikat juga sering melaksanakan pemeriksaan keselamatan jalan raya di kawasan pejabat dan tapak kerja untuk memastikan keselamatan pekerja dan kontraktor BSP selain bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memupuk nilai tersebut di kalangan orang muda melalui pertandingan pendidikan keselamatan jalan raya bagi para pelajar menengah bawah di semua keempat daerah.
“Salah satu cabaran dalam mengenengahkan keselamatan jalan raya ini adalah penyerapan dan penukaran minda sikap memandu untuk mematuhi peraturan lalu lintas seperti tidak menggunakan tali keledar keselamatan, penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan sebagainya,” ujar beliau.
Beliau berharap supaya ibu bapa sentiasa menjadi contoh baik terutama semasa menggunakan jalan raya kerana kanak-kanak pasti akan mengikuti jejak ibu bapa mereka.
Sumbangan tersebut juga diharap akan dapat memulakan satu perubahan sikap yang positif di kalangan ibu bapa serta pihak awam.
(Berita dan foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
Kembali ke muka utama