Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

8 peserta ikuti
Projek Bas Belia MABIMS 2009

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Seramai lapan peserta terdiri dari belia Islam yang berperanan dalam merancang pembangunan belia Islam termasuk seorang penyelaras yang mengikuti Projek Bas Belia MABIMS 2009 pagi ini berlepas ke Republik Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas, di sini.

Projek yang merupakan perjalanan menaiki bas selama tujuh hari bermula dari Republik Singapura dan akan berakhir di Kuala Lumpur, Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama itu akan mengambil masa sembilan hari hingga 14 Ogos 2009.

Rombongan Negara Brunei Darussalam itu diketuai oleh Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Menurut Awang Haji Amir Hisham, Projek yang julung kali diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun MABIMS Ke-20 anjuran bersama Republik Singapura dan Malaysia dan akan disertai 32 peserta dari negara-negara anggota MABIMS itu bertemakan ’Media Baru dan Teknologi Kreatif Dalam Mendekati dan Membangun Belia dan Remaja Islam’.

Beliau menerangkan, antara acara yang diaturkan oleh pihak penganjur termasuk taklimat ’Strategi dan Usaha Pembangunan Belia Islam Menggunakan Teknologi Kreatif’ oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan pemimpin belia Islam, taklimat mengenai ’Strategi dan Usaha Pembangunan Belia di Peringkat Nasional dan Masyarakat Menggunakan Teknologi Kreatif’ oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) dan Yayasan Mendaki manakala bengkel ‘Memesrakan Masjid dengan Belia dan Remaja’ serta perkongsian ‘best pratices’ oleh Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia pula akan mengetengahkan tentang usaha-usaha membangunkan belia.

Sementara aturcara di Kuala Lumpur pula meliputi taklimat ’Strategi dan Usaha Membangun Belia di Peringkat Kebangsaan’ oleh wakil Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, taklimat ‘Usaha Menyebarluaskan Pemahaman Al-Qur'an di Kalangan Generasi Muda’ oleh belia lepasan Darul Qur'an, forum 'Usaha-usaha Menggunakan Media Baru dan Teknologi Kreatif Untuk Mendekati dan Membangunkan Belia di Malaysia' oleh NGO Islam.

Selain dari itu, para peserta juga akan menghadiri Pertandingan Akhir Majlis Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa di Putra World Trade Centre (PWTC) dan lawatan ke tempat bersejarah termasuk ke Kota Melaka dan beramah mesra dengan orang asli.

Awang Haji Amir Hisham berkata, projek tersebut bertujuan memperteguh silaturahim dan jalinan kerja di antara pemimpin belia negara anggota MABIMS untuk mempertingkatkan lagi perancangan dan penyelenggaraan program-program belia peringkat MABIMS.

”Ia juga bertujuan bagi memberi sumbangan kepada usaha-usaha pembinaan keupayaan pemimpin-pemimpin belia negara anggota MABIMS dan mempertingkatkan lagi kesedaran di kalangan pemimpin belia dan generasi muda negara anggota tentang peranan MABIMS,” jelasnya.

Projek itu menurutnya jug merupakan salah satu dari bidang strategik MABIMS ke arah pembangunan potensi belia sebagai generasi penerus dalam usaha untuk mencapai visi mengukuhkan lagi kesatuan dan menjadikan umat Islam di negara MABIMS sebagai umat progresif, cintakan kedamaian dan keharmonian yang membawa rahmat kepada seluruh alam selain menjadi rujukan bagi pembangunan umat Islam di dunia.

Katanya, Projek Bas Belia MABIMS 2009 itu juga diharapkan dapat membantu setiap peserta memahami dengan lebih dekat lagi usaha-usaha negara anggota MABIMS dalam mendekati dan membangun belia Islam serta mengalami sendiri selain menyedari perlunya penyesuaian kandungan dari aspek strategi, metadologi dan penyampaian.

(Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad)

Kembali ke muka utama