Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Mahasiswa
perlu memahami ciri-ciri negara sendiri

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad berkata, berada di dalam negara atau di luar negara sama sahaja namun kita memerlukan petunjuk dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Kunci petunjuk itu menurut Timbalan Menteri Pendidikan ialah mendekatkan diri dengan Al-Qur’an dan sentiasa menunaikan sembahyang dengan penuh iltizam bukannya bermusim, menjauhi maksiat dan perkara mungkar.

Pengiran Dato Seri Setia menekankan demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Rasmi Perkampungan Sivik Mahasiswa Negara Brunei Darussalam Sebarang Laut 2009 yang diadakan di Jabatan Penerangan, Berakas di sini.

Dengan mendekatkan diri tersebut jelas Pengiran Dato Seri Setia, para mahasiswa akan melihat lorong hala tuju yang cerah dan jelas, di samping akan berjaya mengatasi segala rintangan dan cabaran serta akan kembali ke tanah air sebagai pejuang-pejuang yang menang di medan perjuangan menuntut ilmu.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan juga menekankan agar para mahasiswa sebarang laut ini perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai ciri-ciri negara sendiri seperti aspek ekonomi, keagamaan, politik, adat istiadat, kebudayaan sosial dan sebagainya.

Ini menurut Pengiran Dato Seri Setia sebagai seorang intelektual yang menjadi aset negara, mereka tidak seharusnya hanya bijak mentelaah mata-mata pelajaran yang diajarkan di kuliah-kuliah universiti.

Secara detailnya jelas Timbalan Menteri Pendidikan, perkara-perkara utama yang perlu mahasiswa ketahui ialah latar belakang sejarah negara ini sebelum dan sesudah merdeka termasuk sejarah kemasukan dan perkembangan Islam di Brunei selain pemerintahan yang berjalan di negara ini di zaman tradisional dan zaman moden secara berkementerian.

Dalam pada itu, Pengiran Dato Seri Setia juga menitikberatkan tentang perlunya mahasiswa memahami falsafah Melayu Islam Beraja, apa rasionalnya negara ini berpegang kepada falsafah ini dan mengapa agama Islam menjadi agama rasmi negara termaktub dalam perlembagaan negara menurut akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan Mazhab Shafie, memahami struktur dan objektif Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN 21) selain memahami kehendak dan usaha ke arah menjayakan Wawasan Negara 2035.

(Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman)

Kembali ke muka utama