Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

PM Malaysia
mengakhiri lawatan rasmi ke negara ini

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Ogos. - Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor serta rombongan pagi ini berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas setelah menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke negara ini.


PERDANA Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor serta rombongan pagi ini berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei setelah menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke negara ini.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas, Yang Amat Berhormat dan Yang Amat Berbahagia berjalan melintasi Kawalan Statik terdiri dari anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir mengucapkan selamat belayar kepada YAB dan isteri, Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar dan isteri selaku Menteri Pengiring.

Semasa berada di negara ini, YAB telah mengadakan Perjumpaan Empat Mata dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Cheradi Ratna Kenchana, Istana Nurul Iman.


PERDANA Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak bersalaman dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Perkerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng sejurus sebelum berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Kedua-dua pemimpin telah membincangkan mengenai perkara-perkara kepentingan bersama ke arah memperkukuhkan hubungan serta kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara termasuk langkah-langkah bagi meningkatkan lagi kerjasama kedua belah pihak termasuk isu-isu serantau dan antarabangsa dengan menekankan perlunya kerjasama rapat dalam menangani cabaran-cabaran seperti kegawatan ekonomi global dan wabak-wabak penyakit berjangkit.

Sementara itu, Negara Brunei Darussalam dan Malaysia juga menandatangani Persetujuan Pengecualian Cukai Berganda (Avoidance of Double Taxation Agreement, DTA) yang akan memudahkan lagi kerjasama ekonomi dua hala antara kedua buah negara.


PERDANA Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak bersalaman dengan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Halbi bin Haji Yussof sejurus sebelum berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia mempunyai hubungan tradisi dan sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada Januari 1984, kerjasama di antara kedua-dua buah negara terus diperkukuhkan dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, kebudayaan, kesihatan, penyiaran dan penerangan, pengangkutan dan pertahanan.

Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia kali ini sempena Perundingan Tahunan Ke-13 di antara Ketua-ketua Kerajaan kedua buah negara dihasratkan bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua belah pihak dan merupakan sebagai susulan kepada lawatan rasmi YAB yang pertama pada bulan April lalu.

(Oleh : Siti Zuraihah Awang Sulaiman)

Kembali ke muka utama