PETIKAN TITAH
"KECEMERLANGAN ekonomi bukan diukur dari pencapaian kuantiti semata-mata, malahan juga kualiti pembangunan secara keseluruhan. Ini adalah meliputi pengurusan sumber tenaga manusia di bidang-bidang teknologi dan perniagaan. Ia mesti dirancang secara teratur untuk melahirkan para pakar dan cendekiawan di dalam bidang masing-masing." - Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-23 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 5 Safar 1428 / 23 Februari 2007.

MANISNYA IMAN
"WAHAI orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Tahriim ayat 6.