JAWATAN-JAWATAN KOSONG


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN : 2 JULAI 2008
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23 JULAI 2008
BILANGAN IKLAN : 27/07/08 (SPA/BMI)

PERATURAN 7 (a)

Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. PEGAWAI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
UNIT PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
DAN
ii) Diploma Lepasan Ijazah Psikologi Pendidikan / Diploma / Sijil Pendidikan atau Diploma / Sijil Pendidikan Khas; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
b) Mempunyai perkara-perkara berikut adalah kelebihan:-
i) Menjadi ahli kepada badan Psikologi Pendidikan tidak kurang dari 2 tahun.
ATAU
ii) Pengalaman dalam bidang Psikologi Pendidikan tidak kurang dari 2 tahun.
ATAU
iii) Pengalaman mengajar di peringkat rendah atau menengah tidak kurang dari 2 tahun.
c) Kebolehan / Kecekapan dalam komunikasi lisan dan tulisan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

2. KETUA PEMBANTU TEKNIK
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik / Elektronik, Mekanikal dan Bangunan / Pembinaan; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan sebanding dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Berpengalaman dalam bidang Kejuruteraan Elektrik / Elektronik atau Mekanikal atau Bangunan / Pembinaan merupakan kelebihan.

3. PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI D.3 EB.4 :
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Statistics atau bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Perangkaan Rendah / Pegawai Penelitian atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai komputer adalah kelebihan.

4. PEMERIKSA KAWALAN KEMAJUAN
JABATAN KERJA RAYA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
D.2-3 EB.4-5 ($650 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI D.3 EB.4 :
a) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Matematik dan Sains.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan. ATAU
b) i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Pelatih atau Penolong Kerja Luar dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ii) Keutamaan akan diberikan kepada kakitangan yang telah tamat mengikut Program Perkembangan Teknikal Peringkat I anjuran Jabatan Kerja Raya. ATAU
c) i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merinyu Kerja atau Pengawas Kecil dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun.
ii) Keutamaan akan diberikan kepada kakitangan yang telah tamat mengikut Program Perkembangan Teknikal Peringkat I anjuran Jabatan Kerja Raya.
d) Mempunyai lesen memandu Kelas 3 adalah kelebihan.

5. PENOLONG PENGURUS LADANG
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
D.1-2 EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa termasuk mata pelajaran Matematik / Perdagangan / Sains; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan. ATAU,BR> ii) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Berkebolehan dan berpengalaman dalam mengurus dan mengawas pekerja-pekerja adalah kelebihan.

6. PEMBANTU PERKEMBANGAN BAHASA
JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
b) Berkebolehan membaca dan menulis Jawi dengan baik dan mempunyai minat dalam tugas-tugas Perkembangan Bahasa Melayu adalah kelebihan.
c) Mempunyai pengetahuan yang baik dalam hal ehwal khat tulisan Jawi adalah kelebihan.

7. PENJUAL BUKU
PUSAT SEJARAH BRUNEI
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
D.1-2-3 EB.4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan. ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan kewangan dan stor dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Berkebolehan dalam pengendalian komputer, mesin 'cash register' dan ada pengetahuan tentang simpan kira-kira (book-keeping). Mempunyai pengalaman sebagai Jurujual merupakan kelebihan.
c) Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.
d) Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik adalah kelebihan.

8. PEMERHATI KAJICUACA TINGKAT II
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Sains atau Matematik.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
b) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang komputer adalah kelebihan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 8 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
6. Tahap penilaian prestasi pegawai-pegawai Kerajaan sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 23 JULAI 2008 tidak dilayan.
9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan di papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat- maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website : http://www.spa.gov.bn/ 11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut :-
* Pejabat Daerah Belait ;
* Pejabat Daerah Temburong ;
* Pejabat Daerah Tutong ;
* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan ;
* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.

PEMBATALAN IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
MENURUT PERATURAN 7(a)
KELUARAN 25 JUN 2008
TARIKH TUTUP 16 JULAI 2008
BILANGAN IKLAN: 26/06/2008 (SPA/BMI)

GH7. PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI
C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

Dengan ini adalah dimakluman bahawa iklan bagi jawatan yang tersebut di atas adalah DIBATALKAN.


JABATAN DAERAH TUTONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

PENCALONAN BAGI MENGISIKAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG SEBAGAI PENGHULU-PENGHULU MUKIM DI DAERAH TUTONG

JABATAN Daerah Tutong dengan sukacita mempelawa/menjemput penduduk-penduduk mukim-mukim berkenaan bagi menghadapkan pencalonan untuk mengisikan kekosongan Jawatan Penghulu-Penghulu Mukim di Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam seperti berikut :-

1. Penghulu Mukim Lamunin
2. Penghulu Mukim Kiudang
3. Penghulu Mukim Pekan Tutong

Tanggagaji : C3 EB4 iaitu $ 1,990.00 hingga $2,620.00

KELAYAKAN CALON PENGHULU MUKIM

1. Calon hendaklah:-
a) Seorang lelaki terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Pelajaran di Peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding de-ngannya.
c) Beragama Islam dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubungkait dengannya.
d) Berumur tidak kurang 40 tahun dan tidak lebih 60 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya.
d) Bermastautin di Mukim-mukim yang berkenaan tidak kurang dua (2) tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Penghulu Mukim hendaklah benar-benar tinggal di Mukim yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon itu mempu-nyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
e) Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara.
f) Mempunyai pengalaman yang baik dalam agama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat mukim berkenaan.
g) Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
h) Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah undang-undang yang di kuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua (2) tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh mahkamah.

2. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Penghulu Mukim hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan.
3. Pencadang dan penyokong-penyokong bagi seorang calon Penghulu Mukim hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di mukim berkenaan.
Calon pencadang dan penyokong-penyokong hendaklah menandatangani borang pencalonan. Borang pencalonan berkenaan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan ke Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong Jabatan Daerah Tutong.
5. Bagi Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing ataupun dari pihak-pihak swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan ma-sing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.
6. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada (Syarat-syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampong) seperti yang terkandung dalam buku Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998.

TATACARA MENGHADAPKAN BORANG PENCALONAN
Keterangan lanjut dan borang pencalonan bolehlah diperolehi dan dikembalikan ke alamat seperti berikut :

Bahagian Institusi Penghulu Mukim
dan Ketua Kampung
Jabatan Daerah Tutong
Negara Brunei Darussalam
No. Tel: 4221279

Tarikh Tutup mengembalikan borang pencalonan ialah tidak lewat 26 Julai 2008 (Sabtu) jam 3.00 petang.


JABATAN DAERAH TUTONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

PENCALONAN BAGI MENGISIKAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG SEBAGAI KETUA-KETUA KAMPUNG DI DAERAH TUTONG

JABATAN Daerah Tutong dengan sukacita mempelawa/menjemput penduduk-penduduk kampung-kampung berkenaan bagi menghadapkan pencalonan untuk mengisikan kekosongan Jawatan Ketua-Ketua Kampong di Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam seperti berikut :-

1. Ketua Kampong Panchor
2. Ketua Kampong Batang Mitus/Kebia
3. Ketua Kampong Bukit Panggal
4. Ketua Kampong Rambai

Tangga Gaji : C1-EB2 iaitu $ 1,280.00 - $1,930.00

KELAYAKAN CALON KETUA KAMPUNG

1. Calon hendaklah:-
a) Seorang lelaki terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Pelajaran di Peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding de-ngannya.
c) Bermastautin di kampung yang berkenaan tidak kurang dua (2) tahun sebelum atau pada tarikh pencalonnya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampong hendaklah benar-benar tinggal di kampung yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon itu mempu-nyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
d) Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 60 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya.
e) Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara.
f) Mempunyai pengalaman yang baik dalam agama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampong berkenaan.
g) Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
h) Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah undang-undang yang di kuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua (2) tahun sebelum pencalon-annya, termasuk pada tarikh pencalon-an melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh mahkamah.

2. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua Kampong hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan.
3. Calon yang terdiri daripada Ahli Perniagaan atau Pengusahaan apabila dilantik menjadi Ketua Kampong boleh menguruskan perniagaan atau perusahannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
4. Pencadang dan penyokong-penyokong bagi seorang calon Ketua Kampong hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampung berkenaan.
5. Calon pencadang dan penyokong-penyokong hendaklah menandatangani borang pencalonan. Borang pencalonan berkenaan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan ke Bahagian institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong Jabatan Daerah Tutong.
6. Bagi Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing atau pun dari pihak-pihak swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.
7. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada (Syarat-syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampong) seperti yang terkandung dalam buku Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampong Negara Brunei Darussalam 1998.

TATACARA MENGHADAPKAN BORANG PENCALONAN
Keterangan lanjut dan borang pencalonan bolehlah diperolehi dan dikembalikan ke alamat seperti berikut :

Bahagian Institusi Penghulu Mukim
dan Ketua Kampong
Jabatan Daerah Tutong
Negara Brunei Darussalam.

Tarikh Tutup mengembalikan borang pencalonan ialah tidak lewat 26 Julai 2008 (Sabtu) jam 3.00 petang.

Peringatan : Mana-mana calon yang pernah dicalonkan bagi jawatan Ketua Kampong dan percalon-annya telah ditolak atas sebab tidak memenuhi syarat adalah tidak dibenarkan lagi untuk dicalonkan.


Dikemaskini 2 Julai 2008 (Rabu)