BERITA RINGKAS

Perlawanan bola sepak amal Brunei Labuan 5-0

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Julai.- Pasukan pilihan Brunei Darussalam berjaya menundukkan Pasukan Bola Sepak Bawah 23 tahun Wilayah Persekutuan Labuan, 5 - 0 dalam perlawanan persahabatan bola sepak amal yang di anjurkan oleh Zudin Sport and Event Management yang di berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas disiini.

Hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan.

Pasukan pilihan Brunei berjaya mendahului jaringan seawal minit ke 53 menersui tandukan Abd Aziz Tamit selepas menerima hantaran dari sepakan sudut sebelah kanan setelah kedua pasukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.

Selang dua minit kemudian Ak Shabuddin menambah jaringan kedua selepas pergelutan di dalam petak D untuk mengukuhkan kedudukan.

Labuan cuba mendekatkan kedudukan namun umpanan Rahman Rabaha yang melorongkan bola kepada Md Noor Azwan gagal di semuprnakan dengan baik.

Malah Labuan lebih terasa tertekan dengan jaringan ketiga dari pasukan pilihan Brunei yang berpunca dari tendangan bebas Ak Md Nurhikman dari luar petak D.

Pasukan Brunei lebih seleasa dengan jaringan keempatnya yang disudahkan oleh Ak Anaqi ketika perlawanan berbaki 11 minit dan selang enam minit sesudah itu Amp. Md Nurul Azami melengkapkan jaringan kelima pasukan pasukan tuan rumah.

Perlawanan amal dan seterusnya menjalinkan persahabatan ini adalah bertujuan untuk mengutip derma bagi membantu golongan orang-orang buta negara itu di bawah naungan Brunei Darussalam Nation Blind Association (NAB) yang dianjurkan oleh Zudin Sport and Event Management dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan serta Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam.

Pada perlawnan ini penganjur telah berjaya mengutip hampir seribu ringgit

Kembali ke muka utama