Pelita Brunei - Utama


  Sabtu 07 Februari 2009 / 11 Safar 1430


"Membudayakan Masyarakat Bermaklumat" "Membudayakan Masyarakat Bermaklumat" "Membudayakan Masyarakat Bermaklumat" "Membudayakan Masyarakat Bermaklumat"

Muka Utama - Hasrat Negara - Haluan - Dari Sidang Pengarang - Analisis Titah - Sekilas Tinjau RKN - Tinjauan - Rencana
- Cetusan Minda - Seruan Suci - Menuju Keredaan Allah - Remaja - Minda Pembaca - Sastera dan Budaya
- Iklan-iklan Jawatan Kosong - Iklan-iklan Tawaran Kursus - Iklan-iklan Tawaran

Lebih 200 buah rumah terkandas akibat banjir

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri , Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan sempat meninjau keadaan dua buah keluarga yang terpaksa dipindahkan ke kediaman sementara di PERTAMA (Foto : Hernie Suliana Haji Othman)

TUTONG, Jumaat 6 Februari. – Lebih 200 buah rumah dari beberapa buah kampung di Daerah Tutong terjejas dalam kejadian banjir ekoran hujan lebat dan terpaksa dipindah ke tempat yang lebih selamat.

Kampung-kampung yang terjejas ialah Kampong Tanjong Maya, Panapar, Ukong, Lubok Pulau dan Kampong Layong yang melibatkan kira-kira 205 buah rumah, sejak turunnya hujan beberapa hari lalu.

Dari jumlah tersebut , 63 buah rumah darinya adalah di Kampong Tanjong Maya , 46 buah di Kampong Panapar, 40 buah di Kampong Lubok Pulau dan Kampong Layong melibatkan sebanyak 56 buah rumah.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan dan rombongan hari ini turun padang meninjau beberapa buah kampung di Daerah Tutong yang terlibat dalam banjir tersebut.

berita penuh...


BERITA RINGKAS :-

Mungkar menukar agama paling bahaya
PELAMBAYAN, Jumaat, 6 Februari.- Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abd. Aziz berkata antara mungkar yang paling merbahaya ialah mungkar orang yang menukar agama dari Islam kepada agama lain
berita penuh...

Kakitangan RBC membaca Ratib Al-Attas
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 6 Februari. - Royal Brunei Catering (RBC) hari ini mengadakan Majlis Ratib Al-Attas di Pusat Pejabat RBC di Gadong.
berita penuh...

Taklimat Program Akademik SMJA dedahkan perancangan sekolah
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 6 Februari. - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Menengah terus berusaha meningkatkan pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Bawah (PMB) dan Brunei Cambrige GCE peringkat 'O' bagi semua sekolah menengah di negara ini.
berita penuh...

PEKERTI semarakkan sambutan hijrah
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 6 Februari. – Awal Tahun Hijrah 1430 masih lagi bersemarak diraikan oleh pelbagai pihak di negara ini bagi mengingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassalam dalam menyebarkan dakwah Islamiah.
berita penuh...

Acara kemuncak Sambutan Maulud Nabi pada 9 Mac 2009
BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan kepada umat Islam di negara ini bahawa urusetia Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Bagi Tahun 1430 Hijrah, telah membuat persiapan bagi mengadakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam bagi tahun 1430 Hijrah.
berita penuh...

Para belia dipelawa sertai Pertandingan B-@ktif Ke-3
BANDAR SERI BEGAWAN . Para belia di negara ini dialu-alukan untuk menyertai Pertandingan B-@ktif, iaitu satu pertandingan kertas kerja dan perlaksanaan projek yang dianjurkan buat kali ke-3 oleh Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan.
berita penuh...

Borang menunaikan fardu haji diedarkan bermula 18 Februari depan
BANDAR SERI BEGAWAN. Jabatan Urusan Haji memaklumkan bahawa borang-borang permohonan menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1430 Hijriah / 2009 Masihi akan mula diedarkan pada hari Rabu , 22 Safar 1430 Hijriah bersamaan dengan 18 Februari 2009 Masihi. Borang permohonan menunaikan fardu haji berharga BND2.00 setiap seorang.
berita penuh...



Pelita Brunei - Arkib
Arkib Pelita Online

       


..... TERIMA KASIH ....
Awda adalah pengunjung yang ke

High Temperature Adhesive

... "SEMUA PIHAK BERPERANAN MENANGANI BENCANA ALAM" ... SEMUA PIHAK BERPERANAN MENANGANI BENCANA ALAM" ... SEMUA PIHAK BERPERANAN MENANGANI BENCANA ALAM" ... SEMUA PIHAK BERPERANAN MENANGANI BENCANA ALAM" ... SEMUA PIHAK BERPERANAN MENANGANI BENCANA ALAM" ... SEMUA PIHAK BERPERANAN MENANGANI BENCANA ALAM" ...