|
Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam
Zuhur 12.20
Asar 3.46
Maghrib 6.31
Isyak 7.47
Imsyak 4.33
Subuh 4.43
Syuruk 6.07
Doha 6.32
Waktu-waktu
Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah
Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh
Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.
  
Keadaan Cuaca :
Baik selain dari hujan hujan san hujan berpetir berasingan keseluruhannya di laut dan di beberapa kawasan pesisiran pantai pada awal pagi dan sekitar tengahari. Hujan di sana sini dan hujan berpetir berasingan dijangka berlaku lagi di daratan pada waktu petang sebelum bergerak menuju Timur Laut kemudian.
Keadaan Angin :
Bertiup dari Barat Daya selaju 5 - 20kmsj di daratan dan meningkat hingga 30kmsj di laut.
Keadaan Laut :
Berombak sedikit di paras 0.5 - 1.0m.
Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Hujan berpetir berasingan keseluruhannya di laut

Suhu Maksimum :
33 darjah selsius
Suhu minimum :
25 darjah selsius



tpelita@yahoo.com
|
|
NBD dan Sweden eratkan persahabatan yang lama terjalin
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Carl Gustaf XVI, Raja Sweden bersempena dengan 'Flag Day' yang jatuh pada hari ini.
Dalam perutusan kepada Kebawah DYMM Raja Carl Gustaf XVI, baginda menyampaikan setinggi-tinggi tahniah kepada Raja Sweden serta seluruh rakyat Sweden bersempena dengan sambutan 'Flag Day'.
Baginda seterusnya berharap Kebawah DYMM Raja Carl Gustaf XVI akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan rakyat Sweden akan terus menikmati kemajuan dan kemakmuran.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Tingkatkan kemahiran dalam melaksanakan tugas kepolisan
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 5 Jun. - Para rekrut yang akan menamatkan latihan disaran agar dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari selain bergiat untuk meluaskan dan mempertingkatkan lagi ilmu serta kemahiran-kemahiran yang perlu dalam membantu mereka menjalankan tugas seharian sebagai seorang anggota polis.
berita penuh...
'Modal Insan Kearah Wawasan Negara 2035'
KUALA BELAIT, Jumaat, 5 Jun. - Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) mengadakan Forum Khazanah Islam sebagai usaha mempertahankan dan memperkukuhkan harta warisan Islam yang tidak ternilai dengan wang ringgit meskipun dengan seluruh kekayaan yang ada di dunia ini.
berita penuh...
Ketua Kampung berperanan menjadi perantara dua hala
GADONG, Jumaat, 5 Jun. - Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Dato Paduka Awang Haji Md. Yussop bin Bakar menyatakan penjawat Ketua Kampung berperanan sebagai perantara dua hala sebagai ‘mata’, ‘telinga’, dan ‘lidah’ kerajaan dan penduduk kampungnya bagi menjaga serta mengawasi kepentingan dan keselamatan kampung di bawah penjagaannya.
berita penuh...
Bina gelanggang sukan melalui Projek Titian Amal
TUTONG, Khamis, 4 Jun.- Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)telah menyumbangkan pembinaan gelanggang sukan di Kampong Benutan melalui Projek Titian Amal.
berita penuh...
Minggu Tarbiyah didik akhlak dan keperibadian
BERAKAS, Jumaat, 5 Jun. - Majlis Minggu Tarbiyah sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-48 yang bermula Selasa lalu berakhir hari ini dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md. Yussof berlangsung di Dewan Pahlawan di sini.
berita penuh...
Sejumlah 300 pemain beraksi di Kejohanan Golf Piala DYTM
JERUDONG, Jumaat, 5 Jun. - Sejumlah 300 pemain berentap menyertai Kejohanan Golf merebut Piala Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bagi Dana Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim, di Kelab Golf Diraja Brunei (RBGCC).
berita penuh...
Ibu bapa ikuti seminar kesedaran keselamatan internet
SERIA, Jumaat, 5 Jun. - Pihak Berkuasa Industri Teknologi Informasi Brunei Darussalam (AITI) menganjurkan Seminar Kesedaran Keselamatan Internet khusus bagi ibu bapa dan penjaga pelajar sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD) yang disambut pada 17 Mei setiap tahun.
berita penuh...
Kumpulan X-Six menjuarai pertandingan ‘Battle of the Band’
KUALA BELAIT, Jumaat, 5 Jun. - Kumpulan X-Six yang membawakan tiga buah lagu, Cinta Gila, Goyang Inul dan ‘I will Survive’ telah menjuarai pertandingan ‘Battle of the Band’.
berita penuh...





|
|

SENARAI AHLI-AHLI KOPERASI KAMPUNG DAN MUKIM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (KOKAMI)
JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905
|