Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JUMAAT YANG MENAKJUBKAN

SETIAP sesuatu yang dicipta Allah Subhanahu Wata’ala di dunia ini mempunyai kelebihan dan keutamaan. Manfaat dari kelebihan dan keutamaan itu telah diserahkan kepada umat manusia di muka bumi ini. Hanya insan yang sentiasa ingin bersama Allah mengharapkan keredaan-Nya sebagai suatu matlamat untuk berjuang dalam hidup. Pada hari Jumaat Allah Subhanahu Wata’ala meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari Jumaat terciptanya (turun) Nabi Adam Alaihissalam di bumi ini dan pada hari Jumaat juga Nabi Adam wafat. Pada hari itulah Kiamat akan berlaku serta terdapat masa yang paling mustajab jika kita berdoa. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari besar di sisi Allah Subhanhu Wata’ala, bahkan lebih besar dari Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha.

Allah Subhanahu Wata’ala menjadikan hari Jumaat hari yang paling istimewa untuk umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Umat Islam dibesarkan dengannya dan dikhususkan untuk mereka.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Jumu’ah ayat 9 tafsirnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk megerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dari Jabir bin Abdullah Radiallahuanhu katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :

“Barang siapa meninggalkan Sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali dengan tiada disebabkan oleh sesuatu uzur nescaya Allah mencap hatinya.”

Antara Perkara Yang Sunat Dikerjakan Pada Hari dan Malam Jumaat :

- Sunat memperbanyakkan doa pada malam Jumaat kerana telah sampai kepada Imam Syafi’e sebuah hadis yang menyatakan doa diperkenankan pada malam Jumaat.

Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin telah berkata dalam bab yang menerangkan adab Al-Jumu’ah lain :

Hendaklah dia bersedia untuk hari Jumaat itu pada hari Khamis dengan berazam hendak bersembahyang Jumaat dan menghadapi kelebihannya maka hendaklah dia beramal dengan berdoa dan memohon ampun kepada Allah dan bertasbih selepas waktu Asar hari Khamis kerana ianya adalah ketika yang sebanding dengan satu saat yang penting pada hari Jumaat.

- Sunat memperbanyakkan membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat dan malamnya.

Hadis riwayat Al-Imam An-Nasai’e, Al-Baihaqi dan Al-Hakim sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: “Barang siapa membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat nescaya diterangi baginya dengan cahaya sepanjang antara dua Jumaat.”

- Sunat memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada malam dan hari Jumaat.

- Sunat memperbanyakkan doa pada siang Jumaat supaya malamnya diharapkan bertemu dengan Sa’atul Ijabah (satu ketika yang dimakbulkan doa padanya).

- Sunat mandi jika hendak hadir Sembahyang Jumaat sekalipun bagi orang yang tiada wajib Jumaat. Lafaz niatnya antara lain ialah yang maksudnya : “Sahaja aku mandi hari Jumaat sunat kerana Allah Subhanhu Wata’ala.”

- Sunat memotong kuku.

- Sunat mencukur bulu ari-ari, ketiak dan memotong misai serta mengelokkannya.

- Sunat menghilangkan segala daki dan segala bau bangkai.

- Sunat memakai bau-bauan jika tidak berpuasa dan yang terafdal bau-bauan kasturi.

- Sunat bersegera pergi ke tempat Sembahyang Jumaat untuk mendapatkan tempat duduk dan menunggu sembahyang.

Pada hari Jumaat, Allah Subhanahu Wata’ala mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas serta kertas-kertas daripada perak. Mereka berdiri di pintu-pintu masjid mencatat nama mereka yang masuk masjid dan mendirikan Sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu dan menyampaikan apa yang mereka catat. Allah Subhanahu Wata’ala akan mengampunkan mereka yang menyempurnakan Jumaat mereka.

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya Jumu’ah bermakna berkumpul. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan duduk sama rendah berdiri sama tinggi bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit, pangkat, kekayaan dan keupayaan. Pada waktu inilah, nilai manusia itu sama. Yang membezakan hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh itu hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredaan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata’ala.


Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.-