Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Pelita Brunei - Hasrat Negara


PERADUAN ini adalah sebahagian dari aktiviti tahunan yang diungkayah-
kan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Ia juga satu inisiatif bagi menambah koleksi esei-esei yang bakal dimuatkan dalam penerbitan IPA. Esei-esei itu diharapkan menjadi penjana kepada kemantapan dan kemajuan Perkhidmatan Awam bagi menghadapi cabaran-cabaran abad 21.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Penyertaan dibukakan kepada semua warganegara Negara Brunei Darussalam dan penduduk yang bermastautin di Negara Brunei
Darussalam lebih daripada 1 tahun dan berumur 18 tahun ke atas.

Seorang peserta boleh menghantar lebih dari satu esei.

Esei mestilah karya asli dan bukan terjemahan, saduran atau apa sahaja pengertianyang boleh menyebabkan esei itu bukan karya asli.

Semua esei yang menyertai peraduan ini menjadi hak milik IPA.

Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat.

Semua esei mestilah dihantar dalam dua (2) salinan ke IPA berserta disket atau pun cakera padat (CD).

Menyertakan bersama sekeping gambar penulis berukuran pasport.

BUTIR-BUTIR ESEI

Tajuk esei hendaklah bersesuaian dengan salah satu tema berikut :

Kepimpinan

Kualiti dan Produktiviti

Nilai dan Etika

Teknologi Maklumat

Pengurusan Dalam Islam

Pengurusan Kewangan

Dan semua aspek mengenai pengurusan

Jumlah Perkataan :

Setiap esei hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 2,500 perkataan dan tidak lebih daripada 5,500 perkataan (tidak termasuk bahan rujukan dan nota kaki yang disertakan dalam esei.

Format Penulisan :

Bertaip jarak dua langkau baris pada sebelah permukaan kertas berukuran A4 sahaja.

Disertakan juga sinopsis (ringkasan esei).

Mestilah berbentuk ilmiah (hasil kajian dan penyelidikan, berserta graf dan data jika perlu).

Bahasa :

Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

Rujukan :

Petikan atau rujukan mestilah dicatatkan dalam bentuk bibliografi.

PENGHAKIMAN

Semua penyertaan akan dihakimi oleh sebuah panel hakim yang dilantik. Keputusan hakim adalah muktamad.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Tarikh tutup penyertaan adalah pada Hari Selasa, 30hb. Jun 2009, Jam 4.00 petang

BORANG PENYERTAAN DAN ESEI

Borang penyertaan boleh didapati di kaunter penyambut tetamu, IPA. Esei penyertaan hendaklah dihantar kepada :

Setiausaha Jawatankuasa
Peraduan Menulis Esei Anjuran Institut
Perkhidmatan Awam
Institut Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri
Simpang 256-24, Jalan Kampong Rimba
Gadong BE3119
Negara Brunei Darussalam.

Pemenang Pertama : B$1,200.00
Pemenang Kedua : B$1,000.00
Pemenang Ketiga : B$ 800.00
6 Hadiah Penghargaan : B$ 200.00
Hadiah Saguhati : B$ 50.00


Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.-