Antara peluang-peluang perniagaan itu katanya, memperluaskan lagi rangkaian nilai minyak dan gas, penyatuan kilang penapis petrokimia dan mengukuhkan jenama berunsur keislaman seperti pusat memproses produk halal.
Delegasi SEDCO yang diketuai oleh Pengerusinya, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. Arif itu berada di negara ini bagi lawatan kerja selama empat hari dengan tujuan bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua buah negara.
Selain dari itu lawatan tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah lama terjalin, di samping bertukar-tukar idea serta pengetahuan dan pandangan dari segi kerjasama perdagangan di kalangan para peniaga dan usahawan di negara ini.
(Oleh : Hezlinawati Haji Abd. Karim)
Kembali ke muka utama