Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Ahad 5 Julai 2009 / 12 Rejab 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.26
     Asar 3.52
 Maghrib 6.37
     Isyak 7.53
 Imsyak 4.38
     Subuh 4.48
 Syuruk 6.12
     Doha 6.38
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

"HAI manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah (menemui) suatu hari (ketika itu) bapa tiada dapat menolong anaknya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu sebenarnya, sebab itu janganlah kamu dapat ditipu oleh kehidupan dunia, dan janganlah kamu dapat ditipu oleh orang yang amat penipu." (Surah Luqman, ayat 33).


Keadaan Cuaca :
Pada amnya baik pada waktu pagi selain dari hujan di beberapa kawasan lepas pantai. Sebahagian berawan dengan hujan atau hujan berpetir berasingan di kawasan pesisiran pantai sekitar tengahari dan bergerak menuju ke pendalaman pada waktu petang.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari arah Barat Daya pada waktu pag menjadi angin dari arah Barat Laut selaju 10-20kmsj pada waktu petang.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit dibawah paras 0.5 m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Keseluruhannya baik.


Suhu Maksimum :
 33 darjah celsius


Suhu minimum :
24 darjah celsius



tpelita@yahoo.com

 

Semua Acara Sambutan Perayaan
Hari Keputeraan ditangguhkan

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan semasa membuat pengumuman kepada wakil-wakil media.
(Foto : Abdullah Haji Awang Damit)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Julai. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dengan ini dimaklumkan bahawa baginda telah menitahkan supaya semua acara dan majlis sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-63 sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat daerah-daerah adalah dengan ini ditangguhkan.
berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Influenza A (H1N1) meningkat 124 kes BERAKAS, Sabtu, 4 Julai.- Sehingga jam 4 petang ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan 23 lagi kes terbaru Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 124 kes.
berita penuh...

Sembahyang Sunat Hajat Influenza A (H1N1) kelolaan JPM BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Julai. - Berikutan meningkatnya kes Influenza A (H1N1) yang semakin membimbangkan masyarakat dunia termasuk negara ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkaitan di negara ini.
berita penuh...

Sembahyang Hajat mohon hindari wabak Influenza A (H1N1) BERAKAS, Sabtu, 4 Julai. - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menaikkan tahap kewaspadaan wabak tersebut ke fasa enam berikutan Influenza A (H1N1) telah menjadi pandemik dan menular ke beberapa buah negara.
berita penuh...

Teliti strategi kesihatan berdasarkan cabaran sejagat JERUDONG, Sabtu, 4 Julai. - Negara Brunei Darussalam telah mencapai status kesihatan yang sangat baik melalui perkembangan sistem penjagaan kesihatan di negara ini sejak lebih 100 tahun dahulu.
berita penuh...

Visi dan Strategi Kementerian Kesihatan 2035 dilancarkan JERUDONG, Sabtu, 4 Julai. - Kementerian Kesihatan pagi ini melancarkan 'Visi dan Strategi Kementerian Kesihatan 2035' yang antaranya fokus kepada strategi mewujudkan budaya kerja yang menghubungkan aktiviti serta program kerja kepada objektif dan matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
berita penuh...

Pameran e-Kerajaan tingkatkan kefahaman kepada masyarakat KUALA BELAIT, Sabtu, 4 Julai. -Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi mengadakan Jerayawara Pameran e-Kerajaan sebagai kempen meningkatkan kesedaran terutamanya kefahaman orang ramai khususnya penduduk di daerah ini terhadap perkembangan dan tahap pencapaian inisiatif e-kerajaan di negara ini.
berita penuh...

Mukim Burung Pinggai Ayer adakan Upacara Menaikkan Bendera Kebangsaan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Julai. - Untuk sama-sama memeriahkan dan melahirkan rasa kesetiaan kepada raja, bangsa dan negara, para penduduk Mukim Burung Pinggai Ayer di sini petang tadi mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Kebangsaan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-63.
berita penuh...

Cawangan 'B' juara Bolasepak Antara Cawangan PDB GADONG, Sabtu, 4 Julai. - Cawangan 'B' akhirnya menjuarai Perlawanan Akhir Bolasepak Antara Cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) 2009 setelah mengalahkan Cawangan 'C' dengan 4-2.
berita penuh...

UNIMAS muncul juara futsal Sukan Staf Universiti-universiti Borneo ke-2 BERAKAS, Sabtu, 4 Julai. -Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) muncul juara dalam acara futsal di Kejohanan Sukan Staf Universiti-universiti Borneo kedua dalam kategori terbuka dengan menumpaskan Universiti Teknologi Malaysia Sarawak (UiTM) dengan jaringan 4 - 2.
berita penuh...

Kesedaran orang ramai kunci utama bendung penularan Influenza A (H1N1) BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Julai. - Kementerian Kesihatan mengingatkan kepada orang ramai agar meningkatkan kewaspadaan dan mematuhi peraturan serta nasihat yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan dalam menangani wabak Influenza A (H1N1) di negara ini dengan pemantauan yang berterusan, menyebarkan maklumat, taklimat dan risalah kepada agensi kerajaan dan orang ramai demi meningkatkan kesedaran dan langkah-langkah dari merebaknya penyakit berkenaan.
berita penuh...

JBP adakan Kempen Kesedaran Pencegahan Kebakaran KAMPONG BUKIT, Jumaat, 3 Julai. - Dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pencegahan dan punca-punca berlakunya kebakaran, berbagai aktiviti dan perancangan telah dibuat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).
berita penuh...

Peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry bagi bulan November JABATAN Peperiksaan memakumkan bahawa persediaan-persediaan sedang dibuat bagi mengadakan peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry bagi bulan November 2009 di pusat-pusat peperiksaan berikut:
berita penuh...

Borang Peperiksaan City and Gulids Disember 2009 diedarkan JABATAN Peperiksaan memaklumkan bahawa persediaan sedang dibuat untuk mengadakan Peperiksaan City and Guilds bagi bulan Disember 2009 bagi mata-mata pelajaran yang tertentu di Pusat Peperiksaan Sekolah Rendah Mabohai, Bandar Seri Begawan (Bagi calon persendirian Bandar Seri Begawan).
berita penuh...

Kaunter Pembayaran Bil Elektrik ditutup JABATAN Perkhidmatan Elektrik memaklumkan kepada semua pelanggan bahawa semua Kaunter Pembayaran Bil Elektrik dan Kaunter Pembelian Kupon Meter Pra-bayar akan ditutup pada tarikh-tarikh berikut:
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"SIKAP lebih terbuka ke arah mempelbagaikan ekonomi juga adalah penting, sebagai cara mengukuhkan lagi 'survival' negara, termasuk meningkatkan pelaburan asing dan menjalankan dasar 'bumi hijau' dengan lebih aktif." - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-60 pada 19 Jamadilakhir 1427/15 Julai 2006.

- Titah Sempena Hari Belia Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 17 Rejab 1428 / 1 Ogos 2007.

BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)

10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :

1. Sentiasa mencuci tangan.
2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.
3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.
4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.
6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.
7. Amalkan cara hidup yang sihat.
" Jangan merokok
" Dapatkan tidur yang mencukupi
" Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif
" Atasi stress
" Banyakan minum air
" Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat

8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.
9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.
10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):
" Deman panas (38 C)
" Sakit Tekak
" Batuk-selsema
" Sakit otot dan sendi
" Rasa letih
" Sesak pernafasan
" Muntah dan cirit-birit

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn

KIBARKAN BENDERA MULAI 1 JULAI

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-63, rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan mulai hari Rabu, 8 Rejab 1430 bersamaan 1 Julai 2009 sehingga hari Jumaat, 9 Syaaban 1430 bersamaan 31 Julai 2009 bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan perayaan berkenaan.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905


"BERSAMA MENANGANI PENULARAN WABAK INFLUENZA A (H1N1)" .... "BERSAMA MENANGANI PENULARAN WABAK INFLUENZA A (H1N1)" .... "BERSAMA MENANGANI PENULARAN WABAK INFLUENZA A (H1N1)" .... "BERSAMA MENANGANI PENULARAN WABAK INFLUENZA A (H1N1)" .... "BERSAMA MENANGANI PENULARAN WABAK INFLUENZA A (H1N1)" .... "BERSAMA MENANGANI PENULARAN WABAK INFLUENZA A (H1N1)" ....

Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

html counter
bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer